Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam

Lencana Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam

Alamat  Malaysia Jln Tengku Ampuan Meriam , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 6096221114
Faksimili 6096230800
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Maju Jaya
Slogan SKTAM BOLEH
Kod Sekolah TBA3001
Guru Besar Wan Zainulddin bin Wan Ismail
Penolong Kanan Akademik Hashim bin Omar
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Zuraida binti Hassan
Penolong Kanan Kokurikulum Azizam bin Ibrahim
Tahun dirasmikan 1937

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jln Tengku Ampuan Meriam , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam memiliki 313 pelajar lelaki dan 283 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 596 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam telah ditubuhkan atau didirikan dalam tahun 1937 di atas sebidang tanah seluas 3.55 ekar. Sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua bilik darjah adalah kurniaan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bangunan ini berukuran 60 x 24 kaki.

Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 30 orang. Kesemuanya murid perempuan dan belajar dalam darjah dua sahaja. Tenaga pengajarnya pun seorang guru perempuan.

Tahun 1950, sebuah bangunan kayu dua tingkat berukuran 140 x 22.5 kaki telah dibina oleh Kementerian Pendidikan bagi menampung keramaian murid yang bertambah seramai 639 orang.

Keramai murid terus bertambah. Tahun 1964 keramaian murid menjadi 802 orang . Dengan keramaian ini, pada 20 Jun 1964, murid-murid dibahagidua. 515 orang di bawah kelolaan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu manakala 287 orang di bawah pengawasan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Dua.

Pada 1 Januari 1972, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu dan Dua dicantum semula dengan nama Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam sahaja. Murid-murid lelaki juga diterima masuk dengan murid perempuan.

Pada tahun 1975, satu bangunan batu dua tingkat telah dibina bagi menggantikan bangunan kurniaan 1937 yang tidak sesuai lagi digunakan. Bangunan baru ini mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat, bilik Guru Besar, stor dan tandas lelaki dan perempuan.

Manakala bangunan kurniaan telah diubah suai oleh pihak JPNT untuk dijadikan bilik kurikulum dan ko-kurikulum.

Pada tahun 1992 di bawah Rancangan Malaysia ke-6 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah di bina di mana menempatkan 8 bilik kelas, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah perpustakaan, bilik tayangan, stor dan tandas.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam
Jln Tengku Ampuan Meriam , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096221114
Faksimili = 6096230800

Pautan luar[sunting | sunting sumber]