Felda Taib Andak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FELDA Taib Andak)
Felda Taib Andak

Rancangan Felda Taib Andak adalah rancangan sawit yang tertua di negeri Johor terletak dalam mukim Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Rancangan ini telah dibuka pada tahun 1960. Rancangan ini terletak di Daerah Kulai, Johor, Malaysia.

Felda Taib Andak yang nama asalnya adalah Kampung Bahagia adalah rancangan tanah kerajaan negeri yang dibangunkan oleh FELDA dengan menempatkan 620 keluarga peneroka. Felda Taib Andak juga kini termasuk di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Felda Taib Andak mendapat nama daripada nama pengerusi kedua Felda iaitu Tan Sri Taib Andak. Rancangan tanah ini yang pertama ditanam dengan kelapa sawit di Malaysia dan hanya merupakan projek kerajaan negeri Johor yang dinamakan Kampung Bahagia. Tetapi pada tahun 1963, kerajaan Pusat melalui Felda telah mengambil alih projek ini. Projek lain ialah Felda Pasir Raja (1962) dan Felda Bukit Besar (1964).

Pada 22 Ogos, 1971 Sultan Johor iaitu Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan bangunan Felda Taib Andak.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan ini ialah Y.B Tuan Tosrin Jarvanthi (ADUN Bukit Permai) dari PPBM manakala Ahli Parlimen ialah Puan Teo Nie Ching (Parlimen Kulai) dari DAP. Ketua Kampung ini ialah YBhg Tuan Haji Mohd Hanafiah Bin Haji Hussain yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung ((JKKK)) Felda Taib Andak sejak 2001-kini

Felda Taib Andak berada di kedudukan yang strategik, berhampiran dengan kawasan pembangunan utama seperti Kulai, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Johor Bahru dan Kluang, rancangan ini mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai kawasan pembangunan di masa akan datang. Seluruh peneroka Felda Taib Andak telah menerima geran tanah kekal.

Penyanyi popular yang lahir menerusi Rancangan Realiti Akademi Fantasia "Mawi" atau nama sebenarnya Asmawi Ani adalah anak kelahiran Felda Taib Andak. Beliau digelar Raja SMS kerana menerima undian terbanyak yang melayakkan beliau merangkul juara pada Akademi Fantasia Musim ke 3. Pelakon Que Haidar juga berasal dari FELDA Taib Andak.

INDIVIDU & ARTIS TERKENAL[sunting | sunting sumber]