Mohamed Taib Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohamed Taib Salleh.

Allahyarham Mohamed Taib Salleh atau lebih dikenali sebagai S. Roomai Noor merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang aktif dalam dunia perfileman Melayu.

Semasa Perang Dunia Ke-2, beliau ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis terkenal Ishak Hj. Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke tanah air pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau ke tanah air membuatkan keluarga terdekat terkejut kerana pada sangkaan keluarga, beliau telah mati semasa pendudukan Jepun.

Allahyarham Mohamed Taib Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923. Allahyarham Mohamed Taib Salleh mendapat pendidikan Awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang, hingga peringkat Junior Cambridge.

Allahyarham Mohamed Taib berlakon buat kali pertamanya dalam filem Chinta arahan BS Rajhans pada 1948. Pernah mendirikan rumahtangga bersama Allahyarhamah Siput Sarawak yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini, sekarang lebih terkenal sebagai Anita Sarawak. Filem arahannya yang pertama adalah filem Adam pada tahun 1956.

Semasa hayatnya, Allahyarham Mohamed Taib mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu, dengan itu karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan dan menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.

Allahyarham Mohamed Taib bertanggung jawab bekerjasama dengan Ho Ah Loke menubuhkan Cathay Film. Akibat dari itu, beliau telah dihalang dari berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul di filem. Ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay Film.

Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada 1964, kapal terbang yang membawa delegasi Malaya nahas, bagaimanapun Allahyarham Mohamed Taib (‘’S Roomai Noor’’), M Amin, Roseyatimah, Datin Umi Kalthom dan Latifah Omar terselamat. Tetapi nahas tersebut mengorbankan Datuk Loke Wan Thoo serta 53 penumpang lain.

Pada 16 Mac 1996, Allahyarham Mohamed Taib Salleh meninggal dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi ketika sedang menunaikan umrah bersama isterinya, Datin Umi Kalthom.


[sunting] Filem lakonan

[sunting] Filem arahan

[sunting] Pencapaian

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)
  • Dicalon untuk menerima Anugerah Seni Negara 1996 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi pencalonan itu terpaksa ditarik balik apabila beliau meninggal dunia.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan