Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letusan gusi-lelangit tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʨ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan ts\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri letusan gusi-lelangit tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikuasinya adalah gusi-lelangit, iaitu konsonan belakang gusi laminal yang dipalatalkan, yang disebut dengan bahagian hadapan lidah di belakang batas gusi, sambil bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
- Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association 33 (1): 103–107, doi:10.1017/S0025100303001191
- Tingsabadh, M.R. Kalaya; Abramson, Arthur S. (1993), "Thai", Journal of the International Phonetic Association 23 (1): 24–26, doi:10.1017/S0025100300004746
- Wheeler, Max W (2005), The Phonology Of Catalan, Oxford: Oxford University Press, ISBN 0199258147
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar. [bantuan]
Bagi aksara-aksara berpasangan, aksara di kanan ialah konsonan bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan pulmonik yang didapati mustahil. |
|
|
|
|
|