Formasi Telaga Jatoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Formasi Telaga Jatoh ialah sejenis formasi batuan berusia Karbon Awal yang terdapat di negeri Perlis, Malaysia.

Sejarah Pengkajian[sunting | sunting sumber]

Formasi Telaga Jatoh diperkenalkan oleh Meor dan Lee (2005) bagi menerangkan lapisan rijang nipis di negeri Perlis yang menjadi biotanda pemisahan antara batuan berusia Devon dengan Formasi Kubang Pasu yang berusia Karbon.

Basir et al. (2010) mencirikan formasi ini sebagai sebahagian daripada pelapisan batuan dalam Formasi Kubang Pasu.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Formasi ini tersingkap di Bukit Sanai B dan Bukit Sanai C, Kampung Guar Jentik serta Bukit Tuntung in Pauh serta sedikit di bahagian utara negeri Kedah.

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Di Bukit Sanai B, Formasi Telaga Jatoh melapisi Batu Kapur Sanai yang berusia Devon Akhir dan dilapisi Ahli Chepor daripada Formasi Kubang Pasu yang berusia Karbon.

Singkapan yang sama juga ditemui di Bukit Sanai B dan Bukit Tuntung tetapi tidak bersambungan kerana kehadiran sempadan sesar (Basir et al. 2010, Meor et al. 2013).

Litologi[sunting | sunting sumber]

Formasi batuan ini berketebalan 3 hingga 11 meter yang terdiri daripada pelapisan tebal rijang hitam dan batu lumpur hitam yang berselang-seli secara berirama (Basir et al. 2003).

Pelipatan nendat wujud sebagai unit tertentu dalam formasi yang dikenalpasti diakibatkan oleh tindakan tektonik secara mampatan.

Penentuan Usia[sunting | sunting sumber]

Penentuan usia formasi sebagai Karbon Awal (Tournaisian Akhir hingga Visean Bawah) ini ditentukan melalui penemuan fosil-fosil radiolaria seperti Albailella deflandrei dan A.indensis Zones.

Sekitaran Pengendapan[sunting | sunting sumber]

Formasi ini ditafsirkan termendap dalam sekitaran antara pelantar luar di barat Perlis hingga marin cetek cangkat benua di selatan Kedah (Basir dan Zaiton, 2011).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Basir, J., Zaiton, H., 2011b. Radiolarian biostratigraphy of Peninsular Malaysia – an update. Bull. Geol. Soc. Malaysia 57, 27–38.
  2. Basir, J., Zaiton, H., Siti, N.H., 2003. Black siliceous deposits in Peninsular Malaysia: their occurrence and significance. Bull. Geol. Soc. Malaysia 46, 149–154.
  3. Basir, J., Atilla, B., Nazariah, J., Norhifzan, I., 2010. Occurrence of slate in Perlis and its significance. Bull. Geol. Soc. Malaysia 56, 75–78.
  4. Meor, H.H., Lee, C.P., 2003. The Sanai Limestone Member—a Devonian limestone unit in Perlis. Bull. Geol. Soc. Malaysia 46, 137–141.
  5. Meor, H.H., Lee, C.P., 2005. The Devonian–Lower Carboniferous succession in Northwest Peninsular Malaysia. J. Asian Earth Sci. 24, 719–738.