Lapisan Nenering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lapisan Nenering ialah satu lapisan batuan berusia Kuaterner yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Asal-usul Nama[sunting | sunting sumber]

Nama lapisan batuan ini diambil bersempena nama Felda Lepar Nenering di Pengkalan Hulu, Perak di mana batuan ini ditemui.

Komposisi Batuan[sunting | sunting sumber]

Lapisan Nenering umumnya merupakan batuan konglomerat yang tersimen dengan baik hingga sederhana baik dengan klasta konglomerat terdiri daripada batu pasir berpebel, batu pasir dan batu lodak.

Qalam Azad Rosle dan G.H.Teh (1998) mengelaskan Lapisan Nenering kepada 3 unit batuan[1].

Uyop Said dan Che Aziz Ali (1997) meletakkan usia maksima Lapisan Nenering kepada Kapur Awal berdasarkan penemuan fosil debunga Caronatispora telata dan Spheripollertes scabratus.

MT-JGSC (2009) mengelaskan semula Lapisan Nenering kepada 2 fasies dan menaiktaraf Unit Bawah sebagai Formasi Berapit yang berusia Kapur Awal berikutan penemuan beberapa jenis fosil debunga sebelum ini.

Pengelasan (Qalam Azad Rosle dan G.H. Teh, 1998) Keterangan Pengelasan (MT-JGSC, 2009)
Unit Atas Mendapan fluvial beraliran lurus. Fasies lapisan pasir berkerikil
Unit Tengah Pelapisan tebal bongkah dan kerikil, batu pasir berpebel dan batu pasir berbutiran kasar. Fasies lapisan kerikil dasar
Unit Bawah Mendapan konglomerat tersimen dan tersusun dengan baik. Dinaiktaraf sebagai Formasi Berapit.

Usia[sunting | sunting sumber]

Che Aziz Ali dan Uyop Said (1997) meletakkan julat usia maksima Lapisan Nenering kepada Kapur Awal[2] berbanding hanya dalam Tertiar oleh Teh dan Sia (1991)[3].

MT-JGSC (2009) meletakkan Lapisan Nenering dalam usia Kuaterner berbanding Tertiar berdasarkan persamaan litologi dan korelasi baik dengan Lapisan Ai Yoe Boe Chang di Thailand serta menaiktaraf unit bawah kepada formasi lain yang berusia Kapur Awal[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Qalam Azad Rosle and G.H.Teh, The stratigraphy, structure and significance of the Nenering Tertiary beds, Pengkalan Hulu (Keroh), Hulu Perak, Geological Society of Malaysia Bulletin 42, 1998.
  2. ^ Che Aziz Ali dan Uyop Said, Sedimentologi dan Palinologi di dalam Lapisan Nenering, Grik, Perak, Sains Malaysiana, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997
  3. ^ Teh, G.H. and Sia, S.G., The Nenering Tertiary Deposits, Keroh, North Perak - A Preliminary Study. Newsletter of the Geological Society of Malaysia, 1991
  4. ^ The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee, MT-JGSC, Geology Of The Pengkalan Hulu-Betong Transect Area Along Malaysia-Thailand Border, Geological Papers Volume 7, 2009