Honda Cub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Honda Cub
Honda super cub, 1st Gen. 1958, Left side.jpg
Juga dikenali Super Cub, C100, C102, C110, C50, C70, C90, Passport, EX5, Dream 100, EX5 Dream, C100EX, Super Cub 50, Super Cub 110
Pengeluaran Sejak 1958
Pengganti Honda Wave
Kelas Kapcai
Enjin Enjin melintang 49-109 cc 4 lejang sejukan udara silinder tunggal
Transmisi 3 atau 4 kelajuan dengan klac emparan basah berbilang plat
Suspensi Hadapan: Pautan mendahulu (model terawal), fork teleskopik (terkini)
Belakang: Lengan ayun
Brek Gelendong (hadapan dan belakang)
Berat 75–90 kg (170–200 lb)

Honda Cub, juga dikenali sebagai C100, 50, Super Cub, C50, C70, C90, C100EX, dan Passport, merupakan motosikal kapcai keluaran Honda dengan enjin empat lejang silinder tunggal, dengan sesaran enjin antara 49 hingga 109 cc. Ia terus dikeluarkan sejak tahun 1958, dengan jumlah pengeluaran melebihi 60 juta pada tahun 2008,[1][2] menjadikan Honda Cub sebagai kenderaan bermotor paling banyak dikeluarkan* dalam sejarah.[3][4] Di Malaysia sahaja lebih 2 juta Honda Cub telah terjual sejak ia mula dibawa masuk oleh Boon Siew Honda. Kempen pengiklanan Cub di Amerika Syarikat iaitu "You meet the nicest people on a Honda" (Anda bertemu orang paling budiman menaiki Honda), meninggalkan impak berterusan terhadap imej Honda dan tanggapan orang Amerika terhadap penunggang motosikal, serta dianggap satu kajian kes yang klasik dalam bidang pemasaran.[5][6]

Pembangunan model[sunting | sunting sumber]

Idea motosikal baharu 50 cc ini muncul pada tahun 1956, apabila Soichiro Honda dan Takeo Fujisawa melawat Jerman dan menyaksikan populariti moped dan motosikal ringan.[7] Soichiro Honda menumpukan terhadap aspek kejuruteraan serta merupakan pemimpin pengeluaran, manakala rakan baiknya Fujisawa merupakan pakar dalam bidang kewangan dan perniagaan, memimpin jualan serta menghasilkan formula dan strategi untuk menguasai pasaran dan seterusnya menewaskan pencabar Honda Motor.[8] Fujisawa sudah lama memikirkan tentang strategi jangka panjang, dan tidak seperti syarikat Jepun, dia tidak mahu sewenang-wenangnya meningkatkan pengeluaran dan kemudiannya membawa kepada ledakan ekonomi terkini di Jepun.[7] Motosikal kecil tetapi berprestasi tinggi merupakan asas rancangannya.[7] Biasanya masyarakat Eropah pasca perang berhijrah daripada penggunaan basikal kepada basikal berenjin, dan seterusnya membeli skuter, kereta buih, dan kemudiannya kereta kecil dan seterusnya; Fujisawa melihat bahawa motosikal tidak padan dengan corak sebegini bagi orang biasa, dan dia melihat peluang untuk mengubahnya.[9] Soichiro Honda pada masa itu sudah jemu kerana asyik mendengar ceramah Fujisawa mengenai idea motosikal barunya; Honda datang ke Eropah untuk memenangi perlumbaan Isle of Man TT serta mahu memikirkan perkara lain.[7]

1954 Kreidler K50.

Mereka pergi ke bilik pameran motosikal dan meneliti model-model seperti motosikal Kreidler dan Lambretta untuk mencari motosikal yang terlintas dalam fikiran Fujisawa, tetapi gagal menemuinya, sebaliknya hanya melihat rekaan yang disifatkan Fujisawa sebagai "tiada masa depan" dan tak akan laku.[7][10] Konsepnya ialah motosikal dua roda untuk orang biasa, sesuai digunakan di negara maju mahupun mundur, bandar ataupun kampung.[9] Motosikal baharu itu mestilah sangat ringkas supaya boleh bertahan di kawasan yang tiada pengetahuan mencukupi serta tiada capaian terhadap peralatan termaju ataupun kekurangan bekalan alat ganti.[9] Rungutan pelanggan sering merungut tentang bunyi bising, kebolehpercayaan lebih rendah, terutamanya dalam sistem elektrik, serta kesukaran am untuk menggunakan motosikal turut diutarakan.[9] Disebabkan Honda sebuah syarikat besar, ia memerlukan produk menarik yang boleh dihasilkan dalam jumlah yang besar. Skuter hampir berjaya memenuhi kriteria tersebut, tetapi terlalu rumit bagi penduduk pedalaman, dan roda-roda kecilnya tidak selesa digunakan di atas jalan tanah ataupun jalan kampung.[9][11] Satu lagi keperluan Fujusawa ialah penunggang boleh menggunakannya dengan sebelah tangan memikul sedulang mi soba, berkata kepada Honda, "Kalau awak mampu mereka sebuah motosikal kecil,katakan 50 cc dengan penutup yang melindungi enjin, hos dan virus, saya boleh jual. Saya tak tahu berapa banyak kedai soba di Jepun, tetapi saya berani bertaruh bahawa setiap kedai akan mahu satu untuk penghantaran."[10][12][11]

Sebaik sahaja berminat, Soichiro Honda mula membangunkan Super Cub sebaik tiba di Jepun.[7] Pada tahun berikutnya Honda menunjukkan satu model olok-olok kepada Fujisawa yang akhirnya memenuhi kriteria yang terlintas dalam kepalanya, dan Fujisawa mengisytiharkan jumlah jualan bakal mencecah 30,000 unit sebulan, separuh daripada jumlah jualan pasaran motosikal Jepun.[7] Matlamatnya ialah untuk menjual pada satu skala yang belum dapat dilihat dalam keadaan ekonomi Jepun pasca perang yang masih huru-hara.[7] Honda mungkin perlu menubuhkan anak syarikat luar negara untuk membekalkan servis dan pengagihan alat ganti di sebuah negara besar seperti Amerika Syarikat. Untuk memenuhi keperluan itu, American Honda Motor Company ditubuhkan pada tahun 1959.[7] Pada tahun 1961 satu rangkaian jualan telah ditubuhkan di Jerman, diikuti Belgium dan UK pada tahun 1962, dan seterusnya Perancis pada tahun 1964.[8]

Honda Juno merupakan skuter pertama yang menggunakan resin poliester, atau plastik diperkuat gentian kaca (FRP), dan sungguhpun pengeluarannya dihentikan pada tahun 1954 akibat masalah kewangan dan tenaga manusia pada ketika itu, Fujisawa terus menggalakkan kajian teknik acuan resin poliester, dan ia membuahkan hasil pada Cub.[7] Pengadang kaki motosikal baharu ini menggunakan polietilena, plastik yang paling banyak digunakan, yang lebih ringan daripada FRP, tetapi pembekal Honda belum pernah membuat acuan sebegitu besar sebelum ini, maka acuannya perlu disediakan sendiri oleh Honda.[11] Honda Cub merupakan motosikal pertama yang menggunakan pelindung plastik.[13] Sejarawan motosikal Clement Salvadori (juga wartawan majalah Roda-Roda) menulis bahawa fender hadapan dan perisai kaki plastik "merupakan sumbangan terbesar Cub; plastik mampu berfungsi sebaik logam pada kos yang lebih rendah."[14] Teknologi yang dibangunkan daripada program perlumbaan Isle of Man TT sama penting bagi motosikal ringan baharu ini, menghasilkan 3.4 kilowatt (4.5 kk) daripada enjin empat lejang 50 cc, di mana enjin pertama yang dibina oleh syarikat iaitu "salinan serupa" enjin dua lejang Tohatsu zaman perang yang digunakan sebagai enjin tambahan bagi basikal berenjin, yang hanya mampu menghasilkan keluaran kuasa 0.37–0.75 kilowatt (0.5–1 kk).[7][8] Motosikal empat lejang pertama Honda, model 1951 E-type, lebih berkuasa sedikit daripada Cub iaitu 3.7 kilowatt (5 bhp), tetapi dengan sesaran hampir tiga kali ganda iaitu 146 cc.[8]

Untuk membina motosikal baharu itu, Honda membina sebuah kilang berharga ¥10 billion di Suzuka, Mie untuk mengeluarkan 30,000, dan dengan dua syif, 50,000, Honda Cub sebulan.[7][15] Kilang tersebut dimodelkan mengikut barisan pengeluaran Volkswagen Beetle di Wolfsburg, Jerman.[15] Sebelum itu, model terlaris Honda pada ketika itu hanya terjual 2,000 hingga 3,000 sebulan, dan pemerhati memikirkan kos kilang tersebut terlalu berisiko untuk dilaburkan.[7] Edward Turner dari BSA pergi ke Jepun untuk melihat industri motosikal di sana pada September 1960, dan berkata pelaburan bagi kilang sebesar kilang Suzuka "terlalu berbahaya" kerana pasaran motosikal ASA sudah pun tepu.[15] Semasa siap pada tahun 1960, kilang Suzuka menjadi kilang motosikal terbesar di dunia, serta menjadi model kemudahan pengeluaran besar-besaran Honda pada masa hadapan.[7] Skala ekonomi yang dicapai di kilang Suzuka sahaja sudah menjimatkan 18% daripada kos pengeluaran Cub semasa kilang Suzuka boleh beroperasi pada kapasiti penuh,[15] tetapi dalam jangka masa singkat Honda menghadapi masalah lambakan inventori semasa kilang baharu itu beroperasi sebelum rangkaian jualan dan pengedaran penuh dihasilkan.[7]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Super Cub 1958

Honda Cub sering dibandingkan dengan Ford Model T, Volkswagen Beetle dan Jeep sebagai ikon industri dan pengangkutan abad ke-20.[7][16][17] C100 menggunakan kerangka monokok keluli ditekan, dengan enjin melintang ditempatkan di bahagian bawah tetulang utama, satu konfigurasi yang kini dikenali sebagai motosikal kapcai. Mengikut beberapa kriteria, adalah sukar untuk menentukan jenis motosikal yang layak bagi Cub, kerana ia mempunyai perwatakan seperti sebuah skuter dan motosikal biasa,[13] dan ada kalanya ia dipanggil moped, "step-thru", atau skuter.[8][18][19]

{{{box_caption}}}
{{{box_caption}}}
Papan pemuka bagi model-model 1966 CA100 dan 2009 Super Cub 110 PGM-FI.

Reraut plastiknya dipasang dari bawah bar hendal sehingga ke pemijak, melindungi kaki penunggang daripada angin dan puing-puing jalan, di samping menyembunyikan enjin daripada pandangan. Rekaan sebegini amat menyerupai skuter, tetapi tidak seperti skuter enjin dan kotak gear tidak dipasang pada takal belakang. Ia memberi beberapa kelebihan. Ia memindahkan enjin di bawah dan jauh daripada tempat duduk, mengasingkan gerakan lengan ayun belakang daripada rangkaian kuasa untuk berat tidak berspring yang lebih rendah, serta membolehkan aliran udara sejuk ke enjin lebih terus, serta membolehkan tayar yang lebih besar digunakan.[8] Penempatan enjin di tengah kerangka dan bukannya berhampiran roda belakang memberikannya keseimbangan berat hadapan dan belakang yang lebih baik.[9] Tangki bahan api ditempatkan di bawah pelana berengsel, yang boleh dibuka untuk mendedahkan tudung pengisinya. Tayar 17 inci, jika dibandingkan dengan tayar 10 inci yang biasa digunakan pada skuter, adalah lebih stabil, terutamanya di jalan yang kasar, serta menjadikan motosikal ini lebih mudah dikenali, dengan penampilan lebih ke arah basikal daripada skuter tayar kecil.[8]

Enjin Honda Cub.

Enjin empat lejang silinder tunggal injap atas (OHV) mempunyai saiz lubang x lejang 40 kali 39-milimeter (1.6 × 1.5 in), dengan sesaran 49 cc, serta mampu menghasilkan 3.4 kilowatt (4.5 kk) @ 9,500 rpm, dengan kelajuan maksimum 69 km/j (43 bsj), dalam keadaan tertentu.[20] Nisbah mampatan yang rendah membolehkan enjinnya menggunakan petrol oktana rendah yang lazim didapati, di samping mempermudah proses menghidupkan enjinnya, serta menjadikan tambahan berat dan kos penghidup elektrik tidak diperlukan.[20] Walaupun terdapat beberapa variasi yang mempunyai penghidup elektrik, kebanyakannya dijual tanpa penghidup elektrik, termasuklah model terbaharu 2011 pasaran domestik Jepun (JDM) Super Cub 50 dan Super Cub 110, yang menggunakan teknologi terkini seperti sistem suntikan bahan api PGM-FI Honda serta mempunyai tolok bahan api.[21][22]

Penukaran gear tiga kelajuan dilakukan secara manual, tetapi tanpa klac, sebaliknya menggunakan klac emparan untuk menyambung atau memutuskan kuasa dari enjin.[20] Tidak seperti kotak gear CVT skuter, klac emparan ini membolehkan enjin Cub dihidupkan dengan menolaknya, satu kelebihan berguna ketika saat-saat kecemasan.[9]

Cub terawal menggunakan sistem penyalaan magneto 6 volt yang ditempatkan pada roda tenaga, dengan bateri untuk mengekalkan kuasa pada lampu-lampu, sementara model terkini dinaik taraf kepada sistem penyalaan nyahcas kapasitor (CDI). Sistem pelinciran tidak menggunakan pam minyak atau penapis minyak, sebaliknya menggunakan sistem simbahan primitif bagi kedua-dua enjin dan kotak gear, dengan penuras kasa dawai untuk mengumpul kotoran dalam minyak enjin yang hanya perlu dibersihkan semasa baik pulih penuh. Kedua-dua brek hadapan dan belakang menggunakan brek gelendong. Roda hadapan dan belakang pula menggunakan rim lidi bersaiz 2.25" × 17".[20][23]

Honda mengesyorkan pemeriksaan harian bagi lampu, hon, tekanan tayar, brek, aras bahan api dan minyak enjin, serta pemeriksaan mingguan bagi paras elektrolit bateri. Tempoh "break-in" enjin baharu dilakukan pada 320 kilometer (200 bt), memerlukan pelarasan kelegaan injap dan titik sesentuh, serta penukaran minyak, dan penunggang dinasihatkan untuk menunggang tidak melebihi 48 kilometer per jam (30 bsj) bagi jarak 800 kilometer (500 bt) pertama. Setiap 1,600 kilometer (1,000 bt) palam pencucuh perlu dibersihkan dan ketegangan rantai diperiksa, dan setiap 3,200 kilometer (2,000 bt) minyak pelincir ditukar, kelegaan titik sesentuh diperiksa dan kelegaan injap dilaras. Pada 8,000 kilometer (5,000 bt), penyelenggaraan utama dilakukan, yang memerlukan karburetor, rantai pacu, peredam ekzos dan galas bebola ditanggalkan dan dibersihkan.[23] Penunggang menarik tombol pencekik untuk membantu menghidupkan enjin ketika sejuk.[23] Mengikut piawaian hari ini, ia adalah motosikal yang sangat ringkas, dengan keperluan penyelenggaraan yang minima, dan ia memperoleh reputasi sebagai motosikal yang sangat boleh diharap.[14][20]

"You meet the nicest people on a Honda"[sunting | sunting sumber]

You meet the nicest people on a Honda.jpg

Pada Jun 1963 di media AS,[24] Honda memulakan kempen pengiklanan 12 tahun "You meet the nicest people on a Honda" (Anda bertemu dengan orang paling budiman menaiki Honda), dicipta oleh Grey Advertising.[25] Grey membeli idea tersebut daripada seorang pelajar ijazah di Universiti California Los Angeles (UCLA), yang mereka konsep ini untuk tugasan kuliahnya.[26] Peristiwa tersebut menandakan bermulanya zaman kejatuhan motosikal buatan AS dan British di pasaran AS, serta kebangkitan Honda serta syarikat motosikal Jepun lain.[27][28][29] Pada Disember 1965, Edward Turner berkata jualan motosikal kecil Jepun masih baik untuk BSA, menarik penunggang baharu yang bakal berhijrah ke mesin lebih besar, tanpa menyangka bahawa Jepun boleh mara dalam masa 5 tahun berikutnya untuk mengancam motosikal British secara terus dengan model-model yang lebih canggih seperti Honda CB750.[15]

Unsur spesifik rekaan Cub disepadukan di dalam kempen, seperti penutup rantai yang menghalang minyak rantai daripada mengotori pakaian penumpang, serta perisai kaki yang menghalang puing jalan serta menyembunyikan enjin, serta transmisi separa automatik yang mudah digunakan. Persembahan Cub sebagai perkakas pengguna[13] tidak memerlukan perubahan sikap serta identiti kepada "penunggang motosikal" atau "mat motor", membezakan tawaran Honda, kerana, "dedikasi yang diperlukan untuk mengekalkan motosikal pada era tersebut mengehadkan milikan kepada demografik yang begitu kecil, biasanya dari kalangan lelaki muda yang dikenali dengan jaket kulit hitam serta perwatakan bengis."[30]

50 cc CA100, versi A.S.

Daripada sekadar terhad kepada cuba memujuk pembeli lelaki tradisional untuk berhijrah kepada Honda daripada jenama lain dengan penampilan macho sebagaimana iklan motosikal pada masa tersebut, Honda memecahkan tradisi baru. Kempen iklan membantu memperbaiki imej penunggang motosikal secara amnya serta mengembangkan saiz pasaran motosikal dengan menarik penunggang baharu.[29][30] Brian Wilson dan Mike Love menulis lagu tahun 1964 "Little Honda", menunjukkan keseronokan menunggang Honda 50, malah menjemput pendengar untuk berkunjung ke bilik pameran Honda, dalam gaya bahasa yang berbunyi seolah-olah ia ditulis, atau sekurang-kurangnya mereka diupah, oleh pengiklan Honda, walaupun ia bukanlah lagu iklan komersil.[16] Lagu tersebut dilancarkan oleh The Hondells pada tahun 1964, diikuti pelancaran rakaman asal oleh The Beach Boys.[16] Pada tahun 1965 The Hondells melancarkan lagu "You Meet the Nicest People on a Honda", satu lagi lagu yang mempromosikan Cub, sebagai muka B bagi lagu "Sea Cruise" versi mereka[31]

Contoh kempen "Young America" Harley-Davidson.

Kempen jangka panjang ini, termasuklah slogan, muzik, serta imej orang terhormat, kelas pertengahan dan atasan, terutamanya wanita, menunggang Honda menjadi sinonim dengan jenama Honda sejak sejak itu.[5][27] Imej yang direka Honda bertentangan dengan imej ahli geng motosikal "jahat" serta menjadi titik fokus bagi peningkatan sentimen mengutuk Jepun bagi motosikal Harley-Davidson buatan AS.[28][32]

Selain peminat Harley-Davidson, syarikat itu sendiri mempunyai reaksi lebih berkonflik terhadap kempen "You meet the nicest people" Honda yang berjaya. Pada mulanya mereka berasa tersinggung dengan pandangan bahawa penunggang Harley-Davidson bukanlah "orang budiman." Harley-Davidson telah, sejak penubuhannya sejak tahun 1903, memupuk imej terhormat, serta tidak akan bersekongkol dengan demografik geng motosikal dari kalangan pangkalan pelanggan mereka untuk sekurang-kurangnya sepuluh tahun. Pada tahun 1964 mereka menafikan sebarang kaitan dengan ahli geng motosikal, serta menjauhkan diri mereka daripada implikasi kempen Honda. Tetapi mereka juga "mencuba untuk memilikinya dalam kedua-dua cara", dan seterusnya mengikut jejak Vespa dan Yamaha dalam menghasilkan iklan yang "disyaki menyerupai" kempen "You meet the nicest people."[33][34] Sama ada mereka berasa tersinggung oleh ataupun meniru Honda, pada masa itu Harley-Davidson tidak berkongsi interpretasi bahawa iklan Honda, "menambah kepada imej macho Harley."[35]

Sejarah model[sunting | sunting sumber]

Sejarah pengeluaran
Honda Super Cub production 1958 to 2008.png
Pengeluaran tahunan Honda Cub dari tahun 1958 hingga 2008, tahun di mana jumlah jualan terkumpul melepasi angka 60 juta unit.[1]
Garis masa lokasi pengeluaran
  • 1958 Kilang Yamato, Jepun
  • 1959 Kilang Hamamatsu, Jepun
  • 1960 Kilang Suzuka, Jepun
  • 1961 Taiwan
  • 1963 Belgium
  • 1966 Bangladesh
  • 1967 Thailand
  • 1969 Malaysia
  • 1971 Indonesia
  • 1973 Filipina
  • 1980 Mauritius
  • 1981 Colombia
  • 1981 Nigeria
  • 1985 India
  • 1988 Mexico
  • 1989 Brazil
  • 1991 Kilang Kumamoto, Jepun
  • 1997 Vietnam
  • 2002 China
  • 2004 Laos
  • 2005 Kemboja
  • 2006 Argentina
  • 2007 Peru
Negara yang tidak lagi mengeluarkan Honda Cub dicondongkan[36]

Honda Cub mula dilancarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Model asal tahun 1952 Honda Cub F sebenarnya adalah enjin yang dipasang pada basikal. Honda mengekalkan nama tersebut tetapi menambah imbuhan 'Super' pada model motosikal ringan serba baharu itu,[9] walaupun ia hanya sekadar dipanggil Cub di beberapa negara. Asalnya jualan Super Cub tidak begitu baik pada awalnya disebabkan kegawatan ekonomi Jepun, dan 3 bulan selepas pelancarannya sudah ada pelanggan yang merungut mengenai masalah klac yang sering tergelincir.[10] Jurujual dan pekerja kilang Honda terpaksa membatalkan cuti mereka untuk membaiki motosikal Cub yang terjejas, dengan melawat pelanggan sendiri dari rumah ke rumah.[10] Semasa ia dieksport ke AS, namanya ditukar kepada Honda 50, dan kemudiannya Honda Passport C70, dan C90, kerana tanda nama kapal terbang Piper Super Cub sudah digunakan.[30]

Varian terawal Cub ialah C102, dilancarkan pada April 1960, dan C110 Sports Cub, dilancarkan pada Oktober tahun yang sama.[9] C102 mempunyai penghidup elektrik sebagai tambahan kepada penghidup tendang, serta sistem penyalaan gelung berbanding magneto, tetapi selebihnya sama seperti C100.[9] C110 lebih mirip motosikal tradisional dengan rekaan kerangka yang berbeza, dengan tangki minyak di bahagian atas hadapan dan bukan di bawah kerusi seperti mana varian Cub yang lain. Ia juga lebih berkuasa sedikit, naik daripada 3.4 hingga 3.7 kW (4.5 hingga 5 bhp) @ 9,500 rpm. Varian kepada Sports Cub ialah C111 tanpa kerusi pembonceng, dan C110D, juga dipanggil C114, yang mempunyai paip ekzos rendah. Versi terawal Sport Cub mempunyai kotak gear 3 kelajuan tetapi kemudian ditambah menjadi 4 kelajuan.[9] C102 terus dikeluarkan selama enam tahun sehingga 1965, manakala C110 Sports Cub pula sehingga 1966.[9]

Pada tahun 1960 atau 1961, satu daripada beberapa model kembar dikeluarkan iaitu CZ100, menggunakan enjin yang sama tetapi hanya menggunakan tayar 5 inci. Model sulung bagi Siri Honda Z, CZ100 hanya disasarkan sebagai model untuk jarak dekat atau motosikal pit, tetapi dalam masa yang sama mewujudkan genre yang dikenali sebagai "monkey bike".[9]

Pada tahun 1963, model OHV 86.7 cc 4.8 kW (6.5 bhp) C200 mempunyai kerangka seperti C110 tetapi dengan hendal yang ditinggikan. Enjin yang sama digunakan pada model 1965 CM90. Juga pada tahun 1965 muncul model aci sesondol atas (OHC) 63 cc 4.1 kW (5.5 bhp) C65 Super Cub. Sebagai versi sporty, CS65, dengan kerangka menyerupai C110/C200, menghasilkan 4.6 kW (6.2 bhp) @ 10,000 rpm.[9]

Pada tahun 1966, Honda menggantikan enjin OHV 50 cc dengan rekaan SOHC, enjin C65 yang dikecilkan lubangnya, dipanggil C50, yang meningkatkan kuasa kudanya daripada 3.4 hingga 3.6 kW (4.5 hingga 4.8 bhp). Dalam masa yang sama, model 90 cc C200 direka semula dengan enjin SOHC 5.6 kW (7.5 bhp) 89.5 cc, serta dipanggil C90. Walaupun rekaan asal Cub dikekalkan, penstailan baharu serta penambahbaikan termasuklah fork hadapan bertutup. Model 50 cc C100 dan 90 cc C200 kekal dikeluarkan bersama-sama versi baharu sehingga tahun 1967.[9]

C70 1972

Tahun terakhir pengeluaran C65 ialah tahun 1967, dan CD65 dan CL65 menggantikannya hanya untuk tempoh setahun, 1968. Kedua-duanya mempunyai enjin-enjin berputaran tinggi 4.6 kW (6.2 bhp) 63 cc pada CS65. Kemudian model C70 4.6 kW (6.2 bhp) 71.8 cc menggantikan CD65 dan CL65 pada tahun 1969. Ia mempunyai kuasa kuda maksimum yang sama tetapi pada 9,000 rpm berbanding 10,000, serta lebih kilasan, 0.53 kg·m (5.2 N·m; 3.8 ka·lbf) pada 7,000 rpm berbanding 0.48 kg·m (4.7 N·m; 3.5 ka·lbf) pada 8,000 rpm. Ia diperkenalkan di Amerika Syarikat, Kanada dan Asia sebaik pelancarannya dan di UK pada tahun 1972. Selepas tahun 1980 model AS C70 dipanggil C70 Passport.[9]

Pada tahun 1980an, Honda mula memasang sistem penyalaan nyahcas kapasitor (CDI) untuk menggantikan sistem penyalaan titik sesentuh yang tidak lagi mampu memenuhi piawaian emisi Amerika.

Pada tahun 1984, Honda melancarkan versi kemas kini bagi Honda C90 dan C50, perbezaan utama ialah model-model baharu tersebut kini menggunakan sistem elektrik 12 volt yang lebih boleh diharap serta menggunakan lampu petak berbanding lampu bulat, di samping beberapa perubahan kosmetik lain.

Pada tahun 1986, model enjin 100cc HA05E yang lebih besar diperkenalkan khususnya di Asia. Model 100cc yang lebih terkini tersebut dibangunkan khusus untuk pasaran Asia Tenggara, terutamanya di Thailand, Malaysia dan Vietnam di mana motosikal kapcai lebih popular, dengan memperkenalkan ciri-ciri baru seperti sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah, dan transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada model lama. Model 100cc tersebut asalnya dikenali sebagai Honda Dream di Thailand dan Honda EX5 di Malaysia, sebelum diseragamkan sebagai Honda EX5 Dream pada tahun 2003. Tambahan pula, Honda Jepun mula mengimport motosikal Dream buatan Thailand sebagai Super Cub C100EX pada tahun 1988.[37] Model C100EX Jepun kemudian mengalami perubahan pada tahun 1993, sementara model EX5 Dream Asia Tenggara mengekalkan reka bentuk tahun 1986 sehingga sekarang dengan hanya sedikit perubahan kosmetik.[38]

Model C90 lampu petak (12 volt).

Pada penghujung 1990-an, Honda memperkenalkan motosikal siri NF yang lebih dikenali sebagai Honda Wave yang menggunakan kerangka tiub keluli, brek cakera hadapan dan set penutup plastik dalam pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc. DI negara-negara Eropah, pengeluaran model Honda Cub telah dihentikan bagi memberi laluan kepada model Honda Wave. Sungguhpun demikian, pengeluaran model Honda Cub masih diteruskan di Asia dan Afrika walaupun model Honda Wave yang lebih baru telah diperkenalkan.

Pada tahun 2007, Honda mula memasang sistem suntikan bahan api PGM-FI pada Honda Cub bagi pasaran Jepun untuk pelepasan asap yang lebih bersih.[1]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

C100[9] C102[9] C110[9] CS50[9] C50[9] C70[9] C90[9] C100EX[37] Super Cub
50[21]
Super Cub
110[22]
Tahun
model
1958–1967 1960–1965 1960–1966 1965–1967 1966–1980+ 1969–1980+ 1966–1980+ 1986– 2007– 2009 –
Nota Penghidup elektrik Sport Passport di AS EX5 Dream di Thailand dan Malaysia PGM-FI
Enjin 49 cc OHV sejukan udara tunggal 49.5 cc 71.8 cc 89.5 cc OHC 89.5 cc OHC 49 cc OHC 109 cc OHC
Lubang x lejang 40 × 39 mm (1.6 × 1.5 in) 39 × 41.4 mm (1.5 × 1.6 in) 47 × 41.4 mm (1.9 × 1.6 in) 50 × 45.6 mm (2.0 × 1.8 in) 50 × 49.5 mm (2.0 × 1.9 in) 39.0 × 41.4 mm (1.54 × 1.63 in) 50 × 55.6 mm (2.0 × 2.2 in)
Nisbah
mampatan
8.5:1 9.5:1 8.8:1 8.2:1 8.8:1 10:1 9.0:1
Kelajuan maksimum 69 km/j (43 bsj)[20]
Kuasa 3.4 kW (4.5 bhp) @9500 rpm 3.7 kW (5.0 bhp) @ 9500 rpm 3.9 kW (5.2 bhp) @10250 rpm 3.6 kW (4.8 bhp) @ 10000 rpm 4.5 kW (6 bhp) @ 9000 5.6 kW (7.5 bhp) @ 9500 rpm 5.9 kW (8.0 PS) @ 8000 rpm 2.5 kW (3.4 kk) @ 7000 rpm 6.0 kW (8.0 kk) @ 7500 rpm
Kilasan 0.33 kg·m (3.2 N·m; 2.4 ka·lbf) @8500 rpm 0.53 kg·m (5.2 N·m; 3.8 ka·lbf) @ 7000 rpm 0.67 kg·m (6.6 N·m; 4.8 ka·lbf) @ 6000 rpm 0.83 kg·m (8.1 N·m; 6.0 ka·lbf) @ 6000 rpm 3.8 N·m (2.8 ka·lbf) @ 5000 rpm 8.4 N·m (6.2 ka·lbf) @ 5500 rpm
Penyalaan Magneto roda tenaga Gelung Magneto CDI
Transmisi 3 kelajuan dengan klac emparan basah automatik 3 kelajuan (terawal) 4 kelajuan (terkini) 4 kelajuan 3 kelajuan 4 kelajuan 3 kelajuan 4 kelajuan
Kerangka Tetulang bawah keluli ditekan
Gantungan Hadapan: Pautan mendahulu, gerakan 56 mm (2.2 in) ; belakang: lengan ayun, gerakan 61 mm (2.4 in) Fork teleskopik, lengan ayun Hadapan: Pautan mendahulu, gerakan 56 mm (2.2 in) ; belakang: lengan ayun, gerakan 61 mm (2.4 in) Fork teleskopik, lengan ayun
Brek Gelendong 110 mm (4.3 in) hadapan dan belakang
Tayar
(hadapan/belakang)
2.25" x 17"/2.25" x 17" 2.25×17"/
2.5×17"
2.5×17"/
2.5×17"
2.25×17"/
2.5×17"
2.25×17"/
2.75×14"
2.25×17"/
2.50×17"
Kaster, ekor 71 mm (2.8 in) 26° 30', 75 mm (3.0 in) 26°, 47 mm (1.9 in)
Jarak roda 1,180 mm (46.5 in) 1,150 mm (45.3 in) 1,180 mm (46.6 in) 46.7 in (1,185 mm) 1,190 mm (46.9 in) 1,185 mm (46.7 in)
Panjang 1,780 mm (70.1 in) 1,810 mm (71.2 in) 1,800 mm (70.7 in) 1,760 mm (69.4 in) 1,800 mm (70.7 in) 1,800 mm (72 in) 1,835 mm (72.2 in) 1,775 mm (69.9 in) 1,830 mm (72 in)
Lebar 570 mm (22.6 in) 560 mm (22.2 in) 610 mm (24.2 in) 640 mm (25.2 in) 670 mm (26 in) 660 mm (26 in) 710 mm (28 in)
Tinggi 610 mm (24 in) 760 mm (29.9 in) 1,035 mm (40.7 in) 960 mm (38 in) 1,040 mm (41 in)
Tinggi
pelana
760 mm (30 in) 705 mm (27.8 in) 735 mm (28.9 in)
Berat
kering
65 kg (143 lb) 70 kg (154 lb) 66 kg (145 lb) 76 kg (168 lb) 69 kg (152 lb) 72 kg (158 lb) 85 kg (187 lb) 93 kg (210 lb) 79 kg (170 lb) 93 kg (210 lb)
Muatan
bahan api
3 L (0.66 imp gal; 0.79 AS gal) 3 L (0.66 imp gal; 0.79 AS gal) 7 L (1.5 imp gal; 1.8 AS gal) 5.5 L (1.2 imp gal; 1.5 AS gal) 3 L (0.66 imp gal; 0.79 AS gal) 4.8 L (1.1 imp gal; 1.3 AS gal) 3.6 L (0.79 imp gal; 0.95 AS gal) 3.4 L (0.75 imp gal; 0.90 AS gal) 4.3 L (0.95 imp gal; 1.1 AS gal)

Populariti semasa[sunting | sunting sumber]

Honda Super Cub "Jalanan" model 50 cc

Jualan Cub semakin meningkat di Jepun[1] dengan penambahbaikan pada enjin serta pemasangan sistem suntikan bahan api bagi model domestik Jepun bermula tahun 2007, menjadikannya lebih berkuasa, lebih jimat minyak serta lebih bersih. Sungguhpun banyak motosikal kapcai moden dengan rekaan kerangka tiub keluli dan badan plastik dikeluarkan seperti Honda Wave, Honda Cub asal tetap popular. Di Vietnam misalnya, Cub digunakan secara meluas sebagai teksi motosikal.[39]

Pada tahun 2006, dalam siri The Greatest Ever di saluran Discovery Channel, satu episod mengenai motosikal menempatkan motosikal Honda Cub 49 cc model tahun 1958 di tempat pertama.[40] James May, salah seorang hos siri televisyen popular Top Gear, membeli sebuah Honda Cub untuk episod "Vietnam Special".[41] Penulis Author Roland Brown menulis bahawa, "dalam banyak-banyak motosikal hebat yang pernah dibina oleh Honda — superbike CB750, motosikal lumba enam silinder Mike Hailwood, Gold Wing yang hebat, anda namakan sahaja — yang paling penting antara kesemuanya ialah C100 Super Cub tahun 1958."[8]

Faktor kejayaan model Honda Cub[sunting | sunting sumber]

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1958, lebih 60 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia,[1] menjadikan model tersebut sebagai model motosikal paling berjaya dalam sejarah automotif. Di Malaysia sahaja lebih 2 juta Honda Cub telah terjual. Berikutan dengan kejayaan besar Honda Cub sebagai motosikal paling laris di dunia, Discovery Channel telah menobatkan Honda Cub sebagai Motosikal Terhebat (The Greatest Ever Motorcycle) melalui rancangan The Greatest Ever, mengalahkan model-model motosikal lain yang lebih besar dan lebih berkuasa[40] (sila tonton video: "Motosikal Terhebat").

Faktor kejayaan besar Honda Cub adalah:-

  • Harganya yang sangat murah berbanding motosikal lain.
  • Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal.
  • Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L)
  • Berupaya untuk membawa muatan berat. Di negara membangun terutamanya di Asia, ramai orang menggunakan Honda Cub untuk membawa hasil pertanian dan ternakan.
  • Mudah untuk mencelah ketika kesesakan jalan raya yang teruk.
  • Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.
  • Penggunaan enjin 4 lejang membolehkan Honda Cub melepasi piawaian emisi yang ketat.
  • Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lejang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.

EV-Cub[sunting | sunting sumber]

EV-Cub semasa Pameran Kereta Tokyo 2009.

Semasa Pameran Kereta Tokyo 2009, Honda mempersembahkan kenderaan konsep EV-Cub, sebuah motosikal elektrik yang direka berasaskan model asal Honda Cub, menampilkan sistem pacuan dua roda yang bermaksud motor elektrik dipasang terus pada hab setiap roda.[42] Honda berkata mereka mengekalkan reka bentuk 1958 bagi motosikal konsep abad ke-21 mereka adalah berpatutan kerana, "bentuk tubuh manusia tidak pernah berubah sejak 50 tahun dahulu," dan, "saiz, bentuk dan kedudukan kesemua bahagian Super Cub mempunyai satu bentuk keperluan pada mereka, dan rekaan Super Cub sangat rasional dan mesra penunggang."[43] Ruang tambahan hasil ketiadaan enjin di bahagian kerangka serta ketiadaan tangki bahan api memberi ruang untuk simpanan topi keledar du bawah pelana, sebagaimana skuter.[42][43][44] Disepadukan dengan motosikal elektrik baharu ialah satu sistem komunikasi interaktif, untuk membolehkan penunggang berbual sambil menunggang.[45] Beberapa syarikat lain termasuklah, KTM, Öhlins, dan Yamaha telah membangunkan motosikal pacuan dua roda, dan mendapati bahawa tambahan kuasa pada roda hadapan di samping roda belakang membantu menambah kestabilan, terutamanya di selekoh serta semasa ditunggang oleh penunggang baharu.[42][46] Pada masa itu Honda memberi petunjuk bahawa mereka mungkin akan menjual EV-Cub di pasaran pada tahun 2010, yang mungkin akan menjadi motosikal pacuan dua roda pertama dikeluarkan.[42]

Honda Cub sebagai pembawa kargo
Honda Cub posmen.
Honda Cub posmen.
Rali peminat Honda.
Rali peminat Honda.
Di Kagurazaka, Tokyo.
Di Kagurazaka, Tokyo.
Sebarisan Honda EX5 Pizza Hut di Segamat, Malaysia.
Sebarisan Honda EX5 Pizza Hut di Segamat, Malaysia.


Nota[sunting | sunting sumber]

*^  Basikal Flying Pigeon China, dengan pesanan lebih 500 juta yang berfungsi setakat tahun 2007, merupakan kenderaan paling banyak dikeluarkan. Sila rujuk Koeppel, Dan (Januari/Februari 2007), Flight of the Pigeon, Bicycling (Rodale, Inc.) 48 (1): 60–66, ISSN 0006-2073, diperoleh pada 2012-01-28 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Cumulative Global Production of Cub Series Motorcycles Reaches 60 Million Units (press release), Honda, Mei 2008, diperoleh pada 2010-10-31 
  2. Ralat Lua pada baris 250 di Modul:Citation/CS1: Dipanggil dengan keadaan ralat tidak ditetapkan.
  3. That's 2.5 billion cc!, American Motorcyclist (Westerville, Ohio: American Motorcyclist Association), Mei 2006: 24, ISSN 0277-9358, diperoleh pada 2010-10-31 
  4. Edstrom, Christian (30 November 2007), To Save the Polar Bears, Ride a Cub, New York Times, diperoleh pada 2012-01-28 
  5. 5.0 5.1 Packer, Jeremy (2008), "Motorcycle Madness; The Insane, Profane, and Newly Tame", Mobility without mayhem: safety, cars, and citizenship, Duke University Press, ms. 123–124, ISBN 9780822339632, diperoleh pada 2012-01-28 
  6. Reynolds, Thomas John; Olson, Jerry Corrie (2001), Understanding consumer decision making: the means-end approach to marketing and advertising strategy, Psychology Press, ms. 22, ISBN 9780805817317 
  7. 7.00 7.01 7.02 7.03 7.04 7.05 7.06 7.07 7.08 7.09 7.10 7.11 7.12 7.13 7.14 7.15 Sakiya, Tetsuo (1982), Porter, Timothy, pengarang, Honda Motor: the men, the management, the machines, Kodansha, ISBN 9780870115226 
  8. 8.0 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 Brown, Roland (1991), Honda: the complete story, Crowood, ms. 17–18, ISBN 1852235446 
  9. 9.00 9.01 9.02 9.03 9.04 9.05 9.06 9.07 9.08 9.09 9.10 9.11 9.12 9.13 9.14 9.15 9.16 9.17 9.18 9.19 9.20 9.21 9.22 Bacon, Roy (1996), Honda: The Early Classic Motorcycles : All the Singles, Twins and Fours, Including Production Racers and Gold Wing-1947 to 1977, Niton Publishing, ms. 164–191, ISBN 1855790289 
  10. 10.0 10.1 10.2 10.3 Satō, Masaaki (2006), The Honda myth: the genius and his wake, Vertical, ISBN 978-1-932234-26-8"Originally published in Japanese as 'Honda shinwa : kyoso no naki atode' by Bungei Shunju, Tokyo, 1995". Translated by Hiroko Yoda with Matt Alt. 
  11. 11.0 11.1 11.2 50 Years of Super Cub, Honda, 2008, diperoleh pada 2012-02-05 
  12. Shook, Robert L. (1988), Honda: an American success story, Prentice Hall, ms. 17–18, ISBN 9780133946284 
  13. 13.0 13.1 13.2 Frank, Aaron (Mei 2009), Icon: Honda's Super Cub; Sixty Million Riders Can't Be Wrong, Motorcyclist, diperoleh pada 2012-02-01 
  14. 14.0 14.1 Salvadori, Clement; Guggenheim Museum Staff (1998), "Honda C100 Super Cub", dalam Krens, Thomas; Drutt, Matthew, The Art of the Motorcycle, Harry N. Abrams, ms. 283, ISBN 0810969122  Unknown parameter |title-link= ignored (bantuan)
  15. 15.0 15.1 15.2 15.3 15.4 Alexander, Jeffrey W. (2008), Japan's Motorcycle Wars: An Industry History, UBC Press, ms. 197–211, ISBN 978-0-8248-3328-2 
  16. 16.0 16.1 16.2 Frank, Aaron (2003). Honda Motorcycles. MotorBooks International. ms. 42. ISBN 9780760310779. Diperoleh pada 2012-01-28. 
  17. Lindsay, Brooke. (Julai 1998), Go, little Honda, Automotive Industries 178. (7): 13 
  18. March, Nick (6 Feb 2010), The superbike that was just too good, The National, diperoleh pada 2012-02-01 
  19. Bose, Partha (6 Feb 2010), Alexander the Great's art of strategy: the timeless leadership lessons of history's greatest empire builder, Penguin Books, ISBN 9781592400539, diperoleh pada 2012-02-01 
  20. 20.0 20.1 20.2 20.3 20.4 20.5 Falloon, Ian (2005), The Honda Story, Haynes, ISBN 1 85960 966 X 
  21. 21.0 21.1 Honda, 50th Anniversary Super Cub (press release), diperoleh pada 2012-01-30 
  22. 22.0 22.1 Honda, Super Cub 110 specifications (press release), diperoleh pada 2012-01-30 
  23. 23.0 23.1 23.2 Honda C100 and C102 Owners Manual, Honda 
  24. You meet the nicest people on a Honda (advertisement), Life: 22–23, diperoleh pada 2012-01-29 
  25. Associated Press (10 Jun 2009), A look at Honda in the US over the last 50 years, Seattle Times, diperoleh pada 2012-01-30 
  26. Fifty Years of Honda in America, July 2009, diperoleh pada 2012-01-30  Unknown parameter |magainze= ignored (bantuan)
  27. 27.0 27.1 Montville, Leigh (2011), Evel Knievel, Random House, ms. 70, ISBN 9780385527453, diperoleh pada 2012-01-28 
  28. 28.0 28.1 Garson, Paul (2006), Davidson, Jean; Thompson, Hunter S., pengarang, The Harley-Davidson Reader, MotorBooks/MBI Publishing Company, ms. 129–134, ISBN 076032591X, diperoleh pada 2012-01-28 
  29. 29.0 29.1 The Editors of Motorcyclist Magazine,; Stein, John L. (2011), "You meet the nicest people on a Honda", The Complete Idiot's Guide to Motorcycles (edisi ke-5th), Penguin Books, ISBN 9781615640706, diperoleh pada 2012-01-28 
  30. 30.0 30.1 30.2 Huffman, John Pearley (9 Julai 2009), For Honda in America, 50 Years of Going Its Own Direction, New York Times, diperoleh pada 2012-01-28 
  31. Spotlight Singles, Billboard, 18 September 1965: 18, diperoleh pada 2012-01-28 
  32. Reavis, Dick (Mei 1979), You Are What You Ride; Why you don't meet the nicest people on a Harley, Texas Monthly: 106, diperoleh pada 2012-01-28 
  33. Rau, Fred (11 Jun 2007), Motorcycle Advertising Part One; Wildly successful ad campaign of the Sixties, Motorcycle.com, diperoleh pada 2012-02-02 
  34. Rau, Fred (8 Februari 2008), Motorcycle Advertising Part Two; The Best and Worst Bike Ads, Motorcycle.com, diperoleh pada 2012-02-02 
  35. Caiata, Craig (Mac 1992), Born to Ride: Harley-Davidson from motorcycle to American legend, Popular Mechanics: 45, diperoleh pada 2012-02-02 
  36. "Worldwide Production Bases", Super Cub – The Honda Worldwide Super Cub Special Site, Honda, diperoleh pada 2012-01-30 
  37. 37.0 37.1 Honda, Honda Begins Importing Thai-made Cub C100EX (press release) (Jepun), diperoleh pada 2012-04-23 
  38. Honda, Honda Begins Importing Thai-made Super Cub 100 (press release) (Jepun), diperoleh pada 2012-04-23 
  39. Colet, John (2002), Vietnam handbook (edisi ke-3rd), Footprint Travel Guides, ms. 309, ISBN 9781903471319, diperoleh pada 2012-01-31 
  40. 40.0 40.1 "Greatest Motorbikes Ever". Discovery Channel. Diperoleh pada 19 April 2011. 
  41. "'Nam we were there man". TopGear.com. BBC. Diperoleh pada 30 Januari 2011. 
  42. 42.0 42.1 42.2 42.3 Loftus, Jack (October 11, 2009), Honda EV-Cub Marries Electric Bike With 2WD, Star Trek Communicator, Gizmodo 
  43. 43.0 43.1 Designers Talk: Tokyo Motor Show 2009, Honda, diperoleh pada 2012-02-01 
  44. Korzeniewski, Jeremy (October 23, 2009), Tokyo 2009: Honda rolls out the EV-Cub, we pray for a production model, Autoblog.com, diperoleh pada 2012-02-01 
  45. Madson, Bart (September 30, 2009), Electric Honda Cub & Scooter Set for Tokyo, Motorcycle-USA.com, diperoleh pada 2012-02-01 
  46. Hanlon, Mike (September 30, 2009), Honda to exhibit 2WD electric motorcycle at Tokyo Motor Show?, Gizmag, diperoleh pada 2012-02-01 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]