Lotus F1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 51°55′12″U 1°23′25″B / 51.92°U 1.39028°B / 51.92; -1.39028

United Kingdom Lotus-Renault
Lotus F1 Team logo.png
Nama penuh Lotus F1 Team Limited
Pangkalan Enstone, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukan Éric Boullier[1]
Pengarah teknikal James Allison
Laman sesawang lotusf1team.com
Nama terdahulu Lotus Renault GP
Formula Satu musim 2013
Pemandu 7. Finland Kimi Räikkönen[2]
8. Perancis Romain Grosjean[3]
Pemandu ujian Itali Davide Valsecchi[4]
Belgium Jérôme d'Ambrosio[4]
Casis Lotus E21
Enjin Renault
Tayar Pirelli
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertama Grand Prix Australia 2012
Perlumbaan terkini Grand Prix Sepanyol 2013
Perlumbaan disertai 25
Kejuaraan Pengeluar 0
Kejuaraan Pemandu 0
Kemenangan 2
Pusingan terpantas 4
Kedudukan 2012 Ke-4 (303 mata)

Lotus F1 Team ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di United Kingdom. Pasukan ini bertanding di bawah nama Lotus buat kali pertama pada musim 2012, berikutan pertukaran nama pasukan Renault yang dahulunya bertapak di Enstone, Oxfordshire. Lotus F1 Team dimiliki oleh Genii Capital.[5] Pasukan ini dinamakan sempena penjenamaan rakan kongsi mereka, Group Lotus. Pasukan mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia dalam musim pertama mereka di bawah nama Lotus.

Isi kandungan

Latar belakang [sunting]

Lotus dalam Formula Satu [sunting]

Team Lotus adalah sebuah syarikat "adik" Lotus Cars, yang bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1958 dan 1994, dan memenangi enam gelaran pemandu dan tujuh gelaran pengeluar antara tahun 1963 dan 1978. Nama Lotus kembali ke Formula Satu pada tahun 2010 melalui pasukan Lotus Racing kepunyaan Tony Fernandes, yang menggunakan nama dari lesen Group Lotus. Group Lotus kemudiannya menamatkan lesen tersebut, tetapi Fernandes mengambil alih milik persendirian Team Lotus untuk digunakan pada musim 2011. Untuk musim 2012, Team Lotus menukar nama mereka kepada Caterham F1 Team, dan membenarkan pasukan Lotus Renault GP dinamakan semula sebagai Lotus F1 Team.

Sejarah [sunting]

2012 [sunting]

Kereta F1 Lotus-Renault

Pada 29 November 2011, Lotus mengumumkan bahawa Kimi Räikkönen akan berlumba untuk mereka pada tahun 2012. Pada 9 Disember 2011, pasukan mengumumkan bahawa juara GP2 Series, Romain Grosjean, akan menjadi rakan sepasukan Räikkönen.

Di Grand Prix Belgium 2012, Grosjean telah menyebabkan kemalangan yang menyebabkan beberapa buah kereta pada selekoh pertama perlumbaan, dengan Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Sergio Pérez terkeluar daripada perlumbaan bersama Grosjean. Berikutan perlumbaan tersebut, Grosjean digantung satu perlumbaan, untuk perlumbaan seterusnya di Monza. Beliau digantikan oleh Jérôme d'Ambrosio untuk perlumbaan itu.

Räikkönen memenangi perlumbaan pertama Lotus di Grand Prix Abu Dhabi. Kemenangan itu juga merupakan yang pertama bagi Räikkönen sejak beliau kembali ke Formula Satu.

2013 [sunting]

Pada 29 Oktober 2012, Lotus F1 mengesahkan bahawa Räikkönen akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2013. Romain Grosjean akan terus menjadi rakan sepasukannya bagi musim 2013. Di Grand Prix Australia 2013, Lotus memenangi perlumbaan pertama mereka pada musim ini, dengan usaha cemerlang Räikkönen, yang memulakan perlumbaan di tempat ketujuh. Dengan ini, Räikkönen mendahului tangga Kejuaraan Pemandu dan Lotus berada di tangga kedua dalam Kejuaraan Pengeluar. Romain Grosjean, yang memulakan perlumbaan di tempat kelapan, akhirnya mendapat tempat kesepuluh selepas mengalami masalah dengan keretanya.

Selepas Räikkönen dihukum kerana menghalang Nico Hülkenberg pada pusingan kelayakan dan Grosjean gagal untuk memasuki Q3, Grand Prix Malaysia menyaksikan Lotus hanya berada di tempat kesepuluh dan kesebelas pada petak permulaan. Mereka akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan keenam.

Di Grand Prix China, Räikkönen mendapat tempat kedua, walaupun jatuh dua tempat pada petak permulaan dan mengalami kerosakan pada keretanya semasa bersaing bersama Sergio Pérez; Grosjean mendapat tempat kelapan.

Di Grand Prix Bahrain, kedua-dua pemandu gagal menunjukan prestasi yang baik pada pusingan kelayakan, namun seperti mana ketua pasukan, Éric Boullier, telah menjangkakan, Lotus mempunyai kadar yang baik pada perlumbaan dan kedua-dua pemandu menamatkan perlumbaan di atas podium. Perlumbaan ini menyaksikan tempat ketiga teratas yang sama seperti tahun sebelumnya.

Penajaan dan corak rekaan [sunting]

Lotus F1 menggunakan corak rekaan John Player Special kepunyaan Team Lotus yang digunakan pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Lotus F1 menggunakan corak rekaan berwarna hitam dan emas yang diilhamkan oleh Team Lotus - syarikat adik Group Lotus - apabila pasukan tersebut ditaja oleh jenama tembakau John Player Special semasa tahun 1970-an dan 80-an. Renault, Total, Unilever, Rexona, Clear, TW Steel, Trina Solar dan Japan Rags juga menjadi penaja untuk pasukan.

Keputusan lengkap Formula Satu [sunting]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2012 Lotus E20 Renault RS27-2012 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 303 Ke-4
Finland Kimi Räikkönen 7 5 14 2 3 9 8 2 5 3 2 3 5 6 6 5 7 1 6 10
Perancis Romain Grosjean Ret Ret 6 3 4 Ret 2 Ret 6 18 3 Ret 7 19 7 9 Ret 7 Ret
Belgium Jérôme d'Ambrosio 13
2013 Lotus E21 Renault RS27-2013 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 111* Ke-3*
Finland Kimi Räikkönen 1 7 2 2 2
Perancis Romain Grosjean 10 6 9 3 Ret

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan [sunting]

  1. Noble, Jonathan. "Boullier joins Renault as team principal", autosport.com, 5 Januari 2010. Dicapai pada 13 Mei 2013. 
  2. "Kimi Raikkonen menandatangani semula dengan Lotus bagi musim 2013", Autosport.com, Haymarket Publications, 29 Oktober 2012. Dicapai pada 29 Oktober 2012. 
  3. "Romain Grosjean kekal bersama Lotus bagi musim 2013", AutoHebdo, 17 Disember 2012. Dicapai pada 17 Disember 2012. 
  4. 4.0 4.1 Saward, Joe (28 Januari 2013). "Lotus launches the E21". Joe Saward blogs about the world of F1. WordPress. http://joesaward.wordpress.com/2013/01/28/lotus-launches-the-e21/. Capaian 28 Januari 2013. 
  5. "Boullier: Group Lotus tidak memiliki Renault F1". Crash.net. 2011-01-20. http://www.crash.net/f1/news/165988/1/boullier_group_lotus_doesnt_own_any_of_renault_f1.html. Capaian 2012-02-03. 

Pautan luar [sunting]