Formasi Jerai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Formasi Jerai ialah sejenis formasi batuan berusia Kambria yang tertua di Malaysia.

Asal-usul Nama[sunting | sunting sumber]

Formasi batuan ini diberi nama Jerai bersempena nama Gunung Jerai di negeri Kedah di mana batuan formasi ini tersingkap.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Formasi Jerai membentuk sebahagian kawasan Gunung Jerai dan sebehagian kecil Pulau Bunting [1].

Formasi ini bersentuhan baik dengan batuan Granit Jerai yang berusia Trias.

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Formasi ini dikorelasikan dengan Formasi Machinchang di Langkawi, Kedah.

Komposisi Batuan[sunting | sunting sumber]

Formasi Jerai pada asalnya merupakan formasi batuan sedimen yang terdiri batu pasir dan syal tetapi telah mengalami metamorfisma sepenuhnya.

Formasi ini terdiri daripada 3 fasies iaitu fasies argilit, fasies arenit dan fasies kuarza porfiri[2];

Bil Fasies (lapisan bawah ke atas) Keterangan
1 Fasies argilit Batuan syis pelbagai jenis dan separa syis yang terdiri daripada biotit, muskovit, turmalin dan garnet sebagai mineral utama. Batuan filit dan gneiss juga wujud tetapi bertaburan jarang.
2 Fasies arenit Batuan kuartzit dan metakuartzit berbutiran halus hingga sederhana, bermika dan berfelspar di beberapa lokaliti. Jalur granulit kadangkala wujud dan mempunyai mineral honblend, epidot, zoisit dan garnet. Honfels dan greywak juga wujud di beberapa lokaliti.
3 Fasies kuarza porfiri Batuan kuarza porfiri yang berkemungkinan wujud akibat metasomatisma atau penggranitan ke atas batuan arenit berbutiran kasar.

Sempadan bagi ketiga-tiga fasies ini tidak dapat dikenalpasti kerana perubahan setiap fasies berlaku secara pemeringkatan.

Penentuan Usia Batuan[sunting | sunting sumber]

Usia Formasi Jerai dikenal pasti sebagai Kambria kerana formasi ini dilapisi batuan Formasi Sungai Petani (kemudian dimasukkan sebagai Formasi Mahang) yang berusia Ordovisi hingga Silurian[3].

Selain itu, komposisi batuan Formasi Jerai adalah amat mirip dengan komposisi batuan Formasi Machinchang.

Tiada fosil ditemui pada Formasi Jerai kerana batuan formasi ini telah mengalami metamorfisma sepenuhnya.

Sekitaran Pengendapan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan kepaca ciri fasies, Formasi Jerai ditafsirkan terendap di sekitaran delta, laut cetek dan lagun.

  1. ^ Bradford,E.F., Geology And Mineral Resources Of Gunung Jerai Area, Kedah, Geological Survey District Memoir 13, Geological Survey Malaysia, 1972.
  2. ^ Bradford,E.F., Geology And Mineral Resources Of Gunung Jerai Area, Kedah, Geological Survey District Memoir 13, Geological Survey Malaysia, 1972.
  3. ^ Bradford,E.F., Geology And Mineral Resources Of Gunung Jerai Area, Kedah, Geological Survey District Memoir 13, Geological Survey Malaysia, 1972.