Grand Prix Singapura 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Singapura   Grand Prix Singapura 2008
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-15 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2008.
Litar Jalan Singapura
Litar Jalan Singapura
Tarikh 28 September 2008
Nama rasmi Grand Prix Singapura SingTel I
Lokasi Marina Bay, Singapura
Litar Litar jalan
5.067 km (3.148 batu)
Jarak 61 pusingan, 309 km (192 batu)
Cuaca Kering
Petak pertama
Pemandu Brazil Felipe Massa Ferrari
Masa 1:44.801
Pusingan terpantas
Pemandu Finland Kimi Räikkönen Ferrari
Masa 1:45.599 pada pusingan ke-14
Podium
Pertama Sepanyol Fernando Alonso Renault
Kedua Jerman Nico Rosberg Williams-Toyota
Ketiga United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes

Grand Prix Singapura 2008 ialah perlumbaan ke-15 Formula Satu musim 2008. Ia diadakan pada 26 September hingga 28 September di Marina Bay, Singapura.

Grand Prix ini menjadi perlumbaan F1 pertama yang diadakan pada waktu malam dan juga perlumbaan Kejohanan Dunia F1 ke-800 sepanjang sejarah sukan ini. GP ini diadakan di satu daripada dua buah litar baru pada tahun 2008, selain Grand Prix Eropah 2008 di Valencia, Sepanyol. Ia juga merupakan kali pertama Singapura menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu.

Perlumbaan sepanjang 61 pusingan ini dimenangi oleh Fernando Alonso untuk pasukan Renault meskipun bermula dari petak ke-15 di grid. Nico Rosberg mendapat tempat kedua dalam kereta Williamsnya dan diikuti dengan kereta McLaren Lewis Hamilton.

Pada September 2009, Renault F1 mengaku dalam satu mesyuarat FIA World Motor Sport Council bahawa pemandunya Piquet telah kemalangan dengan sengaja atas arahan pengarah pasukan Renault Flavio Briatore dan ketua jurutera Pat Symonds, dengan harapan membantu Alonso menang. Penyertaan pasukan Renault lalu dibatalkan daripada F1, dengan hukuman tergantung dua tahun sekiranya terdapat lagi pencabulan peraturan lain. Briatore digantung seumur hidup dari semua kejohanan yang diiktiraf FIA, manakala Symonds digantung selama lima tahun.[1]

Rujukan [sunting]

  1. "FIA Press Release". Dicapai pada 2009-09-21. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-09-26. 


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Itali 2008
Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu
Musim 2008
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Jepun 2008
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Singapura 2007
Grand Prix Singapura Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Singapura 2009