Sejarah Bahasa Melayu Moden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa Melayu Moden)

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Akta Bahasa Kebangsaan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Tokoh tokoh[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Tokoh bahasa Melayu

Antara tokoh Bahasa Melayu Moden yang terkenal ialah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]