Pemberontakan di Thailand Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Krisis Selatan Thailand)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemberontakan di Thailand Selatan
Souththailandmap.GIF
Wilayah di Thailand Selatan menunjukkan kawasan majoriti Melayu Islam
Tarikh 7 November 2004– kini
Lokasi Thailand Selatan (di 3 wilayah — Pattani, Yala dan Narathiwat)
Status Konflik sedang berjalan
Yang berperang
Flag of Thailand.svg Thailand Flag of Jihad.svg Pergerakan Mujahideen Pattani (BNP)
Flag of Pattani.svg Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO)
Flag of Jihad.svgPergerakan Mujahideen Islam Pattani (GMIP)
Flag of Jihad.svg Pergerakan Kumpulan Mujahideen Islam Pattani
Flag of Jihad.svg Barisan Revolusi Kebangsaan (BRN)
Flag of Jihad.svg Barisan Pembebasan Kebangsaan Pattani (BNPP)
Flag of Jihad.svg Jemaah Islamiyah (JI)
Flag of Jihad.svg Kumpulan Kecil Runda (RKK)
Komander dan pemimpin
Flag of Thailand.svg Jeneral Anupong Paochinda
Flag of Thailand.svg Leftenan Jeneral Pichet Wisaijorn
Flag of Thailand.svg Abhisit Vejjajiva
Flag of Jihad.svg Wan Kadir Che Wan
Flag of Jihad.svg Abdullah Sungkar
Kerugian
155 askar terbunuh[1][2] 1,600 terbunuh
~ 1,500 ditangkap[perlu rujukan]
Jumlah kematian: 3,500+[3]
Jumlah cedera: 6,000+[4]

Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah-daerah paling selatan di Thailand , dengan peningkatan perjuangan yang melimpah ke daerah-daerah lain . Walaupun perjuangan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.[5] Pada bulan Julai 2005 Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, telah memberikan kuasa lebih besar dengan bertujuan untuk menghapuskan pemberontakan. Pada bulan September 2006, Kommander Tentera, Sonthi Boonyaratkalin telah diberikan kuasa eksekutif luar biasa untuk melawan pergolakan ini.[6] Tidak lama selepas itu, pada 19 September 2006, Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. Despite isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi . Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada mid-September 2007.[7] Di sebalik sedikit kemajuan dalam membendung perjuangan, junta telah mengisytiharkan bahawa keselamatan di Thailand selatan semakin baik dan keamanan akan datang ke kawasan berkenan di dalam tahun 2008.[8] Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008.[9]

Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup Tom Yam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.[10] The Malaysian government argued the claim "absolutely baseless," and "very imaginative."[11]

Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.

Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.

Punca Krisis Thailand Selatan[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya negara Kesultanan Pattani Darul Salam adalah sangat luas merangkumi Segora (Songkhla), Pattani, Narathiwat, Jalo (Yala). Bahkan ketika kemuncak empayar Patani pada kurun ke 17, ianya meliputi hingga Kelantan, Terengganu, Hulu Perak (yang dikenali sebagai Reman pada masa itu), Merdalung (Phattalung) dan Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Thammarat). Walaubagaimanapun, pada tahun 1786, Siam telah berjaya mengalahkan Pattani. Kemaraan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negeri-negeri Melayu di utara. Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thai.

Lantaran itu PULO melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding dengan pihak berkuasa Thailand.

Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand. Kaedah perjuangan Al-Qaeda di seluruh dunia khususnya di Afghanistan menjadi sumber idea dan inspirasi. Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak curi dan memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah anggota tentera, polis dan sarang maksiat.

Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.

Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok . Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya. Guru-guru di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api dan dilatih menggunakan bagi mempertahankan diri. Guru-guru ini dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha di kalangan pelajar-pelajar Islam.

Kumpulan-kumpulan penjenayah juga dipercayai mengambil kesempatan melakukan kekacauan termasuk pembunuhan ke atas pegawai-pegawai polis yang dianggap menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti haram yang mereka jalankan.

Rundingan Damai[sunting | sunting sumber]

Kerajaan sementara pimpinan Jeneral Sonthi mahu berunding dan mengarahkan para pejuang meletakkan senjata merupakan langkah pertama ke arah perdamaian. Semua piha mestilah duduk semeja.

Antara yang terlibat dalam rundingan ialah pemimpin Bersatu - gabungan pertubuhan pemisah Islam di Selatan Thailand yang terdiri daripada Barisan Revolusi Kebangsaan (BRN), Pertubuhan Pembebasan Petani Bersatu (Pulo), Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Islam Patani (GIMP).

Dalam undingan sebelum ini ,pihak berkuasa Thailand diwakili Ketua Pusat Keselamatan Angkatan Bersenjata Leftenan Jeneral Vaipot Srinual dan Jeneral Winai Phattiyakul. Mulai Oktoner 2006 Vaipot dilantik menerajui Agensi Perisikan Kebangsaan manakala Winai menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.

Peranan Dr Mahathir Mohamad[sunting | sunting sumber]

Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari selatan Thailand di pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan . Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Dr Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di selatan Thailand. Dr Mahathir mengambil langkah berani itu kerana hanya beliau tokoh dipercayai oleh penduduk selatan Thailand.

Pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pengarah eksekutifnya. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Putrajaya.

PGPO bertindak sebagai orang tengah sejak Oktober 2005 bagi merundingkan pelan damai di selatan Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea, pandangan dan perspektif Malaysia menangani Krisis selatan Thailand.

Atas pelawaan Anand, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menemui Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok , Thailand . Baginda merestui peranan Tun Dr Mahathir sebagai pengantara dan merupakan tokoh yang berwibawa yang mewakili pemimpin Islam sederhana.

Anand Panyarachun merupakan pengerusi National Reconciliation Council (NRC) yang dilantik oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika itu. Tujuanny mencari kaedah terbaik mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani itu.

Antara draf pelan damai ialah menggugurkan tuntutan kemerdekaan, dengan balasnya mereka diberikan pengampunan, pembangunan ekonomi yang lebih baik, lebih banyak dana dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Kerajaan Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di wilayah terbabit menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan kejadian tembak dan pengeboman yang sering berlaku Yala, Narathiwat dan Pattani itu.

Tidak wajar memisahkan ketiga-tiga wilayah itu daripada Thailand walaupun dengan mengambil kira latar belakang sejarah.Lebih baik , pihak selatan berbaik-baik dengan Bangkok dan menuntut hak-hak mereka sebagai mana yang ditetapkan perlembagaan Thailand.

Pihak keselamatan di selatan Thailand berusaha menemui tokoh besar berkarisma yang dapat mempengaruhi kumpulan militan di selatan Thailand. Antara tokoh ini ialah Sapae-ing Bazo, bekas guru besar Thamma Witthaya Islamic School di Yala dan Masae Useng. Mereka dari Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Alternatif perdamaian[sunting | sunting sumber]

Bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan menyarankan supaya model perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia di Helsinki Ogos 2005 digunakan dalam menyelesaikan pertikaian di Selatan Thailand.

Pemimpin selatan Thailand yang disenarai hitamkan oleh pihak berkuasa diberi pengampunan.

Namun keamanan berkekalan akan diganggu oleh penjenayah, sengketa politik, kegiatan penyeludupan dan sindiket dadah.

Pada 9 Oktober 2006 , Perdana Menteri sementara Thailand, Surayud Chulanont mebentuk Kabinet baru . Menteri-menterinya terdiri daripada ahli ekonomi, pegawai tinggi kerajaan dan dua bekas pegawai tentera.Birokrat beragama Islam, Aree Wong-araya menjadi Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan domestik. Hal ini memberi harapan baru kepada penduduk beragama Islam. Pelantikan orang Islam dalam kabinet Thahiland memberi harapan baru kepada perdamaian selatan Thailand.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan merupakan alat penting untuk membendung kegiatan puak pemisah Islam yang telah mengorbankan lebih 3,000 nyawa. Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Pranai Suwanrath menyatakan lima wilayah majoriti Islam ialah Narathiwat, Satun, Songkhla, Yala dan Pattani. Penduduk Islam lebih percaya dan berminat mendaftar anak mereka di sekolah agama seperti sekolah pondok dan madrasah berbanding sekolah bantuan kerajaan. &0 % pelajar menuntut di 6000 sekolah agama. 30 % lagi belajar di sekolah kerajaan. Akibatnya bilangan yang melanjutkan ke peringkat universiti amat rendah. 1000 biasiswa ditawarkan untuk belajar di luar negara seperti Malaysia, Indonesia, Mesir dan beberapa negara Timur Tengah pada 2008.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Keganasan tercetus selepas puak pemisah menyerbu kem tentera pada 2004.Sejak 2004, tiada pelaburan di wilayah selatan dan kedatangan pelancong asing juga merosot dengan ketara sekali.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]