Letupan uvular bersuara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| IPA – nombor | 112 |
| IPA – teks | ɢ |
| IPA – imej | |
| Entiti | ɢ |
| X-SAMPA | G\ |
| Kirshenbaum | G |
| Contoh bunyi | |
Letupan uvular bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan kecil bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɢ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan G dalam X-SAMPA. Bunyinya seakan-akan [ɡ], cuma lidah menyentuh anak tekak (uvula), bukan lelangit lembut.
Ciri-ciri [sunting]
Ciri-ciri letupan uvular bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||