Sungai Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sungai Mati merupakan sebuah bandar di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Tangkak. Sungai Mati adalah tempat asal Menteri Besar Johor ke 14 iaitu Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Sungai Mati ialah satu kesan apabila berlaku percantuman antara dua buah liku sungai di sebatang sungai yang berada di peringkat ketiga.  Aliran sungai peringkat ketiga biasanya berliku-liku dan ada yang bercantum dan apabila bercantum maka wujudlah satu fenomena baru seperti kejadian tasik ladam atau sungai mati.

Disebabkan aliran mengecil lalu airnya kelihatan seperti tidak mengalir , maka dipanggil “sungai mati” sehingga timbul nama kawasan dan pekan Sungai Mati dalam daerah Tangkak (dulu merupakan sebahagian daripada daerah Muar).  Namun ia tetap bersambung dengan Sungai Muar walaupun kurang menerima keluar masuk air maka tanah yang dikeliling aliran pun dikenali sebagai Pulau Penarik atau Penarek.

Sebelum permisahan Sungai Mati adalah tebing Sungai Muar dan merupakan pelabuhan sungai.  Sebelum permisahan, Sungai Mati telah dinamakan sebagai “Li Hong Kang”.  Ini bermakna pelabuhan makmur.  Sehingga kini, masyarakat Cina masih menggunakan nama yang sama .  Ia adalah sebuah pelabuhan darat atau sungai.

Sungai Mati hanya sebuah pekan yang kecil yang dilihat agak ketinggalan daripada menerima limpahan pembangunan berbanding pekan-pekan lain di daerah ini.  Namun kedudukannya dilihat strategik iaitu terletak kira-kira 18 kilometer (km) dari bandar Tangkak, 10 km ke bandar Muar dan 16 km ke pekan Bukit Gambir.  Di pekan itu, terdapat lebih 20 deretan bangunan kedai lama yang dibina tahun 1927 dan satu ketika dulu pernah menjadi tumpuan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]