Seratus (filem)
Seratus | |
---|---|
Pengarah | Feroz Kader |
Penulis |
|
Lakon layar | Eenaz Mokhtar |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Mohd Izham Kamaruddin |
Disunting oleh | Reese Shah |
Muzik oleh | Nurzaidi Abd Rahman |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Metrowealth Pictures |
Tarikh tayangan | 6 Oktober 2022 (Malaysia) |
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM2 juta |
Pecah panggung | RM88 ribu |
Seratus ialah sebuah filem aksi Malaysia 2022 arahan Feroz Kader dengan skrip oleh Eenaz Mokhtar. Dibintangi oleh Sharul Kamal, Marissa Yasmin, Sara Ali, Riz Amin, Wan Hanafi Su dan Daniella Sya dengan penampilan khas 100 pelakon ternama tanah air, filem ini ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2022.[1][2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz yang mahu menyelamatkan ibunya yang diculik. Akan tetapi, dia hanya ada satu klu yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, iaitu sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya. Kepingan RM100 itu mengandungi petunjuk yang boleh membawanya untuk mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik itu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Fauzi Nawawi sebagai Azhar Majid
- Sharul Kamal sebagai Hafiz
- Marissa Yasmin sebagai Salmah
- Shamsul Danish sebagai Hafiz (16 Tahun)
- Sara Ali sebagai Sofia
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Kodi Rasheed sebagai Kuncu King #1
- Meor Mohd sebagai Kuncu King #2
- Fify Azmi sebagai Saadiah
- Hafeez Mikail sebagai Kamal
- Wan Hanafi Su sebagai Dato' Jaafar Yusuf
- Pablo Amirul sebagai King
- Fara Nadiah sebagai Mimi (Geng Tebing #1)
- Shah Iskandar sebagai Abang Mimi (Geng Tebing #2)
- Fadlan Hazim sebagai Abang Mimi (Geng Tebing #3)
- Riz Amin sebagai Samier
- Daniella Sya sebagai Kuncu King #3
Penampilan Khas
[sunting | sunting sumber]- Wan Raja sebagai Orang Bergaduh #1
- Niezam Zaidi sebagai Orang Bergaduh #2
- Farez Redzwan sebagai Orang Bergaduh #3
- Lan Siro sebagai Orang Bergaduh #4
- Azlee Khairi sebagai Orang Bergaduh #5
- Isa Khan sebagai Lelaki #1
- Risteena Munim sebagai Wanita #1
- Izzue Islam sebagai Lelaki Telefon #1
- Syazwan Zulkifly sebagai Pemandu Kereta
- Adeline Tsen sebagai Wanita #2
- Alicia Amin sebagai Wanita #3
- Elizabeth Tan sebagai Wanita #4
- Amar Baharin sebagai Suami #1
- Amyra Rosli sebagai Isteri #1
- Nora Danish sebagai Pelayan Restoran
- Daler Yusuf sebagai Pelanggan Restoran #1
- Syazuwan Hassan sebagai Pelanggan Restoran #2
- Jaja Iliyes sebagai Pelanggan Restoran #3
- Sweet Qismina sebagai Pelanggan Restoran #4
- Adam Lee sebagai Pelanggan Restoran #5
- Reen Rahim sebagai Pelanggan Restoran #6
- Bella Dally sebagai Penunggang Basikal #1
- Ruzana Ibrahim sebagai Penunggang Basikal #2
- Esma Daniel sebagai Borhan
- Aman Graseka sebagai Pemandu Grab
- Floor 88 sebagai Geng Melepak
- Mior Hashim Manap sebagai Pak Cik Flat
- Syafie Naswip sebagai Teman Lelaki #1
- Isyariana Che Azmi sebagai Teman Wanita #1
- Beto Kusyairy sebagai Suami #2
- Nadiya Nisaa sebagai Isteri #2
- Fezrul Khan sebagai Lelaki Telefon #2
- Bell Ngasri sebagai Abang Din
- Fara Fauzana sebagai Pemesan Makanan
- Nik Michael Imran sebagai Encik Nizam
- Datuk Nash sebagai Encik Malek
- Alvin Chong sebagai Pelanggan Cafe #1
- Datin Elvina Mohamad sebagai Pelanggan Cafe #2
- Ziana Zain sebagai Kak Siti
- Dato' Fizz Fairuz sebagai Pengurus Cafe
- Joey Daud sebagai Lelaki #2
- Acong Sweetchild sebagai Lelaki #3
- Tiz Zaqyah sebagai Pengacara TV
- Shukri Yahaya sebagai Penjaga Bilik Mayat
- Jasmin Hamid sebagai Geng Talkin #1
- Kuza Muzani sebagai Geng Talkin #2
- Amyza Aznan sebagai Geng Talkin #3
- Ashraf Muslim sebagai Ketua Talkin
- Rusdi Ramli sebagai Geng Talkin #4
- Azri Iskandar sebagai Geng Talkin #5
- Badrul Muhayat sebagai Geng Talkin #6
- Lydiawati sebagai Kak Roki
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kak Bie
- Puteri Rafasya sebagai Anak Kak Bie
- Sean Lee sebagai Penunggang Basikal #3
- Dato' Adi Putra sebagai Pembaca Surat Khabar
- Santesh sebagai Peniaga Jalanan
- Roy Azman sebagai Artis
- Dato' Awie sebagai Abang Motor
- Chew Kin Wah sebagai Pemandu Lori
- Ungku Ismail sebagai Pekerja Kedai Makan
- Nafiz Muaz sebagai Teman Lelaki #2
- Wan Sharmila sebagai Teman Wanita #2
- Issey Fazlisham sebagai Lelaki Telefon #3
- Alif Satar sebagai Pengguna Tandas Awam #1
- Ropie Cecupak sebagai Pengguna Tandas Awam #2
- Noorkhiriah sebagai Pembaca Berita
- Fahrin Ahmad sebagai Aziz
- Bront Palarae sebagai Penumpang Lif
- Mustaqim Bahadon sebagai Geng Hafiz #1
- Adam Shahz sebagai Geng Hafiz #2
- Along Cham sebagai Geng Hafiz #3
- Yusuf Bahrin sebagai Geng Hafiz #4
- Atiq Azman sebagai Geng Hafiz #5
- Nazrief Nazri sebagai Geng Hafiz #6
- Talha Harith sebagai Geng Hafiz #7
- Norman Hakim sebagai Pegawai Polis
- Jay Iswazir sebagai Doktor
- Siti Saleha sebagai Jururawat
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Seratus ialah filem terbitan bersama FJ Pictures dan Unomedia. Ia diarahkan oleh Feroz Kader manakala skripnya ditulis oleh Eenaz Mokhtar.[2] Ia merupakan karya kedua arahan Feroz yang melibatkan ramai pelakon ternama selepas telefilem Neon (2003) yang dibintangi oleh Faizal Yusup dan Eric Fuzi.
Penyanyi, Sharul Kamal dipilih menjayakan watak utama sebagai Hafiz. Menurut Feroz, Sharul pernah bekerja di bawah arahannya sebagai pelakon pembantu selain yakin Sharul memiliki potensi besar dalam bidang lakonan.[3] Penggambaran dijalankan pada 2019 dengan kos pembikinan sebanyak RM2 juta.[2]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Seratus ditayangkan pada 8 Oktober 2022 di pawagam seluruh Malaysia.[1]
Dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini, Kopiplanet menulis: "Secara keseluruhannya, jalan cerita yang ditampilkan dalam filem ini agak mudah, tetapi ia tetap menarik untuk ditonton terutama buat mereka yang meminati filem bergenre aksi thriller. Apapun, tarikan utama filem ini pastinya adalah penampilan 100 orang pelakon itu, selain memaparkan misteri sekeping duit RM100 dan bertepatan dengan tajuk ceritanya".[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Neon – telefilem 2003 dengan jalan cerita serupa arahan Feroz Kader.
- Juang – filem 2022, turut dibintangi oleh 100 pelakon
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Filem Seratus Tampil Dengan Keunikan Tersendiri, Babitkan Kemunculan 100 Pelakon Popular". Kopiplanet. 8 Oktober 2022. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ a b c Shahrin Zulkifile (5 Oktober 2022). "1 Filem, Bajet RM2 Juta, Ada 100 Pelakon! Apa Yang Menariknya Tentang 'Seratus'?". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ Ain Norman (20 September 2022). "Pengarah nampak bakat terpendam Sharul Kamal, beri peluang bawa watak utama dalam filem 'SERATUS'". mStar Online. Dicapai pada 10 Disember 2022.