FELDA Guar Napai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Guar Napai
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°22′49″N 100°23′00″E / 6.3804°N 100.3832°E / 6.3804; 100.3832Koordinat: 6°22′49″N 100°23′00″E / 6.3804°N 100.3832°E / 6.3804; 100.3832
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKubang Pasu
MukimKubang Pasu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
 • PengurusNur Azhar Che Musa
 • Ketua penerokaJamaluddin Hanafiah
Aras
83 m (272 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06010
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Guar Napai (Jawi: فيلدا ݢوار ناڤاي), atau FELDA Projek Guar Napai merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di utara negeri Kedah, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Kubang Pasu, Daerah Kubang Pasu. Ia terletak kira-kira 390 kilometer (242.3 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Guar Napai ialah 06010 Bukit Kayu Hitam.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Guar Napai terletak di bahagian utara daerah Kubang Pasu, tepatnya di hujung barat mukim Kubang Pasu. Kawasan petempatan ini juga terletak berdekatan dengan sempadan tiga mukim iaitu mukim Ah, Putat dan Kubang Pasu.

Kawasan petempatan ini mempunyai luas anggaran sebanyak kira-kira 255 ekar (103.2 he).[3] FELDA Guar Napai juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah FELDA Batu Lapan, Kampung Cherok Mokan dan Kampung Wang.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Guar Napai terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Guar Napai terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kubang Pasu[3] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Guar Napai terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Kubang Pasu manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Bukit Kayu Hitam.[4]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Guar Napai dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K104 dan K102.[3] Jarak FELDA Guar Napai ke pusat bandar terdekat iaitu Changlun ialah sejauh 14 kilometer (8.7 bt) dan mengambil masa selama 15 minit memandu kereta.[5] manakala jarak FELDA Guar Napai ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 39 kilometer (24.2 bt) dan mengambil masa selama lebih 37 minit memandu kereta.[5]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Guar Napai termasuklah;[5]

  1. Sekolah Kebangsaan Guar Napai
  2. Klinik Desa Guar Napai
  3. Masjid Al-Falah Felda Guar Napai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guar Napai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  3. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  4. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  5. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.