In-Team

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
In-Team

Kulit album kumpulan In-Team
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1998 - 2000-an
Label HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web Lirik lagu
Ahli
Mohd Syahril bin Abdul Khalid
Muhammad Hazamin bin Harun
Abdul Rahim bin Osman
Bekas ahli
Mohd Suhaimi bin Saad
Hisyam bin Ahmad (kini menubuhkan kumpulan nasyid DeHearty)


Kumpulan In-Team merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Nasyid yang kebanyakannya berbahasa Melayu dan Arab.

Secara rasminya, kumpulan In-Team ditubuhkan dan bernaung di bawah HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT pada bulan Januari 1998.

Setelah beberapa kali tercalon pada majlis Anugerah Industri Muzik, akhirnya pada tahun 2010, Kumpulan In-Team berjaya merangkul anugerah menerusi lagu Dia Muhammad dan album Allahu Rabbi. Lagu Dia Muhammad diiktirah sebagai Lagu Nasyid Terbaik manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik ke-17 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Isi kandungan

[sunting] Ahli-ahli

Kumpulan In-Team terdiri daripada 4 orang anggota asal.Kemudian kepada 4 orang tetapi berubah ahli setelah Hisyam keluar dan digantikan dengan Abdul Rahim. Kini setelah Suhaimi menarik diri, In-Team kekal dengan hanya 3 orang ahli :-

[sunting] (1998-2006)

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid
  2. Mohd Suhaimi bin Saad
  3. Muhammad Hazamin bin Harun
  4. Hisyam bin Ahmad (keluar dari In Team dan digantikan dengan Abdul Rahim bin Osman)

[sunting] (2007-sekarang)

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid
  2. Muhammad Hazamin bin Harun
  3. Abdul Rahim bin Osman

[sunting] Diskografi

[sunting] Album

Album-album kumpulan In-Team mengikut turutan:

  1. Kasih Kekasih (terjual 80,000 unit)
  2. Impian Kasih (terjual 50,000 unit)
  3. Damba Kasih (terjual 50,000 unit)
  4. In-Team '04
  5. Tiada Lagi Kasih
  6. Nur Insani
  7. Allahu Rabbi


Album-album kompilasi lagu-lagu In-Team dan album lain yang melibatkan In-Team:

  1. Semulia Ramadhan Seindah Lebaran
  2. Nur Kasih
  3. Kalimah Cinta
  4. Habibullah
  5. Sirah Junjungan
  6. Junjungan Mulia
  7. Nur Kasih Vol. 2
  8. Kalimah Cinta Vol. 2
  9. Nasyid No 1

[sunting] Lagu-lagu

  • Akrab Persahabatan
  • Allah is The Only One
  • Dialah Segalanya
  • Jangan Kita Lupa
  • Kasih-Kekasih
  • Kebesaran Al Quran
  • Siti Khadijah
  • Sutera Kasih
  • Di Sinilah Kita
  • Hembusan Kasturi
  • Impian Kasih
  • Insan Taqwa
  • Jangan Sia-siakan
  • Lilin Seorang Guru
  • Rabiatul Adawiyah
  • Selamatkan Dunia
  • Selawat Junjungan
  • The Messenger of Allah
  • Tuhan Yang Esa
  • Bisikan Nurani
  • Budimu Rasulullah
  • Damba Kasih
  • Epilog Rindu
  • Hijrah Satu Wawasan
  • Kasihmu Amanahku
  • Nur Kasih
  • Ratu syahadah
  • Sentuhanmu
  • Wajah Dunia
  • Ajibtu
  • Bicara Kata
  • Doa Seorang Kekasih
  • Halimatus Saadiah
  • Kalimah Cinta
  • Kasihku Abadi
  • KeredhaanMu
  • Ku Serah Cinta
  • Qudwah Hasanah
  • Setanggi Syurga
  • Az-Ziarah
  • TanpaMu
  • Kehidupan
  • Segenggam Tabah
  • Senandung budi
  • Kerana Cinta
  • Taman Firdausi
  • Selawat Badrul Ain
  • Pesona Dunia
  • Stand Together
  • Cintailah Ilahi
  • Pemergianmu
  • Cahaya Mata
  • Ayah dan Ibu
  • Guruku
  • Putera Puteri
  • Utamakan Keluarga
  • Keluarga Penyayang
  • Renungkanlah
  • Detik Kematian
  • Allahu Rabbi
  • Hamzah Asadullah
  • Hanya Takdir
  • Dia Muhammad
  • Kepastian
  • Kemulian Al Quran
  • Asy Syafie
  • Redha
  • Asma'Allah
  • Kasih Sayang

[sunting] Pencapaian

Kumpulan in-team ini mempunyai pencapaian yang bagus dari segi penciptaan albumnya iaitu peningkatan penarikan lagu kepada pendengar dari setiap ciptaan album ke album yang lain.

Kesemua album mereka telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit. Album pertama mereka sahaja telah terjual sebanyak 80,000 unit.

Mereka juga telah menubuhkan syarikat In Team Edutainment, (Kini Inteam Records Sdn Bhd) iaitu sebuah syarikat milik penuh Inteam. Kini syarikat itu telah menerbitkan album baru Inteam iaitu Tiada Lagi Kasih sebagai produk Inteam yang pertama dibawah pengurusan baru.

Inteam (dahulunya In-Team) mengorak langkah semakin lebar setelah tamat kontrak bersama Hijjaz Records. Album baru ini dijangka mampu membuktikan kemampuan Inteam bergerak tanpa perlu tunjuk ajar lagi.

Kumpulan ini sekali lagi membuktikan kematangan dalam penghasilan album dan lagu, apabila album Allahu Rabbi dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM 17). Ini merupakan anugerah AIM yang pertama dimenangi oleh mereka setelah beberapa kali tercalon dalam kategori yang sama. Selain itu, kumpulan InTeam juga turut membawa pulang satu lagi trofi apabila lagu ciptaan Frizdan, 'Dia Muhammad' turut diangkat sebagai Lagu Nasyid Terbaik AIM 17. Mereka juga turut membuktikan bahawa kualiti vokal semakin meningkat apabila lagu 'Allahu Rabbi' turut tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu. Namun, mereka tewas kepada pasangan duet, Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti menerusi lagu 'Amarah'.

[sunting] Anugerah

[sunting] Anugerah Industri Muzik

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2001 (AIM8) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Kasih Kekasih Dicalonkan Rabbani - Iqrar 1421
Album Nasyid Terbaik Dicalonkan
2005 (AIM12) Album Nasyid Terbaik In-Team '04 Dicalonkan Raihan - Allahu
2009 (AIM16) Lagu Nasyid Terbaik Kemuliaan Al-Quran Kemuliaan Al-Quran Dicalonkan Rabbani - Bila Nur Melimpah Di Hati
2010 (AIM17) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu Allahu Rabbi Allahu Rabbi Dicalonkan Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Amarah
Album Nasyid Terbaik Menang
Lagu Nasyid Terbaik Dia Muhammad Menang
Lagu Terbaik Dicalonkan Yuna - Dan Sebenarnya
Album Terbaik Dicalonkan Faizal Tahir - Adrenalin
2011 (AIM18) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu Salamun Salam 2 Dicalonkan Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah - Beribu Sesalan
Lagu Nasyid Terbaik Bebas Palestin (bersama Rabbani, Saujana & Nowseeheart) Dicalonkan Nora ft. VOU - Pedoman

[sunting] Pautan luar