Honda F1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Honda Racing F1)
Lompat ke: pandu arah, cari
Honda
Honda Racing F1 Team logo.png
Nama penuh Honda Racing Co. (1964–1968)
Honda Racing F1 Team (2006–2008)
Pangkalan Brackley, Northamptonshire, United Kingdom
Kakitangan terbaik Ross Brawn, Nick Fry
Pemandu terbaik Ronnie Bucknum, Richie Ginther, Jo Schlesser, John Surtees, Jenson Button, Rubens Barrichello
Nama sebelumnya British American Racing
Nama seterusnya Brawn GP Formula One Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Perlumbaan pertama Grand Prix Jerman 1964
Perlumbaan 88
Kejuaraan
Pengeluar
0
Kejuaraan
Pemandu
0
Kemenangan perlumbaan 3
Podium 9
Petak pertama 2
Pusingan terpantas 2
Perlumbaan terakhir Grand Prix Brazil 2008

Pengeluar kereta Jepun, Honda, telah mengambil bahagian dalam Formula Satu sebagai pembekal enjin, peserta dan pengeluar antara tahun 1964 dan 2008. Penglibatan Honda dalam F1 bermula pada musim 1964. Honda berhenti bersaing selepas musim 1968 selepas kematian pemandu Honda, Jo Schlesser, di Grand Prix Perancis 1968.[1] Honda kembali pada tahun 1983 sebagai pembekal enjin dan peranan tersebut berakhir pada tahun 1992. Honda kembali sekali lagi pada tahun 2000, dengan menyediakan enjin untuk British American Racing (BAR). Menjelang akhir tahun 2005, Honda membeli pasukan BAR, yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom, dan dinamakan semula sebagai Honda Racing.

Ia telah diumumkan pada 5 Disember 2008, bahawa Honda akan menarik diri dari Formula Satu selepas krisis ekonomi semasa dan sedang mencari pihak untuk menjual pasukan mereka.[2] Pada 27 Februari 2009, ia telah diumumkan bahawa ketua pasukan, Ross Brawn, telah membeli pasukan Honda.[3] Pasukan berlumba sebagai Brawn GP pada tahun 2009, dan kemudiannya dijual kepada Daimler AG dan dinamakan semula Mercedes GP untuk musim 2010.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Honda Racing F1 Team (2006-2008)[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 2005, Honda membeli baki bahagian 55% daripada BAR untuk menjadi pemilik tunggal. BAT kekal bersama mereka sebagai penaja pasukan dengan jenama Lucky Strike pada tahun 2006, tetapi menarik diri dari Formula Satu pada tahun 2007. Ia telah diputuskan bahawa pasukan akan berlumba di bawah nama Honda Racing F1 Team dari tahun 2006.

2008[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2007, ia telah diumumkan bahawa Barrichello dan Button akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2008.[4] Pada November 12, 2007, autosport.com mengesahkan bahawa bekas pengarah teknikal pasukan Ferrari, Ross Brawn akan menyertai Honda sebagai ketua pasukan. Nick Fry kekal bersama pasukan sebagai Ketua Eksekutif.[5] Pada 10 Januari 2008, ia telah diumumkan bahawa Alexander Wurz telah ditandatangani sebagai pemandu ujian bagi musim 2008.[6] Pada 29 Januari 2008, Honda melancarkan kereta 2008 mereka. "Kereta Bumi" tersebut mempunyai corak rekaan yang sedikit berbeza daripada kereta yang digunakan pada musim 2007, dengan hanya sebahagian daripada kereta yang mengandungi gambar bumi, dan selebihnya dengan cat putih Honda klasik. Button, Barrichello dan Wurz hadir pada majlis pelancaran itu.

Honda sekali lagi mengalami tahun yang mengecewakan, dan menjelang pertengahan musim, mereka mengalihkan tumpuan mereka untuk membangunkan kereta yang akan digunakan pada musim 2009, di mana peraturan-peraturan baru akan digunakan. Walau bagaimanapun, Barrichello berjaya mendapat podium terakhir Honda di Grand Prix British setelah memilih tayar hujan pada masa yang tepat.

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(Kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Mata WCC
1964 Honda RA271 Honda RA271E V12 Templat:Dunlop MON NED BEL FRA GBR GER AUT ITA USA MEX 0 9
Ronnie Bucknum Ret Ret Ret
1965 Honda RA272 Honda RA272E V12 G RSA MON BEL FRA GBR NED GER ITA USA MEX 11 6
Richie Ginther Ret 6 Ret Ret 6 14 7 1
Ronnie Bucknum Ret Ret Ret Ret 13 5
1966 Honda RA273 Honda RA273E V12 G MON BEL FRA GBR NED GER ITA USA MEX 3 8
Richie Ginther Ret 5 Ret NC 4
Ronnie Bucknum Ret 8
1967 Honda RA273
Honda RA300
Honda RA273E V12 Templat:Firestone RSA MON NED BEL FRA GBR GER CAN ITA USA MEX 20 4
John Surtees 3 Ret Ret Ret 6 4 1 Ret 4
1968 Honda RA300
Honda RA301
Honda RA302
Honda RA273E V12
Honda RA301E V12
Honda RA302E V8
Templat:Firestone
G
RSA ESP MON NED BEL FRA GBR GER CAN ITA USA MEX 14 7
John Surtees 8 Ret Ret Ret Ret 2 5 Ret Ret Ret 5 6
Jo Schlesser Ret
David Hobbs Ret
Joakim Bonnier 5
1969 – 2005: Honda tidak bertanding sebagai pengeluar kereta.
2006 Honda RA106 Honda RA806E V8 M BHR MAL AUS SMR EUR ESP MON GBR CAN USA FRA GER HUN TUR ITA CHN JPN BRA 86 4
Rubens Barrichello 15 10 7 10 5 7 4 10 Ret 6 Ret Ret 4 8 6 6 12 7
Jenson Button 4 3 10 7 Ret 6 11 Ret 9 Ret Ret 4 1 4 5 4 4 3
2007 Honda RA107 Honda RA807E V8 B AUS MAL BHR ESP MON CAN USA FRA GBR EUR HUN TUR ITA BEL JPN CHN BRA 6 8
Jenson Button 15 12 Ret 12 11 Ret 12 8 10 Ret Ret 13 8 Ret 11 5 Ret
Rubens Barrichello 11 11 13 10 10 12 Ret 11 9 11 18 17 10 13 10 15 Ret
2008 Honda RA108 Honda R808E V8 B AUS MAL BHR ESP TUR MON CAN FRA GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN CHN BRA 14 9
Jenson Button Ret 10 Ret 6 11 11 11 Ret Ret 17 12 13 15 15 9 14 16 13
Rubens Barrichello DSQ 13 11 Ret 14 6 7 14 3 Ret 16 16 Ret 17 Ret 13 11 15

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Honda tidak lagi bersaing dalam Formula Satu dari International Herald Tribune
  2. "Krisis global menamatkan impian Honda F1", news.bbc.co.uk, 2008-12-05. Dicapai pada 2010-01-05. 
  3. Cary, Tom. "Honda dijual", The Daily Telegraph, 2009-02-27. Dicapai pada 2010-05-04. 
  4. "Honda mengekalkan Button & Barrichello", news.bbc.co.uk, 2007-07-19. Dicapai pada 2007-07-20. 
  5. "Brawn menyertai Honda sebagai ketua pasukan", autosport.com, Haymarket, 2007-11-12. Dicapai pada 2007-11-12. 
  6. "Wurz menyertai Honda sebagai pemandu ujian dan simpanan", autosport.com, 2008-01-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: