Bahasa Yonaguni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yonaguni
与那国物言/ドゥナンムヌイ Dunan Munui
Sebutan[dunaŋmunui]
Asli kepadaJepun
KawasanYonaguni
Penutur bahasa
400 (2008)e25
Jepun
Kod bahasa
ISO 639-3yoi
Glottologyona1241
ELPYonaguni
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Yonaguni (与那国物言/ドゥナンムヌイDunan Munui ) ialah bahasa Ryukyu Selatan yang dituturkan oleh kira-kira 400 orang di pulau Yonaguni di Kepulauan Ryukyu, rantai paling barat yang terletak di sebelah timur Taiwan.[1] Bahasa ini paling rapat dengan Yaeyama. Disebabkan dasar bahasa Jepun, bahasa itu tidak diiktiraf oleh kerajaan, dan sebaliknya dipanggil sebagai dialek Yonaguni (Jepun: 与那国方言, Hepburn: Yonaguni hōgen). Berdasarkan pengelasan oleh UNESCO, bahasa Yonaguni adalah salah satu bahasa yang paling terancam di Jepun selepas bahasa Ainu.

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Vokal[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah menunjukkan vokal yang terdapat dalam bahasa Yonaguni. Vokal yang hanya bersifat alofonik muncul dalam kurungan.

Depan Pusat belakang
Sempit i u
Hapir sempit (ɪ) (ʊ)
Separuh sempit (o)[a]
Luas a (ɑ)
↑a  [o] juga boleh diiktiraf sebagai fonem bebas berbanding alofon /u/. Akan tetapi, taburannya amat terhad. Kecuali beberapa kata seru, satu-satunya morfem yang memilikinya ialah partikel seruan pengakhir ayat do.

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah menunjukkan konsonan yang terdapat dalam bahasa Yonaguni. Konsonan yang hanya bersifat alofonik muncul dalam kurungan. Fonem plosif dan afrikat mempunyai kontras tiga hala antara fortis, lenis, dan konsonan bersuara.

Bibir Bibir-gusi Gusi Gusi-lelangit Lelangit Velar Glotis
LEN FOR VOX LEN FOR VOX LEN FOR VOX
Sengau m n ŋ
Hentian p b t d k ɡ
Geseran (ɸ) s (ɕ) (ç) h
Letusan t͡s (t͡ɕ)
Tamparan ɾ
Aproksiman (ʍ) w j

Kata serumpun fonologi[sunting | sunting sumber]

Sebagai bahasa Ryukyu Selatan, Yonaguni, serupa dengan Miyako dan Yaeyama, mempunyai /b/ sebagai gantian /w/ Jepun baku, seperti /bata/ ("perut"), serumpun dengan bahasa Jepun /wata/ ("perut, usus"). Yonaguni juga mempunyai /d/ ketika mana bahasa Jepun dan bahasa Ryukyu lain mempunyai /j/ (secara ortografik y). Oleh itu, sebagai contoh, /dama/ ("gunung") adalah serumpun dengan /jama/ ("id.") bahasa Jepun dan Yaeyama. Bunyian /d/ mungkin merupakan perkembangan terkini daripada */j/ yang terdahulu, bagaimanapun, berdasarkan fakta bahawa */j/ dalam kata pinjaman asal Sinitik disebut /d/ oleh penutur bahasa Yonaguni, seperti dasai "sayur-sayuran" dari Cina Pertengahan *jia-tsʰʌi (野菜). Entri dalam rekod sejarah Korea akhir abad ke-15, Seongjong Taewang Sillok, merekodkan nama tempatan pulau Yonaguni dalam skrip Idu sebagai 閏伊是麼, yang mempunyai bacaan Korea Tengah zjuni sima, dengan sima ditakrifkan dalam teks sebagai perkataan Jepunik bagi "pulau". Itu adalah bukti langsung tentang peringkat pertengahan *j - > *z - > d -, membawa kepada nama moden /dunaŋ/ "Yonaguni".[2]

Bahasa Yonaguni mempamerkan suara hentian antaravokal, begitu juga dengan banyak bahasa Jepun. Ia juga menunjukkan kecenderungan terhadap /ɡ/, terutamanya dalam antaravokal, untuk disebut sebagai velar nasal /ŋ/, seperti dalam bahasa Jepun baku.

Struktur suku kata[sunting | sunting sumber]

Di bawah ialah templat suku kata untuk Dunan:

(C(G)) V1 (V2) (N)
  • C = konsonan
  • G = luncuran [w] atau [j]
  • V = vokal
  • N = sengauan moraik

Permulaan membolehkan konsonan tunggal dengan kehadiran luncuran sekali-sekala. Nukleus boleh mengandungi sehingga dua vokal. Satu-satunya koda yang dibenarkan ialah sengauan moraik.

Sistem penulisan[sunting | sunting sumber]

Yonaguni pernah ditulis dengan sistem tulisan unik yang dipanggil logogram Kaidā. Walau bagaimanapun, selepas penaklukan oleh Kerajaan Ryukyu dan kemudian pengilhakan oleh Empayar Jepun, logogram telah digantikan dengan kana dan Kanji Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pellard, Thomas; Yamada, Masahiro (2017). "Verb Morphology and Conjugation Classes in Dunan (Yonaguni)". Dalam Kiefer, Ferenc; Blevins, James P.; Bartos, Huba (penyunting). Perspectives on Morphological Organization: Data and Analyses. BRILL. ISBN 978-90-04-34293-4.
  2. ^ Vovin, Alexander (2010). "Yonaguni initial d- as an innovation". Korea-Japonica: A Re-Evaluation of a Common Genetic Origin. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-3278-0.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • 高橋俊三. "与那国方言."言語学大辞典セレクション:日本列島の言語.三省堂, 1997. Cetak. (dalam bahasa Jepun) (ISBN 978-4385152073 )
  • 高橋俊三. "沖縄県八重山郡与那国町の方言の生活語彙."方言研究叢書. 4 (1975): Cetakan. (dalam bahasa Jepun)
  • 平山輝男, 中本正智.琉球与那国方言の研究.東京: 東京堂, 1964. Cetakan. (dalam bahasa Jepun)
  • 高橋俊三. "琉球・与那国方言の語彙".東京: 法政大学沖縄文化硏究所, 1987. Cetakan. (dalam bahasa Jepun)
  • 西岡敏. "与那国方言の動詞継続相のアクセント対立".地域研究シリーズ 35, 95-105, 2008. (dalam bahasa Jepun)
  • 加治工真市, 仲原穣. "与那国方言について(与那国島の伝統文化調査研究報告書,加治工真市治工真市治工真市)這査研究報告書.沖縄芸術の科学 : 沖縄県立芸術大学附属研究所紀要 16, 17-74, 2004 (dalam bahasa Jepun)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]