Mustaffa Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mustaffa Noor (1 Januari 1953 - 5 Januari 1990) ialah seorang pelakon Melayu yang dilahirkan di Malaysia dan mencipta nama pada pertengahan 1980-an.

Pada awal 80an iaitu tahun 1983, Mustaffa pernah berkolaborasi dengan dua pelakon tersohor tanahair- Seniwati Uji Rashid dan Azean Irdawaty menjayakan drama RTM "Panggilan Pusara"- sebuah naskhah yang diterjemahkan daripada novel popular. Mustaffa memegang peranan sebagai suami Uji dan adik kepada Azean.

Mustaffa popular menerusi drama TV yang merupakan arahan pertama Shuhaimi Baba berjudul Maria pada 1984. Menerusi drama yang menggandingkan beliau bersama aktres Fatimah Abu Bakar (ibu kepada pelakon Sharifah Amani), Mustaffa mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem. Namun beliau hanya sempat membintangi sebuah filem iaitu filem Mawar Merah pada 1987.

Menerusi filem Mawar Merah, Mustaffa telah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada Festival Filem Malaysia ke-7 menerusi lakonan mantapnya sebagai Sufyan; bapa saudara yang mencintai anak gadis kakaknya sendiri.

Mustaffa juga popular menerusi pementasan Rumah Kecil Tiang Seribu. Beliau merupakan antara aktor pertama yang dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi edisi pertama Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1987.

Beliau meninggal dunia pada 5 Januari 1990 pada usia 37 tahun akibat kanser paru-paru.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]