Nasharuddin Mat Isa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Nasharudin Mat Isa
39501807 nazaurddin.203r.jpg

Timbalan Presiden PAS
Penyandang
Tempoh jawatan 
2005

Setiausaha Agung PAS
Tempoh jawatan
1999–2004
Diganti oleh Kamaruddin Jaafar

Member of Parliament
for P25 Bachok, Kelantan
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Dr. Awang Adek Hussin (BN)
Majoriti 2,896

Lahir 1962[1]
Negeri Sembilan[2]
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Munirah Mahmud[3]
Anak 4
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam

Ustaz Nasharudin Mat Isa (Tulisan Jawi: ناشرودين مت عيسى) merupakan Ahli Parlimen Yan (1999-2004) dan Bachok, Kelantan (2008-kini) . Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS dan mantan Timbalan Presiden PAS (2005-2011) tapi tewas kepada Mohamad Sabu pada 2011. Beliau tewas di Besut di tangan Abdullah Md Zin dalam pilihan raya 2004. Ustaz Nasharuddin dilihat berusaha menggabung parti UMNO dan PAS membentuk kerajaan perpaduan.

Secara teminologi, beliau dilihat sebagai ulama profesional, bukan ulama konservatif.[4] Majlis Syura Ulama juga mencadangkan beliau mencari lanskap politik yang lebih meluas. 'Kumpulan Erdogan' dalam PAS dikatakan diwakili oleh Mohamad Sabu dan Husam Musa.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nasharudin Mat Isa dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 1962.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Apabila bapanya seorang kakitangan kerajaan pindah ke Kuala Lumpur, beliau belajar di sekolah misi - Sekolah Menengah Kebangsan St Gabriel , Kampung Pandan , Kuala Lumpur.

Belajar 3 semester di UITM dalam jurusan Grafik dan Senireka. Kemudian mendalami pengajian Islam di Kolej Darul Ulum di Lucknow, India. Kemudian belajar bahasa Arab di Universiti Jordan , Amman selama dua tahun.[5]

Seterusnya mendalami undang-undang Syariah di Fakulti Syariah selama 5 tahun. Dilantik menjadi pembantu pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Kemudian belajar selama dua tahun di Universiti Glasgow, Scotland. 1993 kembali ke UIAM dan menyiapkan Sarjana Undang-Undang Perbandingan. Dilantik menjadi pensyarah undang-undang di situ, 1997, Nasharudin menjadi pensyarah undang-undang di UKM, Bangi. 1999 bersara sebagai akhi akademik kerana menceburi bisang politik sepenuh masa.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Nasharudin berkahwin dengan Cikgu Munirah Mahmud dan mempunyai 4 orang anak. Anak sulung beliau belajar di Kolej Insaniah (KUIN) di peringkat diploma dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Teknologi Maklumat (Multimedia) sesi 2008/2009.

Politik[sunting | sunting sumber]

Nasharudin menyertai PAS ketika belajar di Jordan kerana pemimpin PAS pernah melawat mereka ketika berada di sana. Dari situ beliau mendalami perjuangan pemimpin PAS seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain. Di Jordan juga beliau terdedah dengan perjuangan pertubuhan Islam di Timur Tengah.

Sekembali dari UK, beliau aktif dalam Dewan Pemuda PAS dan menjadi exco antarabangsa. Dalam pemilihan pemuda PAS, beliau mendapat undi tertinggi.

Presiden PAS,Datuk Fadzil Mohd Noor melantik Nasharudin sebagai Setiausaha Agung PAS. Pelantikan beliau secara tiba-tiba ini mengejutkan ramai pihak. Ketika itu beliau baru berheenti dari menjadi pensyarah unjdang-undang syariah UKM. [6] kerana belum ramai mengenalinya. Baqaimanapun CWC mengesahkan perlantikan tersebut.

Nasharudin bertanding Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS setelah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku ketua penerangan PAS mengundur diri.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 beliau menang bertanding di kawasan parlimen Yan,Kedah. Yan merupakan kubu kuat dan selamat bagi PAS sejak dari dahulu. [perlu rujukan]

Tahun 2004, bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 di kawasan Besut, Terengganu tetapi tewas. Beliau ditugaskan untuk menyambung hayat kerajaan PAS di Terengganu , tetapi tidak. Pengundi PAS Terengganu hanya memberi sepenggal sahaja kepada PAS untuk memerintah Terengganu. PAS di Kelantan juga hampir jatuh, tinggal dua kerusi Adun sahaja.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dengan majoriti sebanyak 2,896 undi. Beliau memperolehi 28,830 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 25,934 undi. PAS menang kerana tagline 'PAS Untuk Semua'. PAS tidak mengambil negara Islam Arab Saudi,Iran atau Sudan sebagai model, tetapi membentuk model negara Islam sendiri.[7]

Beliau dilantik sebagai Ketua Penyelaras dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang 2009 dan terbukti berjaya menawan kerusi-kerusi tersebut.[8]

Beralih arah[sunting | sunting sumber]

Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011. Mohamad Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikutiTuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224). Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616).[9]

Pada 15 Ogos 2012, akhbar Utusan Malaysia memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. Awal 2012, tersiar gambar Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis perkahwinan anak beliau di banglo beliau Seri Putra/Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Nasharudin turut menggesa parti itu menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud dan penubuhan negara Islam .Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menyifatkan gesaan itu sebagai menolak keputusan parti.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan dengan tindakan itu kerana Datuk Mohd Asri bin Haji Muda selaku Presiden PAS turut pernah lompat parti. Datuk Mustafa Ali dan Dr Hassan Ali pernah dilihat pro UMNO. [10]

Sekembali dari Mekah, di KLIA, Ustaz Nasharuddin menjelaskan bahawa beliau tidak sesekali meninggalkan PAS dan masuk UMNO. Kehadiran beliau di Mekah atas jemputan rakannya seorang ulama Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan. Rakannya mahu berjumpa dengan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak berhubung isu Syria, Rohingya dan pengekalan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pertemuan berjaya diatur di sebuah villa bersebelahan dengan Masjidil Haram.Pertemuan itu langsung tidak menyentuh tentang UMNO dan PAS.[11][12]

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

  • '50 Tahun Mempelopori Perubahan: Menyingkap Kembali Perjuangan PAS 50 Tahun' - Buku ini menganalisis PAS dari sudut sejarah perjuangannya dari 1951-2001. Sejarah perjuangan umat Islam dalam usaha membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan melalui pertubuhan yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Baqir di Gunung Semanggol hingga akhirnya melahirkan PAS. Buku ini juga membincangkan perbezaan UMNO dengan PAS.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

sedang dikemaskinikan