Sekolah Kebangsaan Kampung Wa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Wa
Lokasi
Kampung Wa, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6098389110
Kod sekolahTBA1015[1]
GPK Pentadbiran dan AkademikWAN DAYANG BT. WAN ABU BAKAR
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridATINA BT JOHARI
Penolong Kanan KokurikulumSITI RUHANI BT KARIM
FaksTIADA
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Kampung Wa merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Wa , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Wa memiliki 69 pelajar lelaki dan 61 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 130 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah diasas oleh Mohamad bin Kadir (Pak Su Mat) yang telah meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 72 tahun. Sekolah Kebangsaan Kampung Wa, Dungun didirikan pada tahun 1963. Sesi persekolahan bermula pada tahun 1964. Sebelum itu anak-anak tempatan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jerangau dengan menyusur sungai sejauh 4 Km, Dengan muafakat orang kampung (Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Padang Ping dan Kampung Lintang) YB Ibrahim Fikri, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu telah melawat tapak projek dan meluluskan peruntukan membina sebuah sekolah di Kampung Wa di atas tapak yang ada sekarang.

Sekolah ini terletak berhampiran dengan sungai Dungun. Sekarang telah dibina sebatang jalan raya dan memberi banyak kemudahan kepada masyarakat setempat berbanding dahulu. Dari dahulu sehinggalah sekarang keramaian murid sekolah ini lebih kurang 125 orang. Antara sebabnya ialah kerana penghijrahan orang muda ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun sekolah ini kecil tetapi prestasinya amat cemerlang dalam Kurikulum, Kokurikulum dan aspek pencapaian UPSR setiap tahun.

Banjir besar telah melanda sekolah ini pada tahun 1981 dan menenggelamkan banyak rekod-rekod, peralatan dan perabot sekolah. Awal tahun 2002 sebuah makmal komputer telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya oleh 162 murid.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Wa
Kampung Wa , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098389110
Fax = TIADA


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]