Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Logo Baru Berkuatkuasa 24 Julai 2013
Logo Baru Berkuatkuasa 24 Julai 2013
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1959
Ibu pejabat Putrajaya
Menteri bertanggungjawab Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia
 
Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Anak-anak agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
 
Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Tapak web
Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah penjenamaan semula Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) berkuatkuasa pada 16 Mei 2013, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak .

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke 20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perangsaraf dan geraksaraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.

Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978 siaran televisyen warna telah dilancarkan.

Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletak di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai Kementerian Penerangan pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Manakala itu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) pula ditubuhkan di bawah Kementerian ini pada tahun 2000 bertujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara.

Latar belakang Kementerian[sunting | sunting sumber]

  • Kementerian Penerangan telah ditubuhkan pada tahun 1961.
  • Terdapat 4 buah jabatan di bawah Kementerian Penerangan iaitu Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Jabatan Filem Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas. Selain itu terdapat sebuah badan berkanun iaitu Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA).
  • Kementerian Penerangan diterajui oleh seorang Menteri dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri dan seorang Setiausaha Parlimen.
  • Ketua Eksekutif Kementerian Penerangan ialah Ketua Setiausaha yang dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan. Ketua Setiausaha adalah penasihat utama kepada Menteri dalam aspek perancangan dan penggubalan dasar.
  • Ketua Setiausaha juga berperanan sebagai penggerak utama bagi memastikan program dan aktiviti Kementerian, jabatan-jabatan serta agensi-agensi di bawahnya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Senarai Menteri Penerangan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai menteri yang menjawat jawatan Menteri Penerangan:-

# Nama Tempoh
perkhidmatan
1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1961 - 1964
2 Senu bin Abdul Rahman 1964 - 1969
3 Tan Sri Hamzah bin Abu Samah 1969 - 1971
4 Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie[1] 1971 - 1974
5 Tengku Ahmad Rithaudeen AlHaj bin Tengku Ismail 1974 - 1975
6 Datuk Amar Taib bin Haji Mahmud[2] 1975 - 1977
7 Dato' Mohamed bin Rahmat 1978 - 1982
8 Dato'Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam 1982 - 1984
9 Dato'Rais Yatim 1984 - 1986
10 Tengku Ahmad Rithaudeen AlHaj bin Tengku Ismail 1986 - 1987
11 Dato' Mohamed bin Rahmat 1987 - 1999
12 Tan Sri Mohd Khalil bin Yaakub 1999 - 2004
13 Datuk Panglima Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir[3] 2004 - 2006
14 Datuk Zainuddin bin Maidin 2006 - 2008
15 Datuk Ahmad Shabery Cheek 2008 - 2009
16 Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim 2009 - 2013
17 Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 2013 - Kini

Senarai Ketua Setiausaha Kementerian[sunting | sunting sumber]

  • Y. BHG. ENCIK OSMAN BIN S. CASSIM (1972-1974)
  • Y. BHG. DATUK MOHD. YUSUFF BIN ABD. RAHMAN (1974 - 1978)
  • Y. BHG. DATO’ AHMAD BIN HAJI ABD. RAHMAN ( 1978 - 1982)
  • Y. BHG. DATO’ HAJI WAN SIDEK BIN HAJI WAN ABD. RAHMAN (1982-1986)
  • Y. BHG. DATO’ DR. MOHD. NOR BIN ABDUL GHANI ( 1986-1989)
  • Y. BHG. DATUK MAZLAN BIN AHMAD ( 1989-1981)
  • Y. BHG. ENCIK YAHYA BIN YAACOB ( 1991-1994)
  • Y. BHG. DATUK ZAWAWI BIN MAHMUDDIN ( 1994-2000)
  • Y. BHG. DATO’ SERI DR. ARSHAD BIN HASHIM ( 2001 - 2005)
  • Y. BHG. DATO’ SITI BALKISH BINTI SHARIFF( 2005 - 2007)
  • Y. BHG. DATO' SRI KAMARUDDIN BIN SIARAF (2007 - 2013)
  • Y. BHG. DATO' SRI ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD RADZI (2014-SEKARANG)

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi agensi pengurusan maklumat dan perhubungan awam Kerajaan yang terunggul, pelopor agenda negara, penjana dan penyebar berita dan maklumat yang sahih, cepat, tepat dan terkini kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menegak dan mempertahankan kewibawaan Kerajaan dan negara melalui kefahaman dan komitmen rakyat Malaysia maklumat yang disebarkan oleh media Kerajaan.

Fungsi & Objektif[sunting | sunting sumber]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai semula dasar dan program penerangan yang bertujuan meningkatkan penerimaan rakyat terhadap Wawasan 2020 serta merancang, melaksana dan menyelaraskan perkhidmatan pengurusan serta sistem penyampaian.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menyampai dan menyebar maklumat rasmi Kerajaan;
  • Mengurus media massa dan maklumat Kerajaan;
  • Menimbang dan meluluskan bahan promosi dan mesej Kerajaan;
  • Menimbang dan meluluskan iklan komersial untuk siaran radio dan televisyen milik Kerajaan;
  • Menentukan pihak-pihak yang akan mewakili kepentingan Kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran Kerajaan; dan
  • Merancang, melaksana, menilai dan merumuskan keberkesanan strategi penyebaran maklumat yang telah dijalankan berasaskan kajian-kajian tertentu secara saintifik dan sistematik.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]