FELDA Batu Lapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Batu Lapan
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°24′51″N 100°23′10″E / 6.4142°N 100.3861°E / 6.4142; 100.3861Koordinat: 6°24′51″N 100°23′10″E / 6.4142°N 100.3861°E / 6.4142; 100.3861
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKubang Pasu
MukimSungai Laka
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
 • PengurusNur Azhar Che Musa
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06010
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Batu Lapan (Jawi: فيلدا باتو لاڤن), atau FELDA Projek Batu Lapan merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di utara negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Sungai Laka, Daerah Kubang Pasu. Ia terletak kira-kira 390 kilometer (242.3 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Batu Lapan ialah 06010 Bukit Kayu Hitam.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Batu Lapan terletak di bahagian utara daerah Kubang Pasu, tepatnya di selatan mukim Sungai Laka. Kawasan petempatan ini mempunyai kawasan perumahan yang keluasannya dianggarkan hampir 100 ekar (40.5 he).[2] FELDA Batu Lapan juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah FELDA Guar Napai, Kampung Baharu Che Harun, Kampung Kepala Kerbau, Kampung Guar Batu Hitam dan Kampung Sungai Kelian.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Batu Lapan terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Batu Lapan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kubang Pasu.[2] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Batu Lapan terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Kubang Pasu manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Bukit Kayu Hitam.[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Batu Lapan dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K102.[2] Jarak FELDA Batu Lapan ke pusat bandar terdekat iaitu Changlun ialah sejauh 6 kilometer (3.7 bt) dan mengambil masa selama 10 minit memandu kereta.[4] manakala jarak FELDA Batu Lapan ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 42 kilometer (26.1 bt) dan mengambil masa selama lebih 41 minit memandu kereta.[4]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Batu Lapan termasuklah;[4]

  1. Sekolah Kebangsaan Felda Batu Lapan
  2. Masjid Felda Batu Lapan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  2. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  4. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.