Pasukan bola sepak kebangsaan Togo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Togo
Gelaran Les Eperviers
Persatuan Fédération Togolaise
de Football
Konfederasi CAF (Afrika)
Ketua jurulatih Hubert Velud
Kapten Emmanuel Adebayor
Kaps terbanyak Mohamed Kader (85)
Penjaring terbanyak Mohamed Kader (54)
Stadium tuan rumah Stade de Kégué
Kod FIFA TOG
Kedudukan FIFA 71
Kedudukan tertinggi FIFA 46 (Ogos 2006)
Kedudukan terendah FIFA 123 (April 1994)
Kedudukan Elo 105
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama

Perancis Togoland Perancis 1–1 Gold Coast

Gold Coast (British colony)
(Togo; 13 Oktober 1956)
Kemenangan terbesar
Togo Togo 6–0 Swaziland Bendera Swaziland
(Accra,Ghana; 11 November 2008)
Kekalahan terbesar
 Maghribi 7–0 Togo Togo
(Maghribi; 28 Oktober 1979)
 Tunisia 7–0 Togo Togo
(Tunis, Tunisia; 7 Januari 2000)
Piala Dunia
Kemunculan 1 ( 2006)
Keputusan terbaik Pusingan 1, 2006
Piala Negara-Negara Afrika
Kemunculan 6 (Kali pertama pada 1972)
Keputusan terbaik Pusingan 1, semua
Ahli pasukan bola sepak kebangsaan Togo beberapa hari sebelum Piala Dunia 2006

Pasukan bola sepak kebangsaan Togo, digelar Les Eperviers, ialah pasukan bole sepak di bawah kawalan Fédération Togolaise de Football.

Mereka pernah layak ke Piala Dunia FIFA 2006 namun gagal mendapat sebarang mata.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Serangan hendap bas Januari 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Januari 2010, bas pasukan Togo diserang beberapa lelaki bersenjata api semasa dalam perjalanan ke pertandingan Piala Negara Afrika 2010. Tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera. Tiada pemain maut, walaupun pada awalnya penjaga gol Kodjovi Obilale dilaporkan meninggal sehari selepas serangan itu, namun dinafikan oleh kelabnya GSI Pontivy dalam satu sidang media, sebaliknya menyatakan beliau sedang menjalani pembedahan di Afrika Selatan.[1] Kumpulan pemisah FLEC mengaku bertanggungjawab.[2] Jurucakap persekutuan bola sepak Togo menyatakan pembantu jurulatih Amalete Abalo dan pegawai akhbar Stanislaud Ocloo telah maut selain pemandu bas.

Ikutan serangan hendap ini, Fédération Togolaise de Football menyatakan hasrat menarik diri. Para pemain pada mulanya berhasrat terus bertanding untuk memperingati mereka yang terkorban, namun kerajaan Togo akhirnya mengarahkan pasukan Togo kembali dan menghantar sebuah kapal terbang untuk tujuan itu atas alasan keselamatan.[3][4] Penyertaan Togo dibatalkan secara rasmi selepas tidak menghadiri perlawanan pembukaan mereka menentang Ghana pada 11 Januari.

Pada 30 Januari 2010, CAF melarang Togo daripada menyertai dua kejohanan Piala Negara Afrika yang seterusnya dan mendenda mereka $50,000; CAF mendakwa hukuman ini dijatuhkan kerana penglibatan kerajaan dalam penarikan diri dari pertandingan. Togo tidak dapat bertanding sehingga edisi 2016.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]