Formasi Rebak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Formasi Rebak ialah satu formasi batuan berusia Karbon yang terdapat di Langkawi, Malaysia.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Formasi Rebak mula diperkenalkan oleh Mat Niza Abdul Rahman et al. (2014) dan MT-JGSC (2015) bagi menerangkan batuan berusia Karbon yang tersingkap di Pulau Rebak Besar, Pulau Rebak Kecil dan Teluk Mempelam di Pulau Langgun, Langkawi.

Formasi Rebak sebelum ini merupakan Ahli Rebak, ahli batuan paling bawah dalam Formasi Singa tetapi dinaiktaraf sebagai satu formasi kerana ia menunjukkan ciri yang berbeza berbanding ahli batuan lain dalam Formasi Singa.

Usia Ahmad Jantan (1973) Mat Niza Abdul Rahman et al. (2014) dan MT-JGSC (2015)
Perm Formasi Singa Ahli Selang Formasi Singa Ahli Selang
Ahli Ular Ahli Ular
Ahli Kentut Ahli Kentut
Karbon Ahli Rebak Formasi Rebak

Komposisi Batuan[sunting | sunting sumber]

Formasi Rebak terdiri daripada batu pasir dan batu lumpur berwarna kemerahan.