Festival Muzik AJL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Festival Muzik AJL adalah merupakan sebuah konsert mini show yang disiarkan secara langsung bermula 10 Januari 2021 di saluran TV3 dan disiarkan sebanyak 4 episod selama 4 minggu berturut-turut dan dihoskan oleh Awal Ashaari. Program ini bertujuan bagi untuk menghimpunkan kesemua para finalis serta pemenang yang pernah memenangi anugerah di pentas akhir Anugerah Juara Lagu sambil mengenang kembali memori sejarah sepanjang 35 tahun penganjurannya sejak edisi pertama pada tahun 1986.

Festival Muzik AJL
Format
  • Nyanyian
  • Temu Bual Bicara
  • Hiburan
Ditulis oleh
  • Norhafiszan Mohd. Khalil
  • Nuraisyah Maswan
Pengarah
  • Mohd Hanafy Mohd Sany
  • Mohd Yuzri Mohd Noh
Pengacara
Bilangan episod4
Penerbitan
LokasiKuala Lumpur
Tempoh siaran2 jam (per episod)
Syarikat penerbitan
Media Prima Berhad
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Januari 2021 – 31 Januari 2021
Kronologi
Rancangan berkaitan
Anugerah Juara Lagu ke-35

Format rancangan[sunting | sunting sumber]

Festival Muzik AJL adalah sebuah program televisyen show yang bertujuan memanggil kesemua juara-juara dan para finalis-finalis Anugerah Juara Lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah di acara tersebut dan membuat persembahan semula di pentas mini bagi mengenang kembali memori sepanjang penganjuran AJL selama 35 tahun sejak diadakan pada 1986. Acara ini disiarkan selama 4 minggu bermula 10 Januari 2021 sebelum bermulanya Anugerah Juara Lagu ke-35 yang diadakan pada 14 Mac 2021. Acara ini dihoskan oleh Awal Ashaari. Bagaimanapun, program ini telah disiarkan secara langsung tanpa adanya kehadiran penonton demi mematuhi SOP dan memastikan keselamatan semua artis dan krew terjamin serta bagi mengelakkan penularan jangkitan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara Malaysia pada ketika itu

Pengacara jemputan[sunting | sunting sumber]

Episod Hos jemputan Tarikh Saluran
1 Charmaine Augustin 10 Januari 2021 TV3
2 Rina Khan 17 Januari 2021
3 Ally Iskandar 24 Januari 2021
4 Fara Fauzana 31 Januari 2021
Trivia
  • Charmaine Augustin merupakan bekas pengacara Muzik-Muzik selama tiga edisi iaitu pada 1988 hingga 1990. Beliau juga mula mengacarakan pentas AJL pada tahun 1988 bersama dengan ND Lala dan bersama Azwan Ali pada AJL 1989 hingga 1990. Beliau juga mencetuskan sejarah apabila menjadi pengacara bukan berbangsa Melayu yang fasih berbahasa Melayu hingga mampu menarik minat penonton untuk melihat gelagat dan kepetahan beliau ketika itu.
  • Rina Khan juga pernah menjadi pengacara Anugerah Juara Lagu ke-7 pada tahun 1992 bersama dengan Azwan Ali, Haleeda dan Wohnen. Menariknya, AJL 1992 merupakan edisi pertama yang memperkenalkan tiga kategori ketika itu iaitu Irama Malaysia, Pop Kreatif yang kemudiannya ditukar kepada Balada dan Pop Rock. Namun itulah penampilan pertama dan terakhirnya sebagai pengacara AJL.
  • Ally Iskandar juga pernah mengacarakan pentas AJL selama 6 edisi iaitu 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Selama itu beliau kerap digandingkan bersama Cheryl Samad, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Rekod ini sekaligus menjadikan beliau pengacara yang paling kerap dan paling banyak kali mengacarakan acara muzik berprestij tersebut secara berturut-turut.
  • Fara Fauzana juga pernah menjadi pengacara AJL selama 5 edisi iaitu pada 2005, 2006, 2007, 2015 dan 2016. Beliau pernah bergandingan dengan Cheryl Samad, Ally Iskandar, Faizal Ismail, AG Hot FM, Fizie Roslan, Awal Ashaari dan ramai lagi. Beliau juga merupakan pengacara kedua paling banyak mengacarakan pentas AJL iaitu selama 5 edisi setelah Ally Iskandar yang mengacarakan AJL sebanyak 6 kali.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Episod 1 (10 Januari 2021)
  1. Apa Khabar - Joe Flizzow & SonaOne
  2. Kuasa - Azlan & Joe Flizzow
  3. Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri
  4. Romancinta - Caliph Buskers
  5. Potret - Akim & The Majistret
  6. Hanya NamaMu - Caliph Buskers
  7. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
  8. Teman Pengganti - Black & RJ
  9. Lebih Sempurna - Syamel
  10. Ku Bersuara - Ernie Zakri
  11. Rampas - Akim & The Majistret


Episod 2 (17 Januari 2021)
  1. Hingga Ke Akhir Waktu - Francisca Peter
  2. Takdir Dan Waktu - Rahmad Mega
  3. Beribu Sesalan - Shila Amzah
  4. Masih Aku Cinta - Shila Amzah
  5. Relaku Pujuk - Spider
  6. Awan Nano - Hafiz Suip
  7. Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip
  8. Sekadar Di Pinggiran - Francisca Peter


Episod 3 (24 Januari 2021)
  1. Ngajat Tampi - Noraniza Idris
  2. Hatinya Tak Tahan - Noraniza Idris
  3. Hi Hi Bye Bye - Ezlynn
  4. Mimpi Laila - Yasin Sulaiman
  5. Mungkir Bahagia - Hazami
  6. Kata - Hazami
  7. Pakai Buang - Stacy
  8. Dikir Puteri - Noraniza Idris
  9. Dondang Dendang - Noraniza Idris


Episod 4 (31 Januari 2021)
  1. Kau Kunci Cintaku - Ramlah Ram
  2. Di Matamu - Sufian Suhaimi
  3. Angan Dan Sedar - Mawi
  4. Aduh Saliha - Mawi
  5. Masar Cinta - Ramlah Ram
  6. Cinta Beralih Arah - Aishah
  7. Janji Manismu - Aishah
  8. Bunga - De Fam

Senarai anugerah[sunting | sunting sumber]

1. "Apa Khabar" (Joe Flizzow & SonaOne)


2. "Aku Cinta" (Syamel & Ernie Zakri)


3. "Romancinta" (Caliph Buskers) menggantikan Kumpulan Mojo pada ketika itu.


4. "Potret" (Akim & The Majistret)


5. "Hanya NamaMu" (Caliph Buskers)


6. "Aku Rindu Sayang Kamu" (Black)


7. "Teman Pengganti" (Black & RJ)
RJ menggantikan tempat Malique sebagai penyanyi rap gantian pada ketika itu.


8. "Takdir Dan Waktu" (Rahmad Mega)


9. "Beribu Sesalan" (Shila Amzah)
Lagu ini asalnya dinyanyikan Shila bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor.


10. "Masih Aku Cinta" (Shila Amzah)


11. "Relaku Pujuk" (Kumpulan Spider)


12. "Awan Nano" (Hafiz Suip)


13. "Bahagiamu Deritaku" (Hafiz Suip)

    • Pemenang Juara Lagu Keseluruhan, Pemenang Persembahan Terbaik dan Pemenang Juara Mobile Celcom Anugerah Juara Lagu ke-28 edisi 2013.


14. "Sekadar Di Pinggiran" (Francissca Peter)


15. "Ngajat Tampi" (Noraniza Idris)


16. "Hatinya Tak Tahan" (Noraniza Idris)


17. "Hi Hi Bye Bye" (Ezlynn)


18. "Mimpi Laila" (Yasin Sulaiman)


19. "Mungkir Bahagia" (Hazami)


20. "Kata" (Hazami)


21. "Pakai Buang" (Stacy)


22. "Dikir Puteri" (Noraniza Idris)


23. "Dondang Dendang" (Noraniza Idris)


24. "Kau Kunci Cintaku" (Ramlah Ram)


25. "Di Matamu" (Sufian Suhaimi)


26. "Angan Dan Sedar" (Mawi)


27. "Aduh Saliha" (Mawi)


28. "Cinta Beralih Arah" (Aishah)

    • Pemenang Juara Lagu Keseluruhan, Pemenang Juara Kategori Balada dan Pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-10 edisi 1995.


29. "Janji Manismu" (Aishah)

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

  • Penaja: McDonalds, Sabella, Celcom
  • Pengacara: Awal Ashaari
  • Pengacara jemputan: Charmaine Augustin, Rina Khan, Ally Iskandar, Cheryl Samad, Faizal Ismail
  • Suara Latar: Khairul Anuar Azmi
  • Penulis Skrip: Norhafiszan Mohd Khalil, Nuraisyah Maswan
  • Media Prima Omnia: Michael Chang Sak Onn, Aizat Nizam
  • Penjenamaan TV3: Siti Nurlisia Mohd Nazri, Nur Dayana Adnan, Faradila Othman
  • Jabatan Kreatif: Husni Yusoff, Nazrin Abdul Latif, David Yeoh Keong
  • Koreografi: Mohd Nazir Fadzil
  • Penari Latar: Floor Fever Crew
  • Pengarah Muzik: Zarimi Zahari
  • Jurukamera: Abdul Rahman Salim, Helmy Yahya, Mohd Chairil Yusni
  • Penata Cahaya: Mohd Haizulizam Mohd Yusuf, Mohd Razi Ramli
  • Juruaudio: Norazhar Mohd Amin, Zulkhairin Lokalam
  • MCP: Mohd Shafiq Daim, Muhd Sharizan Salman
  • M&E: Abdul Rahim Mohd Zain
  • Pereka Set: Muhd Hafizan Muhd Noor
  • Pengurus Pentas: Lucent Chong Xien Wen, Norhidayu Hayat

Rujukan[sunting | sunting sumber]