Kumpulan Gua Musang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Gua Musang ialah merupakan kumpulan batuan yang merujuk kepada formasi-formasi batuan berusia Karbon Akhir hingga Perm Akhir yang terdapat di negeri Kelantan dan Pahang, Malaysia.

Kumpulan Gua Musang terdiri daripada 4 formasi batuan iaitu Formasi Aring, Formasi Telong, Formasi Nilam dan Formasi Gua Musang.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Batuan-batuan daripada formasi-formasi dalam Kumpulan Gua Musang bertaburan terutamanya di sekitar Kuala Lipis, Merapoh, Gua Musang, Kuala Betis, Aring dan Kuala Krai dan sedikit di sekitar Jengka.

Sejarah Pengkajian[sunting | sunting sumber]

Kajian mengenai batuan-batuan berusia Permo-Trias di sekitar utara Jalur Tengah Semenanjung Malaysia telah dimulakan oleh Yin (1965) dengan memperkenalkan Formasi Gua Musang bagi mewakili formasi batuan di Gua Musang. Aw (1990) kemudian menjalankan kajian lapangan di sekitar Aring dan Sungai Telong lalu memperkenalkan Formasi Aring dan Formasi Telong yang mewakili batuan-batuan juga berusia sama di kedua-dua kawasan tersebut.

Pewujudan Kumpulan Gua Musang dicadangkan oleh Mohamed dan Leman (1994) dan Leman (1995) bagi mengumpulkan formasi-formasi batuan berusia Permo-Trias di mana mempunyai perkaitan perubahan fasies secara lateral semasa tempoh pengendapan tersebut.

Pencirian semula formasi-formasi batuan Permo-Trias dilakukan oleh Kamal Roslan Mohamed et al. (2016) bagi mencadangkan stratigrafi Kumpulan Gua Musang yang utuh. Ini termasuk Konglomerat Gunung Ayam yang sebelum ini diperkenalkan oleh Aw (1974).

Ahli-ahli Batuan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 ahli batuan dalam Kumpulan Gua Musang yang dicadangkan oleh Kamal Roslan et al. (2016) iaitu Formasi Aring, Formasi Lipis, Batu Kapur Gunung Senyum, Batu Kapur Gua Sei dan Batu Kapur Merapoh.

Penamaan ahli-ahli batu kapur dilakukan berdasarkan kedudukan geografi di mana singkapan-singkapan yang terpisah ini wujud, selain mengadaptasi nama-nama yang diperkenalkan oleh Metcalfe dan Husin (1995).

Marmar Nilam dimasukkan ke dalam Batu Kapur Merapoh, manakala Batu Kapur Jerus disekalikan bersama Batu Kapur Gua Sei.

Unit Batuan Semasa Ahli-ahli Kumpulan Gua Musang yang dicadangkan oleh Kamal Roslan Mohamed et al. (2016) Fasies Usia
Formasi Aring Formasi Aring Fasies argilit, didominasi fasies volkanik / piroklastik basik - pertengahan, dan sedikit arenit - rudit. Karbon Akhir hingga Trias Akhir
Formasi Telong
Formasi Gua Musang Unit argilo-volkanik kawasan rendah Formasi Lipis Fasies argilit, didominasi fasies volkanik / piroklastik berasid - pertengahan, dan sedikit arenit - rudit. Perm Tengah hingga Trias Akhir
Batu Kapur Gunung Senyum Batu Kapur Gunung Senyum Fasies batu kapur, karbonat berturutan tebal membentuk perbukitan dan menara batu kapur Perm? hingga Trias Akhir
Batu Kapur Gua Sei Batu Kapur Gua Sei Perm Akhir hingga Trias Tengah
Batu Kapur Jerus
Batu Kapur Merapoh Batu Kapur Merapoh Perm Tengah hingga Trias Akhir
Marmar Nilam

Terdapat beberapa lagi formasi atau lapisan batuan sekitar Gua Musang berusia Permo-Trias tetapi tidak dimasukkan dalam Kumpulan Gua Musang atas faktor litologi, sekitaran pengendapan dan jarak dengan teras Kumpulan Gua Musang seperti:

  • Konglomerat Gunung Ayam
  • Formasi Bera
  • Formasi Semantan
  • Formasi Gemas
  • Lapisan Hulu Lepar
  • Formasi Koh


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Aw, P. C., 1974. Geology of the Sungai Nenggiri-Sungai Betis Area, Sheet 44. Geological Survey of Malaysia Annual Report, 171-179.
  2. Aw, P. C., 1990. Geology and Mineral Resources of the Sungai Aring Area, Kelantan Darul Naim. Geological Survey Malaysia, Ipoh. 116 p.
  3. Kamal Roslan Mohamed, Nelisa Ameera Mohamed Joeharry, Mohd Shafeea Leman, Che Aziz Ali, 2016. The Gua Musang Group: A newly proposed stratigraphic unit for the Permo-Triassic sequence of Northern Central Belt, Peninsular Malaysia. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 62:131-142.
  4. Leman, M.S., 1995. The Significance of Permian Volcanic Activity Towards Faunal Development in Padang Tengku Area, Pahang. Sains Malaysiana, 24(1), 17–28.
  5. Metcalfe, I. & Hussin, A., 1995. Implications of New Biostratigraphic Data for Stratigraphic Correlation of the Permian and Triassic in Peninsular Malaysia. Bulletin of Geological Society of Malaysia, 38, 173–177.
  6. Mohamed, K.R. & Leman, M.S., 1994. Formasi Gua Musang: Satu Pemikiran Semula. Warta Geologi, 20(2), 97-99.
  7. Yin, E.H., 1965. Provisional Draft Report on the Geology and Mineral Resources of the Gua Musang Area, Sheet 45, South Kelantan. Geological Survey of Malaysia, 49 pp (unpublished).