FELDA Laka Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Laka Selatan
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°27′00″N 100°21′55″E / 6.4499°N 100.3654°E / 6.4499; 100.3654Koordinat: 6°27′00″N 100°21′55″E / 6.4499°N 100.3654°E / 6.4499; 100.3654
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKubang Pasu
MukimSungai Laka
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
 • PengurusWan Rahim Wan Ishak @ Wan Ahmad
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06010
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Laka Selatan (Jawi: فيلدا لاک سلاتن), atau FELDA Projek Laka Selatan merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di utara negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Sungai Laka, Daerah Kubang Pasu. Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Laka Selatan ialah 06010 Jitra.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Laka Selatan terletak di bahagian utara daerah Kubang Pasu, tepatnya di barat laut mukim Sungai Laka. Kawasan petempatan ini juga terletak berdekatan dengan sempadan antara negeri Kedah dan Perlis. Kawasan petempatan ini mempunyai kawasan perumahan yang keluasannya dianggarkan hampir 400 ekar (161.9 he).[2] FELDA Laka Selatan juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Sungai Aton dan Kampung Langsat.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Laka Selatan terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Laka Selatan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kubang Pasu.[2] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Laka Selatan terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Kubang Pasu manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Bukit Kayu Hitam.[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Laka Selatan dihubungkan dengan petempatan lain melalui Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.[2] Antara bandar terdekat dengan FELDA Laka Selatan termasuklah Bandar Bukit Kayu Hitam dan Bandar Changlun.[4] Jarak FELDA Laka Selatan ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 48 kilometer (29.8 bt) dan mengambil masa selama lebih 45 minit memandu kereta.[4]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Laka Selatan termasuklah;[4]

  1. Sekolah Kebangsaan Laka Selatan
  2. Masjid Felda Laka Selatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  2. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  4. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.