Sup Manuk Lihing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. [1]

Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Mengikut tradisi kaum Kadazan-Dusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.

Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]