Alejandro Mayorkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alejandro Mayorkas
Setiausaha Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat ke-7
Memegang jawatan
2 Februari 2021
PresidenJoe Biden
Didahului olehKirstjen Nielsen
David Pekoske (pemangku)
Timbalan Setiausaha Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat ke-6
Dalam jawatan
23 Disember 2013 – 28 Oktober 2016
PresidenBarack Obama
Didahului olehJane Holl Lute
Digantikan olehElaine Duke
Pengarah Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen Amerika Syarikat
Dalam jawatan
12 Ogos 2009 – 23 Disember 2013
PresidenBarack Obama
Didahului olehJonathan Scharfen (pemangku)
Digantikan olehLori Scialabba (pemangku)
Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Tengah California
Dalam jawatan
21 Disember 1998 – 20 April 2001
PresidenBill Clinton
George W. Bush
Didahului olehNora Margaret Manella[1]
Digantikan olehDebra Wong Yang[2]
Butiran peribadi
Lahir (1959-11-24) 24 November 1959 (umur 64)
Havana, Cuba
Parti politikDemokrat
PendidikanUniversiti California, Berkeley
Universiti Loyola Marymount

Alejandro Nicholas Mayorkas (lahir 24 November 1959) ialah seorang peguam dan pegawai kerajaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan Setiausaha Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat ke-7 yang terkini sejak 2 Februari 2021.

Dilahirkan di Cuba, beliau dibesarkan di Los Angeles dan merupakan graduan Universiti California, Berkeley dan Sekolah Perundangan Loyola. Semasa pentadbiran presiden Bill Clinton, Mayorkas berkhidmat sebagai Peguam A.S. untuk Daerah Tengah California. Di bawah pentadbiran presiden Barack Obama, beliau bertugas di Jabatan Keselamatan Tanah Air, pertama sebagai Pengarah Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS (2009–2013) dan kemudian sebagai Timbalan Setiausaha (2013–2016).

Pada tahun 2016, Mayorkas menjadi rakan kongsi di Wilmer Cutler Pickering Hale and Dorr, sebuah firma undang-undang di Washington, D.C..

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Alejandro Nicholas Mayorkas[3] dengan nama samaran Ali Mayorkas,[4][5] dilahirkan di Havana, Cuba pada 24 November 1959.[6] Ibu bapanya tiba di Amerika Syarikat bersama beliau dan adiknya pada tahun 1960 sebagai pelarian berikutan Revolusi Cuba. Beliau tinggal di Miami, Florida sebelum keluarganya berpindah ke Los Angeles, California, tempat beliau dibesarkan ketika beliau masih muda.[7] Mayorkas dibesarkan di Beverly Hills dan bersekolah di Beverly Hills High School.[8]

Bapa beliau berbangsa Yahudi Cuba dengan latar belakang Sephardi yang memiliki dan mengendalikan kilang bulu keluli di Havana.[7] Ibunya pula berbangsa Yahudi Romania yang melarikan diri dari Holokus ke Cuba pada tahun 1940-an.[9][10][11] Revolusi Cuba menandakan kali kedua ibu Mayorkas terpaksa melarikan diri dari negara yang dianggapnya sebagai rumah.[9]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mayorkas menerima ijazah Sarjana Muda Sastera dengan mendapat pengiktirafan dari Universiti California, Berkeley pada tahun 1981. Beliau menerima ijazah Doktor Juris dari Sekolah Perundangan Loyola pada tahun 1985.[12]

Setiausaha Keselamatan Tanah Air (2021–kini)[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 2020, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa beliau telah mencalonkan Mayorkas sebagai Setiausaha Keselamatan Tanah Air di bawah pentadbirannya. Pencalonannya disahkan oleh Senat pada 2 Februari 2021.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mayorkas dan isterinya, Tanya mempunyai dua orang anak perempuan, Giselle dan Amelia. Beliau berbangsa Yahudi.[13] Beliau juga seorang pelari dan pemain tenis dan skuasy.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PN19 - Nomination of Alejandro N. Mayorkas for Department of Justice, 106th Congress (1999-2000)". www.congress.gov. August 2, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada May 4, 2019. Dicapai pada May 4, 2019.
  2. ^ "PN1594 - Nomination of Debra W. Yang for Department of Justice, 107th Congress (2001-2002)". www.congress.gov. April 22, 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada May 4, 2019. Dicapai pada May 4, 2019.
  3. ^ "Alejandro Nicholas Mayorkas — Department of Homeland Security, 113th Congress (2013-2014)". United States Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-23.
  4. ^ Sands, Geneva; Alvarez, Priscilla (2020-11-24). "Mayorkas could bring stability to DHS after years of interim leadership". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada November 25, 2020.
  5. ^ "HIAS Congratulates Board Member Alejandro Mayorkas on DHS Nomination". HIAS. 2020-11-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25.
  6. ^ Hesson, Ted (2020-11-24). "Biden picks Cuban-American lawyer Mayorkas as U.S. homeland security chief". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 23, 2020. Dicapai pada 2020-11-25.
  7. ^ a b Marshall, Serena (2015-10-27). "55 Years Later, US Official Prepares for Emotional Return to Cuba". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2020. Dicapai pada June 27, 2020.
  8. ^ Johnson 2000, m/s. 70, 76.
  9. ^ a b Hesson, Ted (July 25, 2013). "Meet the Cuban Immigrant Who Could Run Homeland Security". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2014. Dicapai pada May 18, 2014.
  10. ^ Zonshine, Idan (November 12, 2020). "Alejandro Mayorkas, the Cuban-Jewish attorney who may head Biden's DHS". The Jerusalem Post. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2020.
  11. ^ Miroff, Nick; Sacchetti, Maria (November 23, 2020). "Biden picks Alejandro Mayorkas, a son of Jewish Cuban refugees, to lead the Department of Homeland Security". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2020. Dicapai pada November 24, 2020.
  12. ^ Rosenzweig, David (1998-10-09). "Feinstein Recommends Mayorkas for U.S. Attorney in L.A." Los Angeles Times. ProQuest 421322576. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2017. Dicapai pada January 6, 2017.
  13. ^ "Statement of Alejandro Nicholas Mayorkas to the Judiciary Committee of the United States Senate" (PDF). 2009-06-24. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada October 28, 2020. Dicapai pada November 30, 2020.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Johnson, Ross (September 2000). "The Enforcer". Los Angeles. 45 (9): 68–80.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]