Abang Long Fadil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai filem Abang Long Fadil. Untuk kesinambungan filem keduanya, sila lihat Abang Long Fadil 2.
Abang Long Fadil
Abang Long Fadil.jpg
Poster keluaran tayangan
Pengarah Syafiq Yusof
Penerbit Yusof Haslam
Penulis Syafiq Yusof
Lakon layar oleh Syafiq Yusof
Dibintangi oleh
Muzik oleh Sebastien Pan
Sinematografi Azami Alias
Omar Ismail
Disunting oleh Syafiq Yusof
Syarikat
produksi
Mula ditayangkan
29 Mei 2014
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 3 juta
Pecah panggung RM 4.61 juta

Abang Long Fadil ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia 2014 arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions. Ia dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik. Filem ini merupakan filem terbitan turunan KL Gangster (2011) dan ditayangkan pada 29 Mei 2014. Kesinambungan kedua filem ini, Abang Long Fadil 2 telah ditayangkan pada 24 Ogos 2017.[1][2] Abang Long Fadil menjadi filem Skop Productions pertama yang menggunakan logo baru Skop Productions yang dilancarkan pada Februari 2014.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Fadil (Zizan Razak) tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster setelah sahabat baiknya Malik (Aaron Aziz) dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan mahu bebas daripada geng Shark (Syamsul Yusof), tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gengster-gengster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani. Kampung Berani ialah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gengster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gengster besar yang tidak diketahui identitinya. Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam (Kamal Adli) yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, sehingga akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadil 2 merupakan arahan kedua Syafiq selepas SAM: Saya Amat Mencintaimu yang ditayangkan pada 2012. Beliau mendakwa penyampaiannya lebih kepada gaya Hollywood yang disuntik ke dalam filem ini. Filem ini menggunakan hampir 40 peratus visual CGI dengan elemen Bumblebee (Transformers)[3] dan Iron Man serta berdasarkan inspirasi menerusi filem-filem seperti Bad Boys, Kung Fu Hustle dan Padayappa.[4]

Zizan Razak yang sebelum ini membintangi dua siri filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil. Syamsul memegang tiga watak dari tiga filem arahannya—Zack (Evolusi KL Drift), Mus (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Shark (KL Gangster). Aaron Aziz yang sebelum ini muncul dalam beberapa filem terbitan Skop Productions, membuat penampilan istimewa dalam filem ini dengan menjayakan kembali watak Malek lakonannya dalam KL Gangster.[5]

Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF),[6] malah filem ini turut menerima potongan sebanyak 9 kali.[7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Sebulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem Abang Long Fadil telah dimuat naik di akaun YouTube Syafiq Yusof pada 22 April 2014 dan telah mencatat 1,267,784 tontonan,[8] manakala di belakang tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen TV seluruh negara sebelum tayangan perdana rasmi.[9]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengumpul RM 2.1 juta selepas 4 hari tayangan.[10] Filem ini berjaya mendapat RM 4.61 juta selepas tamat tayangan di tiga buah negara.[11]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Melati Pusaka daripada portal berita Free Malaysia Today memuji pemilihan pelakon bagi filem ini dan kemampuan pengarah mengolah taktik dengan filem-filem kesukaannya yang hebat ke dalam filem ini dan berkata: "Banyak aspek yang saya suka tentang Abang Long Fadil. Pertama sekali, pemilihan pelakon adalah cukup berjaya sekali, sangat sesuai dengan genre komedi filem ni. Pemilihan watak utama Zizan sangat-sangat memberi kejayaan kepada filem ini.".[12] Diyana AR daripada portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[13]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadil dikeluarkan di pasaran video rumah di Jepun oleh Curiouscope pada Mei 2018. Ia ditukar kepada Kung Fu Mafia dan dialog asal telah dikekalkan dengan tambahan sarikata bahasa Jepun.[14][15]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-27[16] Kesan Khas Terbaik Viper Studios Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era 2015 Filem Meletop Skop Productions Menang
Bintang Filem Meletop Zizan Razak Dicalonkan

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadl 2 (2017)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Abang Long Fadil 2

Kesinambungan kedua filem ini telah diumumkan pada 13 November 2015. Abang Long Fadil 2 menjalani penggambaran selama 50 hari bermula 15 November 2015.[17] Syafiq Yusof kembali mengarah dan menulis lakonlayar serta mengendalikan proses suntingan. Bapanya Yusof Haslam berkhidmat sebagai penerbit dengan Najwa Abu Bakar menjadi penerbit bersama bagi pihak Astro Shaw. Zizan Razak menjayakan kembali peranannya sebagai Fadil, manakala Syamsul Yusof yang menjayakan peranan pembantu dalam filem pertama, memegang watak sebagai Insp. Wahab.[18]

AC Mizal, Shuib Sepahtu, Achey Bocey, Wak Doyok dan Tania Hudson menyertai barisan pelakon filem ini. Abang Long Fadil 2 ditayangkan pada 24 Ogos 2017.[19] Pada awal 2018, kesinambungan ketiga filem ini telah diumumkan.[20]

Abang Long Fadil 3 (2019)[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2017, filem ketiga telah diumumkan secara rasmi oleh Datuk Yusof Haslam dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[21] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[22][23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Othman, Kemalia (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar. Dicapai 16 November 2015. 
  2. ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Dicapai 9 April 2018. 
  3. ^ Farouq Johari (25 April 2014). Siap Ada Bumblebee Dalam Filem "Abang Long Fadil"? Says. Diperoleh pada 19 April 2018.
  4. ^ Siti Athirah Dzulkifly (25 Mei 2014). Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Mei 2014.
  5. ^ Abang Long Fadil (catatan media). Syafiq Yusof, Skop Productions. 2014.
  6. ^ Akmaliah Razak (4 Jun 2014).Abang Long Fadil: Patut kategori P13, bukan 18PL Sinar Harian. 14 Jun 2014.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (21 Mei 2014). Filem 'Abang Long Fadil', Yusof Haslam Kesali LPF mStar Online. Dicapai pada 19 April 2018.
  8. ^ "ABANG LONG FADIL OFFICIAL TRAILER 2014". YouTube. Dicapai 22 April 2017. 
  9. ^ "DI SEBALIK TABIR FILEM "ABANG LONG FADIL"". YouTube. Dicapai 22 April 2017. 
  10. ^ Filem Abang Long Fadil Kutip RM2.1 Juta Dalam Masa 4 Hari Beautifulnara (3 Jun 2014). Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  11. ^ Nafas lega filem Melayui Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2014.
  12. ^ Melati Pusaka (1 Jun 2014). “Abang Long Fadil” penuh dengan babak lucu Free Malaysia Today. Diperoleh pada 19 April 2015. "Kalau filem Shamsul Yusof penuh dengan babak serius, tetapi adiknya, Syafiq menghidangkan filem aksi yang penuh adegan lucu.".
  13. ^ Diyana AR (31 Disember 2014). 9 Filem Terbaik Malaysia Bagi Tahun 2014 TheVocket.com. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  14. ^ "Abang Long Fadil Berjaya Masuk Pasaran Jepun, Tukar Tajuk Kepada Kung Fu Mafia". Astro Gempak. 27 Jun 2018. Dicapai 4 Julai 2018. 
  15. ^ Dennis Chua (28 Jun 2018). "#Showbiz: 'Abang Long Fadil' enters Japan as 'Kung Fu Mafia'". New Straits Times. Dicapai 4 Julai 2018. 
  16. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/07/11/anugerah-warna/
  17. ^ Akmal Abdullah (22 November 2015). "Filem 'Abang Long Fadil 2' bakal jalani penggambaran 50 hari, kos RM3.2 juta". Tabloidseni.com. Dicapai 2016-04-11. 
  18. ^ Angelin Yeoh (30 Disember 2017). "Year of Champions: Director Syafiq Yusof and his success with 'Abang Long Fadil 2'". Star2. Dicapai 23 Februari 2018. 
  19. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. 
  20. ^ "Mungkin akan ada Abang Long Fadil 3". Astro Gempak. 26 Ogos 2017. Dicapai 3 April 2018. 
  21. ^ "'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!". Astro Awani. November 2, 2017. 
  22. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai 3 April 2018. 
  23. ^ "Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan". My News Hub. 1 November 2017. Dicapai 3 April 2018. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]