Running Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Running man)
Lompat ke: pandu arah, cari
Running Man
RunningMan.jpg
Don't walk, run!
"Jangan berjalan, larilah!"
Genre Rancangan varieti
Komedi
Dibintangi Yoo Jae-suk
Gary
Haha
Ji Suk-jin
Kim Jong-kook
Lee Kwang-soo
Song Ji-hyo
Negara asal Korea Selatan
Bahasa Bahasa Korea
Bilangan episod 241 (sehingga April 5, 2015) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit Im Hyung-taek
Ahn Jae-chul
Tempoh siaran 60-95 minit setiap episod
Penyiaran
Saluran asal SBS
SET One
Format gambar 1080i (HDTV)
Format audio Stereo
Siaran asal 11 Julai, 2010 – Kini
Kronologi
Mengikuti Family Outing 2
Rancangan berkaitan Good Sunday
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi
Nama Korea
Hangul 런닝맨
Perumian Semakan Leonningmaen
McCune–Reischauer Lŏnningmaen

Running Man (Bahasa Korea: 런닝맨, makna harfiah: "Orang Berlari") adalah satu rancangan aneka ragam dari Korea Selatan. Rancangan ini bersama dengan K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS. Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai rancangan "anekaragam aksi urban", satu genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam rancangan anekaragam.[1] Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut.[2] Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand.[3] Selain saluran SBS, rancangan ini juga disiarkan di saluran televisyen milik Sony Pictures Entertainment iaitu SET One pada hari Jumaat jam 6.30 petang (waktu Malaysia dan Singapura).

Format[sunting | sunting sumber]

Terkini[sunting | sunting sumber]

Seperti episod 48, ahli tetap dan tetamu mengambil bahagian dalam satu siri misi untuk menjadi pemenang di akhir perlumbaan. Format rancangan ini bertukar daripada format "misi perlumbaan + misi lain" kepada satu perlumbaan yang panjang dengan misi semasa perlumbaan.

Terdahulu[sunting | sunting sumber]

Episod 1[sunting | sunting sumber]

Dalam episod ini, ahli dan tetamu telah dikurung di suatu tempat (contohnya seperti muzium atau pusat beli-belah) ketika waktu masuk bagi tempat itu telah di tutup dan mereka dikehendaki untuk meninggalkan tempat itu sebelum waktu tempat itu dibuka semula. Dalam episod ini juga, mereka telah dibahagi kepada dua pasukan untuk berlumba mencari kod yang tersembunyi di tempat tersebut bagi membuka kunci pintu utama tempat itu.[4]

Dengan sejumlah 5 nombor bagi kod itu, setiap nombor yang dijumpai, dua pasukan itu perlu bermain satu permainan bagi membolehkan mereka memulakan perlumbaan tersebut. Pasukan yang kalah perlu menerima hukuman dan pasukan yang menang pula boleh mendahului perlumbaan itu. Setelah semua nombor itu telah dijumpai oleh salah satu daripada dua pasukan itu, mereka perlu menghampiri pintu masuk utama tempat itu dan memasukkan kod berdasarkan kombinasi nombor yang mereka percaya ia adalah betul. Pasukan yang dapat menyelesaikan kod tersebut dahulu dianggap pemenang dan dibenarkan keluar dari tempat mereka berlumba manakala pasukan yang kalah perlu menjalani hukuman di dalam tempat itu.[5]

Episod 2-5[sunting | sunting sumber]

Bagi episod dua hingga lima, dua pasukan dibentuk dan mereka perlu bersaing bagi mencari tabung khinzir emas yang diisi dengan wang dimana ia disorokkan di dalam suatu tempat dan mereka perlu mengambil bahagian dalam permainan dalam usaha untuk memenangi lebih banyak wang. Pada akhir setiap episod, pasukan dengan duit yang lebih banyak diumumkan sebagai pemenang dan pasukan satu lagi pula perlu menjalani hukuman. Wang terkumpul oleh dua pasukan itu akan didermakan atas nama pasukan yang menang. Penonton juga boleh mengundi di laman sesawang rasmi Running Man bagi meneka antara pasukan yang manakah mereka percaya akan menjadi pasukan yang menang. Penonton bertuah yang menekanya dengan betul dibenarkan untuk mempunyai namanya di dalam pendermaan itu.[6]

Episod 6-10[sunting | sunting sumber]

Dalam episod 6 hingga 10, format permainan yang konsisten digunakan dimana dua pasukan bersaing untuk mendapatkan Running Man Balls ("Bola Orang Berlari") yang paling banyak (disingkatkan kepada Running Balls di episod berikutnya). Running Balls diberikan kepada pasukan yang menemui bola dan ia juga diberikan kepada individu yang memenangi suatu permainan, yang menerima bola itu dimana ia bersesuaian dengan warna pasukannya (sama ada biru atau merah).[7] Setiap permainan dan perlumbaan disebut sebagai misi dan ia adalah seperti yang berikut:

  • Misi 1 menampilkan permainan berkaitan dengan sesebuah tempat (tempat mereka bertanding). Sebelum ini, Permainan Zon Gambar diadakan di setiap tempat mereka beradu.
  • Misi 2 pula adalah misi perlumbaan.
  • Misi 3 dikenali sebagai Masa Senggang untuk Secawan Teh. Misi ini telah dihentikan selepas episod sepuluh disebabkan oleh kontroversi.[8]
  • Misi 4 adalah Sukan Pasukan Pagi. Misi ditayangkan sepenuhnya dalam episod enam dan hanya sorotan dipaparkan dalam episod tujuh disebabkan kekangan masa.

Episod 11-25[sunting | sunting sumber]

Pada episod 11, ahli Running Man dan tetamu tidak lagi berpecah kepada dua pasukan utama kecuali semasa misi perlumbaan, dengan pasukan yang lebih kecil atau bermain secara individu bagi misi yang lain. Setiap orang secara individu memperoleh Running Balls di sepanjang misi dan bola dipilih selama segmen mesin loteri yang mewakili individu yang merupakan pemenang malam ini. Format misi juga diubah dan ia adalah seperti berikut:

  • Misi 1 adalah Cabaran 1 lawan X.
  • Misi 2 adalah Mencari Pencuri. Dari episod lima belas, misi ini diubah kepada permainan yang berbeza berkaitan dengan sesuatu tempat.
  • Misi 3 adalah misi perlumbaan iaitu Sorok-sorok Loceng.

Bagi episod lapan belas, hanya mereka yang tidak memperoleh Running Balls sama sekali dihukum sepanjang malam.

Episod 26-43[sunting | sunting sumber]

Bermulanya episod 26, misi perlumbaan Sorok-sorok Loceng telah diganti dengan misi Mencari Tetamu. Para ahli dan tetamu dikunci dalam suatu tempat dan mereka perlu mendapatkan Running Balls untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman. Melalui satu siri misi, ahli Running Man dibahagi kepada beberapa pasukan dan/atau secara individu yang memperoleh Running Balls. Format misi untuk episod 26 hingga 43 ialah:

  • Misi 1 merupakan misi perlumbaan, Mencari Tetamu. Bagi episod 39 hingga 41 pula ialah Mengejar Running Man.
  • Misi 2 pula menampilkan permainan yang berkaitan dengan tempat mereka bermain.
  • Misi 3 adalah cabaran Satu Peluang, dimana ia dimainkan pada episod 27 hingga 31.

Jika ramai anggota Running Man tidak mempunyai Running Balls, mereka secara automatik dihukum dan undian tidak dilakukan. Jika mereka berjaya dalam misi Satu Peluang, mereka kesemuanya terlepas daripada hukuman tanpa mengira berapa banyak Running Balls yang mereka peroleh.

Episod 44-47[sunting | sunting sumber]

Dari episod 44 hingga 47, pekerja tempat ahli Running Man berlawan mengundi yang mereka percaya akan menjadi pemenang dalam keseluruhan permainan dan menjadi penyokong kepada pasukan/ahli yang mereka pilih. Pasukan ditentukan oleh pemenang misi perlumbaan, yang menerima Running Ball pertama dan dua pasukan kemudiannya berlawan untuk mendapatkan lebih banyak Running Balls melalui misi yang berjalan selama dua hari (dua episod). Format misi adalah seperti berikut:

  • Misi 1 adalah misi perlumbaan iaitu Mencari Tetamu.
  • Misi 2 memperkenalkan misi yang berkaitan pekerja tempat mereka bermain.
  • Misi 3 pula adalah misi perlumbaan yang kedua.
  • Misi 4 menampilkan misi berkaitan dengan tempat.

Pasukan dengan Running Balls terbanyak diumumkan sebagai pemenang dan penyokong mereka (pekerja yang mengundi) pula menerima bonus daripada bos mereka.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli semasa[sunting | sunting sumber]

Nama Gelaran Durasi
Yoo Jae-suk Yoo-ruce Willis (유르스 윌리스)
Yoo Hyuk (유혁)
Yoo-mes Bond (유임스 본드)
Grasshopper (메뚜기)
Episod 1 – sekarang
Gary Peaceful Gary (평온개리)
Straight-Going Gary (직진개리)
Typhoon (태풍)
Monday Boyfriend (월요남친)
Wild Gary (야생개리)
Sudden Commander (뜬금 능력자)
Random Mr. Capable (임의 씨 가능)
Episod 1 – sekarang
Haha Haroro (하로로)
Roro (로로)
Penguin (펭귄)
Playboy (난봉꾼)
Kid (꼬마)
Episod 1 – sekarang
Ji Suk-jin Big Nose Older Brother (왕코형님)
Impala (임팔라)
Race Starter (레이스 스타터)
Yoo Jae Suk's Sunflower (유재석 의 해바라기)
Episod 1 – sekarang
Kim Jong-kook Sparta-kook (스파르타국)
Commander (능력자)
Kookie (꾹이)
Tiger (호랑이)
Coach Kook (꾹코치)
Mr. Capable (능력 씨)
Father-in-law (시아버지)
Kook-minator (꾹네이터)
Episod 1 – sekarang
Lee Kwang-soo Framer Kwang-soo (모함광수)
Giraffe (기린)
Kwangvatar (광바타)
Icon of Betrayal (배신의 아이콘)
Prince of Asia (아시아 의 왕자)
KwangToad (광주두꺼비)
Episod 1 – sekarang
Song Ji-hyo Blank Ji (멍지)
Ace (에이스)
Bad Ji-hyo (불량지효)
Monday Girlfriend (월요여친)
Gold Ji-Hyo (금지효)
Lucky Goodness
Episod 2 – 5 (tetamu)
Episod 7 – sekarang (tetap)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Nama Gelaran Durasi
Lizzy Busan Girl (부산 소녀)
Cowardly Girl (겁 많은 소녀)
19 Years Old Girl (19 살 소녀)
Episod 13 – 14 (tetamu)
Episod 18 – 25 (tetap)
Song Joong-ki Flower Joong-ki (꽃중기)
Brain Joong-ki (브레인 중기)
Active Young Man (적극청년)
Detective Joong-ki (형사 중기)
Episod 1 – 41 (tetap)
Episode 66 (tetamu)
Episod 71, 97 (kameo)

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Korea) "SBS ‘일요일이 좋다’ 유재석 새 코너 ‘런닝맨’ 출격". Yahoo! Korea News. 25 June 2010. Diperoleh pada 28 June 2010. 
  2. (Korea) "유재석 진행 '런닝맨' 베일을 벗다! 차별화된 웃음 '예고'". Yahoo! Korea News. 25 June 2010. Diperoleh pada 28 June 2010. 
  3. (Inggeris) "SBS's Running Man shooting in Thailand with Nickhun and Kim Min Jung". allkpop.com. 19 Jun 2011. Diperoleh pada 29 Mac 2012. 
  4. (Korea) "첫방 '런닝맨', 독특한 포맷은 '글쎄' 그래도…". Asia Economics. 11 July 2010. Diperoleh pada 1 February 2011. 
  5. (Korea) "베일벗은 '런닝맨'의 기대 셋, 우려 셋". TV Report. 12 Julai 2010. Diperoleh pada 1 Februari 2011. 
  6. (Korea) "런닝맨, 동전이 가득 든 '황금돼지저금통'을 찾아 떠난 멤버들". Arts News. 18 Julai 2010. Diperoleh pada 1 February 2011. 
  7. (Korea) "'런닝맨', 게임+추격전 업그레이드…재미찾았다!". Osen. 22 Ogos 2010. Diperoleh pada 2 Februari 2011. 
  8. (Korea) "‘런닝맨’ 뜨거운 쌍화차 언제까지 원샷? ‘여유 아닌 안쓰러움’". Newsen. 6 September 2010. Diperoleh pada 1 Februari 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]