Marussia F1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rusia Marussia-Cosworth
Nama penuhMarussia F1 Team
PangkalanBanbury, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukanJohn Booth
Graeme Lowdon
Pengarah teknikalPat Symonds
Laman sesawangmarussiaf1team.com
Nama terdahuluMarussia Virgin Racing
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai30
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Kedudukan 2012Ke-11 (0 mata)

Marussia F1 Team (nama dagangan untuk Manor Grand Prix Racing Limited[1], yang merupakan sebuah anak syarikat Marussia Motors) ialah sebuah pasukan Formula Satu Anglo-Rusia yang berpangkalan di Banbury di United Kingdom.

Pasukan bertanding sebagai "Marussia" buat kali pertama pada musim 2012, berikutan pembelian Marussia Motors pada lewat tahun 2010.[2] Pasukan ini dahulunya bertanding sebagai "Marussia Virgin Racing" pada tahun 2011 dan "Virgin Racing" pada tahun 2010. Marussia merupakan pasukan Formula Satu yang ketiga untuk bertanding dengan lesen Rusia, selepas Midland dan Virgin (yang menggunakan lesen Rusia selepas berganding bahu dengan Marussia pada tahun 2011).[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Manor Grand Prix telah diberi kebenaran untuk menyertai Formula Satu pada musim 2010. Sebelum akhir tahun 2010, mereka telah dinamakan semula sebagai Virgin Racing. Pada bulan November 2010, Marussia membeli pegangan kawalan dalam pasukan, dan Virgin Racing dikenali sebagai "Marussia Virgin Racing" bagi musim 2011.[4] Selepas permulaan yang mengecewakan pada musim 2011, Marussia Virgin Racing berpisah dengan Wirth Research, dan menjalani hubungan bersama McLaren Applied Technologies menjelang musim 2012. Pada bulan November 2011, pasukan Marussia Virgin Racing memohon kepada suruhanjaya Formula Satu untuk menukar nama pengeluar mereka bagi musim 2012 dari Virgin ke Marussia, untuk mewakili pemilikan baru mereka.[5] Kebenaran telah diberikan sebelum disahkan pada mesyuarat Majlis Permotoran Sedunia FIA.[6]

Musim 2012[sunting | sunting sumber]

Timo Glock di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada 31 Disember 2011, Marussia Virgin Racing mengumumkan bahawa mereka kini dikenali sebagai Marussia F1 Team.[7] Virgin, yang pernah menjadi penaja bagi pasukan itu, mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama pasukan itu selepas pertukaran nama tersebut, dengan adanya logo Virgin pada kereta Marussia bagi tahun 2012.[8] Marussia mengumumkan pada Julai 2011 bahawa Timo Glock telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Marussia.[9] Glock menyertai musim 2012 bersama graduan GP2 Series, Charles Pic.[10]

Menjelang 29 September 2011, Marussia sudah mempunyai 60% skala modal daripada kereta 2012 mereka untuk digunakan dalam terowong angin McLaren.[11] Menjelang bulan Disember 2011, Marussia telah menerima bahagian pertama untuk kereta mereka.[12] Mereka juga mengumumkan bahawa kereta mereka yang akan digunakan pada tahun 2012 tidak akan mempunyai KERS.[13] Pasukan HRT, iaitu pasukan pesaing Marussia, gagal untuk memulakan perlumbaan di Australia selepas gagal mencatat masa pusingan dalam masa 107%. HRT memutuskan untuk tidak menggunakan KERS dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada sesi kelayakan.

Sebelum sesi ujian yang terakhir bagi musim 2012 di Barcelona, iaitu pada 27 Februari, satu pengumuman telah dibuat di laman sesawang pasukan itu, mengisytiharkan bahawa kereta baru mereka (MR01) telah gagal dalam sebuah ujian perlanggaran.[14] Ini bermakna bahawa mereka akan terlepas untuk menjalani sesi ujian terakhir.

Pada 5 Mac 2012, Marussia mempamerkan MR01 yang baru di Silverstone.[15] Reka bentuk kereta tersebut telah diketuai oleh perunding teknikal, Pat Symonds. Marussia ialah pasukan kedua terakhir untuk mempamerkan kereta musim 2012. Ini berlaku kerana ujian kemalangan mereka gagal, dan bermakna kereta tersebut tidak boleh digunakan dalam acara ujian pra-musim. Ujian itu diluluskan sebelum majlis pelancaran dan sebelum perlumbaan pembuka tirai musim 2012.

Ketika pemandu ujian, Maria de Villota, menguji MR01 di Duxford Airfield pada 3 Julai 2012, beliau terhempas ke pintu lif pengangkut pasukan dan mengalami kecederaan serius.[16] Beliau ketika itu sedang menjalankan sebuah ujian aerodinamik sebagai persediaan untuk Grand Prix British. Pada 4 Julai 2012, Marussia telah mengesahkan bahawa Maria de Villota telah kehilangan mata kanannya akibat kemalangan tersebut.[17] Di Spa, Charles Pic menetapkan masa pusingan terpantas pada sesi latihan bebas kedua, dan Glock mendapat tempat keenam. Di Singapura, Timo Glock mendapat keputusan terbaik Marussia setelah mendapat tempat ke-12, dan ia melonjakkan Marussia ke tangga kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia, di hadapan Caterham dan HRT.

Walau bagaimanapun, pada perlumbaan terakhir musim di Brazil, Vitaly Petrov, yang berlumba untuk Caterham, mendapat tempat ke-11, dan Caterham menuntut kembali tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia serta menjatuhkan Marussia ke tangga kesebelas dalam kejuaraan tersebut.

Musim 2013[sunting | sunting sumber]

Jules Bianchi memandu untuk Marussia di Grand Prix Malaysia 2013.

Pada 18 Disember 2012, Marussia mengumumkan bahawa Max Chilton akan membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada musim 2013, dengan mengantikan Charles Pic. Timo Glock meninggalkan Marussia sebelum musim 2013 bermula atas "sebab-sebab komersial". Luiz Razia juga meninggalkan pasukan selepas mengalami masalah dengan penaja, dan digantikan oleh Jules Bianchi bagi musim 2013. Pada 14 Mac 2013, pasukan mengumumkan bahawa Rodolfo González akan menjadi pemandu simpanan mereka bagi musim ini.[18] Untuk perlumbaan pertama di Australia, kedua-dua kereta melayakkan diri di hadapan pasukan pesaing, Caterham, manakala di Grand Prix Malaysia, Bianchi mendapat tempat ke-13.

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2012 Marussia MR01 Cosworth CA2012 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 0 Ke-11
Jerman Timo Glock 14 17 19 19 18 14 Ret DNS 18 22 21 15 17 12 16 18 20 14 19 16
Perancis Charles Pic 15 20 20 Ret Ret Ret 20 15 19 20 20 16 16 16 Ret 19 19 Ret 20 12
2013 Marussia MR02 Cosworth CA2013 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 0* Ke-10*
Perancis Jules Bianchi 15 13 15 19 18 Ret 17 16 Ret 16
United Kingdom Max Chilton 17 16 17 20 19 14 19 17 19 17

* Musim sedang dijalankan.
Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-03. Dicapai pada 2012-07-15.
  2. ^ Noble, Jonathan (11 November 2010). "Pengeluar kereta Russia mengambil Virgin". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 11 November 2010.
  3. ^ "Marussia Virgin Racing akan bertanding menggunakan lesen Rusia". RIA Novosti. 3 Februari 2011. Dicapai pada 29 Januari 2012.
  4. ^ http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/motorsport/formula_one/9178539.stm
  5. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/95840
  6. ^ Cooper, Adam (3 November 2011). "Kebenaran diberikan untuk pertukaran nama Caterham, Lotus dan Marussia". Adam Cooper's F1 Blog. WordPress. Dicapai pada 4 November 2011.
  7. ^ "11:56 PM, 31 Disember 2011". Twitter. Twitter, Inc. 31 Disember 2011. Dicapai pada 3 Januari 2012.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-01. Dicapai pada 2012-07-15.
  9. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/93317
  10. ^ "Pic dan Glock menjadi pemandu Marussia Virgin Racing bagi musim 2012". Marussia Virgin Racing. Virgin Racing. 27 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-29. Dicapai pada 3 Januari 2012.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-05. Dicapai pada 2012-07-15.
  12. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/96672
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-10. Dicapai pada 2012-07-15.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-20. Dicapai pada 2012-07-15.
  15. ^ http://www.formula1.com/news/headlines/2012/3/13070.html
  16. ^ http://uk.eurosport.yahoo.com/news/female-f1-driver-hurt-smash-094023353.html
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-05. Dicapai pada 2012-07-15.
  18. ^ "In Reserve". marussiaf1team.com. Marussia F1. 14 Mac 2013. Dicapai pada 15 Mac 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]