Era (geologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam geologi, era adalah subbahagian waktu geologi yang membahagikan eon menjadi bahagian yang lebih kecil. Eon Fanerozoik, yang kini sedang berlaku, dibahagi menjadi tiga era: Paleozoik, Mesozoik, dan Senozoik. Setiap era ini mewakili tahap utama dalam catatan fosil makroskop yang masing-masing dipisahkan oleh kepupusan: sempadan P-T antara Paleozoik dan Mesozoik dan sempadan K-T antara Mesozoik dan Senozoik. Terdapat bukti-bukti bahawa hentaman meteor memainkan peranan dalam penentuan sempadan antara era.

Hadean, Arkean, dan Proterozoik sebelumnya digabungkan dalam eon Prakambria. Eon tersebut merangkumi empat bilion tahun dalam sejarah Bumi sebelum kemunculan haiwan bercangkerang keras. Kebelakangan ini, mereka telah dipromosikan menjadi eon sendiri dan masing-masing dibagi menjadi beberapa era.

Eon Era Bermula, juta
tahun yang lalu
Berakhir, juta
tahun yang lalu
Fanerozoik Senozoik 66 sekarang
Mesozoik 252 66
Paleozoik 542 252
Proterozoik Neoproterozoik 1000 542
Mesoproterozoik 1600 1000
Paleoproterozoik 2500 1600
Arkean Neoarkean 2800 2500
Mesoarkean 3200 2800
Paleoarkean 3600 3200
Eoarkean 3800 (tak rasmi) 3600
Hadean Tak dibahagi Pembentukan Bumi 3800