Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jenis Jabatan penuh
Ditubuhkan 31 Ogos 1957
Ibu pejabat Putrajaya,  Malaysia
Servis Perkhidmatan awam
Laman web www.spa.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.Ketua Pengarah pertama dilantik adalah Tan Sri Abdul Rahim Bin Ali Bashah.[perlu rujukan]

Antara berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:

Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]