Bahasa Melayu Pattani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Melayu Pattani
ยาวี Yawi
asli ke Thailand
wilayah Wilayah Pattani
asli penceramah 3,100,000 (1998)  (date missing)
keluarga bahasa
bahasa kod
ISO 639-1 ms
ISO 639-2 may (B)
msa (T)
ISO 639-3 mfa

Bahasa Yawi, (Tulisan Jawi: بهاس جاوي) merupakan transkripsi perkataan Bahasa Thai ยาวี, yang difahami oleh Orang Thai sebagai Bahasa Melayu Patani (Jawi: بهاس ملاي ڤطاني).

Bahasa Yawi dituturkan secara meluas di wilayah-wilayah selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla serta Satun, selain itu ia juga dituturkan di beberapa kawasan utara semenanjung Malaysia terutama sekali Kelantan dan di daerah Baling dan Sik di Kedah. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang penutur Bahasa Yawi[1].

Bahasa Melayu Patani merupakan sebuah loghat Bahasa Melayu dan menggunakan Tulisan Jawi. Bahasa Melayu dan kemungkinan juga Bahasa Melayu Patani pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket (berasal daripada perkataan Bahasa Melayu "bukit") dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya. Lagipun, banyak nama tempat di selatan Thailand berasal daripada Bahasa Melayu.

Loghat Bahasa Melayu Patani ini adalah mirip dengan Bahasa Melayu Kelantan.

Rujukan [sunting]