Boy Iman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Boy Iman
KelahiranNorul Iman bin Abdul Rahman
(1980-04-02) 2 April 1980 (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, usahawan
Tahun aktif1999–kini
PasanganKumala Dewi Anas (k. 2011; c. 2019)
Anak1

Dato' Norul Iman Abdul Rahman (lahir 2 April 1980), juga dikenali sebagai Boy Iman merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia terkenal dengan hasil kerja lakonannya di TV dan filem.[1][2] Beliau juga ialah pengarah urusan syarikat miliknya, DBI Group.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[3]

Pada tahun 2018, Boy Iman memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Malas Nak Layan".[4][5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Boy Iman telah berkahwin sebanyak tiga kali.[6] Beliau mempunyai seorang anak, Norul Emeer.

Pada 1 Julai 2020, beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalannya selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan 2019.[7] Boy Iman dilaporkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atasnya terlebih dahulu.[8]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Oktober 2017, Boy Iman bersama dua suspek lain ditahan oleh polis di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta. Sebanyak 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh syarikat miliknya, DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.[9] Beliau kemudan direman dua hari pada 11 Oktober 2017, bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Blok 404 Bahar
2011 Bini-Biniku Gangster
2012 Aji Noh Motor
2014 Rumah Sewa RM50
2018 Blok 404 Zul

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Gerak Khas (Musim 12) Dol TV2 Episod: ”Suspek"
Dendam Orang Minyak TV3
2013 Duri Di Hati
2017 Encik Suami Mat Salih Celup Syazwan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Momok VCD
Neon Geng Motor I
2004 Gosok Iman
2012 Anak Lorong TV3

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu
2018 "Malas Nak Layan"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidin Albert (14 Januari 2019). "Nasib baiklah saya ada gelaran Dato’" - Boy Iman kritik sikap pelakon baru Murai.my. Dicapai pada 15 April 2019.
  2. ^ Rozaimi Zubaidi (15 Ogos 2019). Inilah aturan yang terbaik dari Allah: Boy Iman akui sudah bercerai demgan isteri Astro Gempak. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  3. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  4. ^ Madiha Abdullah (5 Januari 2018). Giliran Boy Iman pula jadi penyanyi, bakal lancar single "Malas Nak Layan" Astro Awani. Dicapai pada 17 April 2018.
  5. ^ Izzati Ramli (16 Januari 2018). Muzik video ‘Malas Nak Layan’, Boy Iman terima respon dengan hati terbuka Media Hiburan. Dicapai pada 17 April 2018.
  6. ^ Syanty Octavia Amry (16 Ogos 2019). Boy Iman cerai kali ketiga Harian Metro. Dicapai pada 15 April 2020.
  7. ^ Norhayati Nordin (1 Julai 2020). Boy Iman diisytihar muflis Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  8. ^ Nadia Azam (2 Julai 2020). Boy Iman ‘tergelak’ dapat tahu diisytihar muflis Malaysiakini. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  9. ^ Hafidzul Hilmi Mohd Nor (3 Oktober 2017). Boy Iman kena tahan Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  10. ^ Aizat Sharif (11 Oktober 2017). Boy Iman kena reman lagi Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]