Syis Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syis Kajang ialah sejenis batuan termetamorf yang terdapat di Putrajaya, Malaysia.

Sejarah Pengkajian[sunting | sunting sumber]

Singkapan syis yang terdapat di sekitar Perang Besar mula-mula ditemui semasa kajian siasatan tanah dan geomekanik oleh Chow et al. (1994) bagi mewujudkan Pusat Pentadbiran Putrajaya, yang dikelaskan sebagai sebahagian daripada Syis Howthornden yang banyak mendasari sekitar Kuala Lumpur.

Pencirian semula singkapan syis di Putrajaya oleh Lim (2001) kemudian mengkelaskannya semula sebagai formasi baharu yang dinamakan sebagai Syis Kajang.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Syis Kajang tersingkap dengan baik di Presint 8, Putrajaya.

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Abdul Ghani Rafek (1977) menyatakan Syis Kajang mempunyai korelasi yang baik dari segi litologi dengan unit syis dalam Formasi Karak yang diperkenalkan oleh Jaafar Ahmad (1976).

Litologi[sunting | sunting sumber]

Batuan Syis Kajang terdiri daripada 2 jenis litologi iaitu syis tremolit dan syis grafit yang direjah oleh korok mikrogranit.

Menurut Abdul Ghani Rafek dan Norsyafina Roslan (2004), syis tremolit berwarna kelabu kehijauan yang terdiri daripada mineral tremolit, annit, albit dan kaolinit. Kewujudan tremolit menunjukkan syis ini terbentuk pada Fasies Epidot-Amfibolit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Abdul Ghani Rafek, 1977. Geological and geotechnical investigations in the Bentong area, Pahang. B.Sc. (Hons) Thesis Univ. Malaya (unpublished)
  2. Abdul Ghani Rafek dan Norsyafina Roslan, 2004. Pencirian mekanik batuan syis amfibol, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Geological Society of Malaysia, Bulletin 48, p.47-49.
  3. Chow, W.S., Nurzaidi Abdullah & Lai, K.H., 1994. Geotechnical investigation of the proposed Pusat Pentadbiran Persekutuan Perang Besar, Geological Survey Department of Malaysia, Kuala Lumpur.
  4. Lim, C.K., 2001. Structural style of Cyberjaya and Putrajaya, Selangor. Proceedings Annual Geological Conference 2001, Geological Society of Malaysia, p.67-70.