Gong Tok Nasek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Gong Baru merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di dalam kawasan Kampung Gong Tok Nasek di Daerah Kuala Terengganu. Ianya mempunyai keluasan 10.7 hektar dan terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.
Sebelum ditukar nama kepada Kampung Gong Baru, kampung ini dahulunya dikenali dengan nama Kampung Atas Gong. Ini memandangkan kedudukan kampung ini yang terletak di kawasan yang tinggi dan kampung ini adalah salah satu kampung yang tidak dilanda banjir besar Bah Merah yang berlaku lebih kurang 100 tahun yang lampau.

Selepas terselamat daripada tragedi banjir besar ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk menukar nama Kampung Atas Gong kepada Kampung Gong Baru.

Pada peringkat awal, kampung ini dipenuhi dengan sawah padi disebabkan oleh tanih di sini merupakan tanih aluvium dan mempunyai saliran air yang baik.Hal ini menyebabkan rata-rata penduduk di kawasan ini bekerja sebagai pesawah padi. Namun begitu, disebabkan berlakunya proses pembandaran,ramai orang berpindah ke sini.Kebanyakan penduduk yang baru berpindah itu menjalankan perniagaan sendiri.Disebabkan itu juga, kawasan sawah padi dijadikan kawasan perumahan.Kini,kegiatan ekonomi penduduk di kampung ini lebih tertumpu kepada perniagaan sendiri. Di sini lahirnya guru agama Haji Zakaria Hamzah, Kini beliau menetap di Seberang Perai.


★★★


Daerah-daerah kawasan Kampung Gong Tok Nasek :

》Atas Gong @ Gong Baru

》Parit

》Dalam Kampung

》Bawah Lembah

》Tanjung

》Kerak Nasi