Bahasa Melayu Manado
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Bahasa Melayu Manado Bahasa Manado |
||
|---|---|---|
| Dituturkan di: | Indonesia | |
| Rantau: | Sulawesi utara | |
| Bil. penutur: | 850,000 (2001) | |
| Keluarga bahasa: | Creole Melayu Bahasa Melayu Manado |
|
| Kod bahasa | ||
| ISO 639-1: | tiada | |
| ISO 639-2: | akan ditambah | |
| ISO 639-3: | xmm | |
| Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. | ||
Bahasa Melayu Manado dituturkan di Manado dan kawasan persekitarannya. Nama tempatannya ialah Bahasa Manado, dan nama Bahasa Melayu Minahasa juga digunakan, mengikut suku kaum penutur utama. Oleh sebab bahasa ini hanya digunakan secara lisan, ortografi piawai tidak wujud.
Bahasa Melayu Manado berkait rapat dengan Bahasa Indonesia piawai. Antara perbezaannya dengan Bahasa Indonesia piawai ialah, bahasa ini mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada Bahasa Portugis dan Bahasa Belanda dan menggunakan "kita" sebagai kata ganti nama diri tunggal ("saya" dalam Bahasa Indonesia).

