César Azpilicueta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
César Azpilicueta
Maklumat peribadi
Nama penuh César Azpilicueta Tanco[1]
Tarikh lahir (1989-08-28) 28 Ogos 1989 (umur 34)
Tempat lahir Pamplona, Sepanyol
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Madrid
Nombor 3
Kerjaya remaja
1999–2006 Osasuna
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Osasuna B 27 (1)
2007–2010 Osasuna 99 (0)
2010–2012 Marseille 47 (1)
2012–2023 Chelsea 349 (10)
2023– Atlético Madrid 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2005 Sepanyol B16 3 (0)
2006 Sepanyol B17 10 (0)
2007–2008 Sepanyol B19 18 (2)
2009 Sepanyol B20 5 (0)
2008–2011 Sepanyol B21 19 (1)
2012 Sepanyol B23 5 (0)
2013– Sepanyol 44 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:59, 20 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:33, 1 Disember 2022 (UTC)

César Azpilicueta Tanco (Sebutan Sepanyol: [ˈθesaɾ aθpiliˈkweta ˈtaŋko]; lahir 28 Ogos 1989) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang bermain di kelab La Liga, Atlético Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Selepas bermain bersama Osasuna selama tiga musim di La Liga, beliau berpindah ke Marseille yang bermain di Ligue 1 di mana beliau bersama Marseille memenangi empat kejohanan penting. Pada musim panas 2012, beliau berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea di mana Chelsea menjuarai Liga Eropah dalam musim pertamanya.

Azpilicueta mengumpul sebanyak 55 kaps bersama pasukan remaja Sepanyol dan bersama pasukan Sepanyol bawah-21 dalam kejohanan Eropah dengan memenangi kejohanan itu pada 2011. Pada 2013, beliau membuat pemunculan pertama bersama pasukan seniior dan terpilih untuk ke Piala Dunia 2014.

Akibat penyokong Inggeris sukar menyebut nama beliau, jadi penyokong Chelsea menggelarkan beliau dengan nama "Dave".[3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Osasuna[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta telah dilahirkan di Pamplona, Navarre. Beliau telah membuat debut di La Liga pada 8 April 2007 dalam perlawanan tewas 0-2 kepada a 0–2 Real Madrid.[4] Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain tengah.[5]

Dalam musim 2007–08, Azpilicueta terpaksa menukar posisinya sebagai bek apabila skuad utama cedera. Beliau tidak berubah posisi itu dalam musim berikutnya.

Marseille[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta bermain untuk Marseille dalam musim 2010–11.

Pada 21 Jun 2010, kelab Perancis, Olympique de Marseille bersetuju untuk membeli Azpilicueta dari Osasuna dengan kontrak selama empat tahun bersama bayaran sebanyak 7 juta.[6][7] Dalam debut Azpilicueta di Liga Juara-Juara UEFA, beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang FC Spartak Moscow, Marseille tewas 0-1.[8]

Pada 27 November 2010, dalam perlawanan menentang Montpellier HSC, Azpilicueta telah mengalami kecederaan pada lutut kiri. Marseille menang 4-0 kemudian Marseille melonjak ke tangga ke atas liga.[9] Beliau terpaksa berehat selama enam bulan.

Pada Ogos 2012, terdapat spekulasi menyatakan Azpilicueta akan berpindah, termasuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Marseille bersetuju jika beliau pindah dengan berkata, "Jika Chelsea betul-betul bida Aspi (Azpilicueta), kita akan lepaskan dia."[10]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta bermain untuk Chelsea pada musim 2013–14.
Azpilicueta ketika menentang Roma pada 2013.

Pada 24 Ogos 2012, Chelsea melengkapkan perpindahan Azpilicueta dengan bayaran tertutup, dilaporkan kira-kira £7 juta.[11][12] Rakan sepasukan dan senegara, Juan Mata menyatakan, "Beliau merupakan pemain yang kuat berlari di bek kanan, saya percaya beliau merupakan pemain yang sempurna."[13]

Musim 2012-13[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta membuat debutnya bersama Chelsea pada 25 September 2012 dalam perlawanan kemenangan besar 6-0 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam Piala Liga Inggeris.[14] Beliau bermain dalam Liga Perdana Inggeris seminggu kemudian sebagai pemain gantian menggantikan Branislav Ivanović dalam perlawanan 4-1 ke atas Norwich City.

Pada 3 November 2012, Azpilicueta membuat penampilan penuh dalam perlawanan liga menentang Swansea City, seri 1–1.[15] Beliau bermain sebanyak 48 perlawanan dalam musim pertamanya di bawah pengurus Rafael Benítez termasuk kejayaan The Blues di Liga Eropah UEFA dalam perlawanan akhir menentang kelab Portugal, S.L. Benfica, The Blues menang 2-1 di Amsterdam.[16]

Musim 2013-2014[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea pada 29 Oktober 2013 ketika menentang Arsenal dalam pusingan keempat Piala Liga Inggeris.[17] Berikutan pengurus baru yang menggantikan Benitez José Mourinho, beliau mula bermain di posisi bek kiri untuk menggantikan tempat pemain Ashley Cole selepas Cole berpindah ke Roma.[18][19] Mourinho berkata kepada beliau: "Azpilicueta merupakan pemain yang berkebolehan. Saya rasa pasukan 11 Azpilicuetas memenangi Liga Eropah kerana permainan bola sepak bukannya datang dari bakat semula jadi"..[20]

Musim 2014-15[sunting | sunting sumber]

Sebelum musim 2014-15, Ashley Cole telah keluar dari Chelsea dan kelab tersebut membida sebanyak £15.8 juta kepada Filipe Luís untuk menggantikan Cole tetapi Azpilicueta pilihan pertama Chelsea di bek kiri.[21] Pada 2 September 2014, Azpilicueta menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Chelsea. Beliau mungkin kekal bersama Chelsea sehingga 2019.[22] Beliau telah dibuang padang pada 18 Oktober 2014 dalam separuh masa pertama dalam perlawanan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace, beliau membuat kesalahan ke atas Mile Jedinak.[23]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta bermain untuk skuad Sepanyol bawah-21.

Dalam kejohanan bawah-19 2007, Azpilicueta membantu skuad Sepanyol bawah-19 untuk memenangi Kejohanan Eropah tersebut. Selepas beliau memasuki skuad Sepanyol bawah-21, beliau memasuki Kejohanan Eropah bawah-21 di Sweden.

Pada 11 Mei 2010, Azpilicueta yang baru berusia 20 tahun telah dimasukkan dalam skuad senior Sepanyol di bawah pengurus Vicente del Bosque dalam senarai 30 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Malangnya, beliau tidak bermain dalam perlawanan akhir menentang Belanda.[24]

Azpilicueta telah dimasukkan dalam skuad Sepanyol untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London selepas terlepas aksi kejohanan UEFA Euro 2012. Sepanyol di tangga tercorot selepas seri dalam perlawanan akhir perlawanan, 0-0 ke atas Maghribi di Old Trafford.

Pada 1 Februari 2013, Azpilicueta telah disenaraikan dalam skuad untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Uruguay. Pengurus berkata; "Azpilicueta banyak bermain untuk Chelsea. Beliau memang banyak tenaga, pertahanan yang kebal dan melakukan serangan yang baik. Kita perlu banyak berharap kepada dia."[25] Beliau membuat debutnya lima hari kemudian dengan bermain penuh selama 90 minit selepas menang 3-1 ke atas Uruguay di Doha, Qatar;[26] selepas perlawanan, beliau berkata beliau "harapan bermain untuk Sepanyol" dalam peringkat senior.[27]

Azpilicueta telah disenaraikan dalam skuad Sepanyol untuk Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil.[28] Beliau mula bermain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Tahiti di mana Sepanyol menang besar 10-0 dan rekod terbesar yang dilakar oleh Sepanyol di kejohanan tersebut.[29] Dalam perlawanan akhir, beliau menggantikan Álvaro Arbeloa pada minit ke-46 ketika menentang Brazil di mana Sepanyol tewas 3-0.[30]

Pada Jun 2014, Azpilicueta telah dimasukkan dalam skuad Sepanyol untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[31] Beliau bermain dalam perlawanan peringkat kumpulan pertama menentang Belanda[32] dan Chile di mana Sepanyol tersingkir di peringkat kumpulan.[33]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Azpilicueta (berdiri kanan), André Ayew dan Édouard Cissé meraikan kemenangan Piala Super Perancis bersama Marseille
Marseille
Chelsea

Negara[sunting | sunting sumber]

Sepanyol
Sepanyol B19
Sepanyol B21

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Lain Jumlah
Divisyen Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Osasuna 2006–07[34] La Liga 1 0 1 0 1[a] 0 3 0
2007–08[35] La Liga 29 0 0 0 29 0
2008–09[36] La Liga 36 0 2 0 38 0
2009–10[37] La Liga 33 0 5 0 38 0
Jumlah 99 0 8 0 1 0 108 0
Marseille 2010–11[38] Ligue 1 15 0 0 0 1 1 4[b] 0 1[c] 0 21 1
2011–12[39] Ligue 1 30 1 3 0 3 0 8[b] 0 44 1
2012–13[40] Ligue 1 2 0 0 0 0 0 1[a] 0 3 0
Jumlah 47 1 3 0 4 1 13 0 1 0 68 2
Chelsea 2012–13[41] Liga Perdana Inggeris 27 0 5 0 5 0 9[b] 0 46 0
2013–14[42] Liga Perdana Inggeris 29 0 2 0 3 1 10[b] 0 0 0 44 1
2014–15[43] Liga Perdana Inggeris 7 0 0 0 1 0 0[b] 0 0 0 8 0
Jumlah 63 0 7 0 9 1 19 0 0 0 97 1
Jumlah kerjaya 209 1 18 0 13 2 33 0 1 0 272 3
  1. ^ a b Muncul di Liga Eropah UEFA Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "UEL" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d e Pemunculan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ Appearances in Trophée des champions

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League squad numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Player Profile: César Azpilicueta". chelseafc.com.
  3. ^ Moore, Glenn (26 September 2014). "Cesar 'Dave' Azpilicueta shows the attitude to delight Chelsea manager Jose Mourinho". The Independent. Dicapai pada 18 October 2014.
  4. ^ "Real Madrid 2–0 Osasuna". ESPN Soccernet. 8 April 2007. Dicapai pada 24 August 2012.[pautan mati kekal]
  5. ^ "César Azpilicueta, intentad atacar por la otra banda" (dalam bahasa Spanish). El Blog de los Trolacas. 20 February 2009. Dicapai pada 24 August 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Accord de principe pour le transfert de César Azpilicueta" (dalam bahasa French). OM.net. 21 June 2010. Dicapai pada 23 June 2010. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "OM: Azpilicueta et Modesto arrivent!" (dalam bahasa French). Les Transferts. 22 June 2010. Dicapai pada 15 April 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Spartak sucker punch downs Marseille". UEFA.com. 15 September 2010. Dicapai pada 19 September 2010.
  9. ^ Marseille go top but pay high price; Soccerway, 27 November 2010
  10. ^ Marseille confirm need to sell; Sky Sports, 14 August 2012
  11. ^ "Azpilicueta signs". Chelsea F.C. 24 August 2012. Dicapai pada 24 August 2012.
  12. ^ "Azpilicueta joins Chelsea". Sky Sports. 24 August 2012. Dicapai pada 24 August 2012.
  13. ^ "Di Matteo: Cesar offers options". Chelsea F.C. 24 August 2012. Dicapai pada 24 August 2012.
  14. ^ "Chelsea 6–0 Wolves". BBC Sport. 25 September 2012. Dicapai pada 26 September 2012.
  15. ^ "Swansea 1–1 Chelsea". ESPN Soccernet. 3 November 2012. Dicapai pada 3 November 2012.
  16. ^ "Ivanović heads Chelsea to Europa League glory". UEFA.com. 15 May 2013. Dicapai pada 16 May 2013.
  17. ^ "Arsenal 0–2 Chelsea". BBC Sport. 29 October 2013. Dicapai pada 30 October 2013.
  18. ^ "Schalke 0–3 Chelsea: Impressive Torres bags double". Goal.com. 22 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-20. Dicapai pada 18 December 2013.
  19. ^ "Chelsea's Cesar Azpilicueta ready to keep sub standard Ashley Cole on the bench". Daily Mirror. 12 November 2013. Dicapai pada 18 December 2013.
  20. ^ "Premier League – Mourinho: A team of Azpilicuetas would win the Champions League". Eurosport. 26 February 2014. Dicapai pada 13 May 2014.
  21. ^ Johnson, Simon (25 September 2014). "Jose Mourinho has taught me to put the collective first - Chelsea's Filipe Luis happy to play waiting game". Evening Standard. Dicapai pada 19 October 2014.
  22. ^ "New contract for Azpilicueta". Chelsea FC. 2 September 2014. Dicapai pada 2 September 2014.
  23. ^ Fifield, Dominic (18 October 2014). "Chelsea stay top after Cesc Fàbregas nets winner at Crystal Palace". The Guardian. Dicapai pada 18 October 2014.
  24. ^ "Valdés, De Gea, Azpilicueta, Javi Martínez y Pedro entran en la preselección de 30" (dalam bahasa Spanish). Marca. 10 May 2010. Dicapai pada 15 April 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "Azpilicueta called up by Spain". Chelsea F.C. 1 February 2013. Dicapai pada 1 February 2013.
  26. ^ "Azpilicueta impresses Spain boss Vicente del Bosque on debut". Sky Sports. 7 February 2013. Dicapai pada 7 February 2013.
  27. ^ "Cesar Azpilicueta happy after Spain debut". Sky Sports. 11 February 2013. Dicapai pada 11 February 2013.
  28. ^ "Azpilicueta: "España todavía tiene hambre"" (dalam bahasa Spanish). Marca. 5 June 2013. Dicapai pada 14 November 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ "Spain hit ten in record-smashing win". FIFA.com. 20 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-05. Dicapai pada 14 November 2013.
  30. ^ "Fred and Neymar claim Confeds for Brazil". FIFA.com. 30 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-02. Dicapai pada 14 November 2013.
  31. ^ "Spain World Cup 2014 squad". The Telegraph. 2 June 2014. Dicapai pada 14 June 2014.
  32. ^ "Spain 1-5 Netherlands". BBC. 13 June 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  33. ^ "Spain 0-2 Chile". BBC. 18 June 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  34. ^ "Osasuna 2006–07". BDFutbol. Dicapai pada 26 August 2012. Select competition via dropdown menu.
  35. ^ name=Osasunastats>"Azpilicueta". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 26 August 2012.
  36. ^ "Osasuna 2008–09". BDFutbol. Dicapai pada 26 August 2012. Select competition via dropdown menu.
  37. ^ name=Soccerway>"Cesar Azpiliceuta". Soccerway. Dicapai pada 29 May 2014.
  38. ^ name=OMstats>"César Azpilicueta: Career and Awards". Olympique de Marseille. Dicapai pada 26 August 2012.
  39. ^ name=OMstats
  40. ^ name=OMstats
  41. ^ name=Soccerway
  42. ^ name=Soccerway
  43. ^ name=Soccerway