Seberang Perai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Province Wellesley)
Seberang Perai (dahulu bahasa Inggeris: Province Wellesley) merupakan kawasan tanah besar yang terletak bertentangan dengan pulau di Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia, yang mana kedua-duanya membentuk negeri Pulau Pinang. Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu, ia dinamakan sebagai Province Wellesley oleh penjajah British. Nama tersebut adalah sempena nama pegawai British bernama Richard Wellesley . Beliau menjadi Gabenor Madras dan Gabenor Bengal (1797-1805). ketika itu Pulau Pinang dan Negeri-negeri Selat yang lain ditadbir dari India.