Letusan gelungan tak bersuara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Letusan gelungan tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʈ͡ʂ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan ts\ dalam X-SAMPA. Konsonan ini terdapat dalam bahasa Mandarin Baku, iaitu dalam dua bentuk (biasa, pinyin: zh) dan berhembusan, pinyin: ch).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri letusan gelungan tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
  • Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.