Johan As'ari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Johan As'ari
Kelahiran Johan Arif As'ari
3 Disember 1986 (27 tahun)

Johan Ariff bin As'ari atau lebih dikenali dengan nama Johan As'ari merupakan seorang pelakon lelaki yang mula menempa nama di layar kaca televisyen Malaysia sejak tahun 2011 menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Johan dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan anak kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman Abu Mansor. Kakaknya pernah bergelar pelakon pada tahun 2007-2009 iaitu Farah Alya. Menurut Johan, dia mempunyai bakat bermain gitar dan piano serta boleh menyanyi sekadar suka-suka.

Para peminat juga boleh mengikuti akaun Twitter Johan iaitu @JohanAsari atau melayari laman sosial Facebook Johan Arrif Asari.


Pembabitan Awal[sunting | sunting sumber]

Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun. Di situ, dia melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran. Namun begitu beliau tidak sempat menamatkan pengajiannya lalu kemudiannya bergelar mahasiswa dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam, Melaka (KUIM).

Demi minatnya yang mendalam terhadap lakonan, anak kedua daripada empat beradik ini sanggup menangguhkan pengajiannya peringkat diplomanya itu ekoran dia lebih meminati bidang lakonan berbanding kaunseling. Untuk itu Johan nekad untuk bermula dari bawah dalam industri perfileman.

Beliau berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir disamping kerap menyertai ujibakat pencarian bakat baru seperti Mentor, Akademi Fantasia dan juga Pilih Kasih. Bakatnya tidak disedari sehinggalah disunting oleh Filmscape milik pengarah terkenal Kabir Bhatia untuk memegang watak kecil dalam drama bersiri seram Penunggu Gunung Raya sekaligus menjadi drama pertama lakonan Johan. Menerusi Filmscape juga, pengarah Faisal Ishak [1] menyunting beliau untuk membintangi drama bersiri Juvana di TV3 memegang peranan sebagai Botak, pelajar nakal di sekolah Wira Bakti untuk pesalah juvana.

Sebelum siri TV tersebut ditayangkan Johan pernah hampir terpilih untuk membintangi filem Gerimis Mengundang arahan pengarah prolifik Ahmad Idham, namun hasratnya itu tidak kesampaian biarpun telah dipertemukan dengan heroin filem tersebut aktres Indonesia, Olivia Jensen Lubis.

Semakin Dikenali[sunting | sunting sumber]

Ternyata rezeki Johan ada pada Juvana. Ekoran publisiti terhadap lakonannya dalam drama bersiri yang mencecah rating tinggi setiap minggu tayangannya itu, nama Johan disebut-sebut dikalangan peminat dan pemerhati industri. Populariti yang diraih menerusi drama tersebut membolehkan Johan menyertai barisan pelakon-pelakon lelaki muda yang dikatakan bakal bergelar pelapis.

Dalam masa yang singkat, Johan berpeluang berkongsi karya dengan pelakon-pelakon tersohor seperti Eman Manan dalam drama Janjiku Pada Alwalid serta bergandingan bersama aktres Fasha Sandha dalam siri TV terbaharu Cinta Elysa.


Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

• Juvana (2013)

• Balada Pencinta (2013)

• Tokan (2013)

Filem Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Janjiku Pada Alwalid (2011) TV3
  • Kesuma Jiwa (2011) TV1
  • Tasbih Putih (2011) ASTRO PRIMA
  • Ajaibnya Cinta (2011) TV3
  • Tersalah Cinta (2012) TV3
  • Karlos Bolos (2013) TV3
  • Satu Hari Di Hari Raya (2013) TV3

Siri Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]