Biawak komodo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Biawak komodo
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Sauria
Keluarga: Varanidae
Genus: Varanus
Spesies: V. komodoensis
Nama binomial
Varanus komodoensis
Ouwens, 1912
Komodo

Biawak komodo (Varanus komodoensis) atau kerap disebut komodo saja adalah biawak terbesar di dunia. Panjangnya dapat mencapai 3 meter, dengan berat berkisar antara 870 sampai 150 kilogram. Selain di zoo, biawak ini hanya dapat ditemukan di Indonesia.

Dilihat pertama kali oleh seorang Eropah pada tahun 1910, Biawak komodo kemudian diperkenalkan ke seluruh dunia pada tahun 1912 melalui karya bertulis Peter Ouwens, pengarah Muzium Zoologi di Bogor. Haiwan ini juga diabadikan sebagai cap atau lambang Muzium Zoologi Bogor.


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Komodo mempunyai pancaindera yang kuat dan dianggap sebagai reptilia yang paling maju kecergasannya. Ia mempunyai ekor yang sepanjang badannya, serta 52 batang gigi yang hampir inci panjang.

Biawak komodo adalah karnivorynag mampu mengesan mangsanya dari jarak jauh dan memburu mangsanya dengan mengendap secara senyap-senyap sebelum menyergah dengan cepat, ia mampu berlari dengan kepantasan sehingga 20 km/jam. Biawak komodo juga mempunyai gigitan yang kuat, dan air liurnya mengandungi sekitar 50 jenis bakteria menjadikan gigitan mereka mampu membawa maut kerena jangkitan bakterianya. Pada kebiasaannya selepas mengigit biawak komodo akan membiarkan mangsanya lemah dan mati dahulu sebelum memakannya. Ia dapat mencari bangkai tersebut menggunakan deria baunya. Komodo juga kadang kadang berkelahi berebut hasil buruannya. Namun tidak seperti haiwan lain, mereka tahan kepada jangkitan bakteria dari gigitan mereka sendiri. Oleh itu terdapat kajian yang dilakukan bagi mengkaji ketahanan antibodi biawak komodo bagi menghasilkan ketahanan yang sama pada manusia.

Biawak komodo memakan hampir semua haiwan yang dapat mereka tangkap, seperti babi hutan, kambing, rusa, kerbau, bahkan sampai (kadang-kadang) manusia. Dalam seabad terakhir sudah lebih dari sedozen orang yang mati akibat gigitan komodo.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Musim mengawan biawak komodo terjadi di antara Mei dan Ogos, dan sekitar 20 telur dihasilkan pada bulan September. Telur komodo biasanya dijaga oleh induknya namun anak yang baru lahir (100 g dan 40 cm) tidak dijaga, malah sering dimakan. Komodo memerlukan tempoh 3-5 tahun untuk membesar sehingga berukuran 2 meter dan dapat terus hidup sampai 30 tahun.

Ada sekitar 6,000 ekor biawak komodo yang hidup sekarang, di kepulauan Flores di Indonesia, di antaranya di Pulau Komodo (1,700), Rinca (1,300), Gili Motang (100) dan Flores (sekitar 2,000 ekor).

Pada tahun 1980 Taman Nasional Komodo didirikan untuk melindungi komodo.

Bagi sebagian penduduk di Pulau Komodo, haiwan ini dianggap lebih merbahaya terhadap manusia daripada buaya, karena biawak komodo mampu memanjat pohon, sedangkan buaya tidak boleh memanjat pokok.

Parthenogenesis[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Disember 2006, satu laporan menyebut mengenai Flora, seekor biawak komodo yang hidup di dalam Zoo Chester di England, merupakan biawak komodo kedua yang mensenyawakan telur-telurnya sendiri, satu proses yang berkesudahan dalam parthenogenesis, atau lahir dara. Para saintis di Universiti Liverpool di England utara mendapati Flora tidak mendapat bantuan daripada komodo jantan selepas menggunakan ujian genetik pada ketiga-tiga telurnya yang jatuh selepas diletakkan dalam satu inkubator. Sungai, seekor Komodo di Zoo London, bertelur pada awal tahun 2006 selepas diasingkan daripada komodo jantan bagi lebih dari dua tahun. Pada mulanya ahli sains berfikir bahawa ia mungkin dapat menyimpan sperma daripadanya selepas bertemu dengan seekor komodo jantan, dirujuk sebagai superfecundation, tetapi, selepas mendengar telur-telur Flora, penyelidik-penyelidik mengendalikan ujian-ujian yang menunjukkan telurnya dihasilkan tanpa bantuan komodo jantan.[1]

Biawak komodo di Zoo Toronto.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]