Guardians of the Galaxy (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guardians of the Galaxy
PengarahJames Gunn
Penulis
  • James Gunn
  • Nicole Perlman
BerdasarkanGuardians of the Galaxy oleh
Dan Abnett
Andy Lanning
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiBen Davis
Disunting oleh
  • Fred Raskin
  • Craig Wood
  • Hughes Winborne
Muzik olehTyler Bates
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 21 Julai 2014
    (Teater Dolby)
  • 1 Ogos 2014
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
122 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$195.9 juta[2]
Pecah panggung$773.3 juta[3]

Guardians of the Galaxy ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2014 berdasarkan pasukan adiwira Marvel Comics dengan nama yang sama, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan filem kesepuluh dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini diarahkan oleh James Gunn yang juga menulis skrip bersama Nicole Perlman. Ia menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Lee Pace, Michael Rooker, Karen Gillan, Djimon Hounsou, John C. Reilly, Glenn Close dan Benicio del Toro. Di dalam Guardians of the Galaxy, Peter Quill membentuk satu pasukan dengan sekumpulan makhluk angkasa yang melarikan diri selepas mencuri artifak yang berkuasa.

Perlman mula bekerja untuk skrip pada tahun 2009. Penerbit, Kevin Feige mula menyebut kepada umum Guardians of the Galaxy sebagai filem berpotensi pada tahun 2010 dan Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini sedang aktif dibangunkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego pada bulan Julai 2012. Gunn telah dilantik untuk menulis dan mengarah filem ini pada bulan September tahun itu. Pada bulan Februari 2013, Pratt telah dipilih untuk melakonkan watak Peter Quill/Star-Lord dan barisan pelakon sokongan kemudiannya disahkan. Fotografi utama bermula pada bulan Julai 2013 di Studio Shepperton, England dengan penggambaran diteruskan di London sebelum selesai pada bulan Oktober 2013. Pasca produksi diselesaikan pada 7 Julai 2014.

Guardians of the Galaxy dibuka di Hollywood pada 21 Julai 2014. Ia ditayangkan pada 1 Ogos 2014 di Amerika Syarikat dalam format 3D dan IMAX 3D. Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, mengutip $773.3 juta di seluruh dunia dan menjadi filem adiwira dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 serta filem dengan kutipan kedua tertinggi di Amerika Utara pada tahun 2014. Filem ini mendapat pujian untuk jenakanya, runut bunyi, kesan visual, arahan Gunn dan persembahan barisan pelakon. Sebuah sekuel bertajuk Guardians of the Galaxy Vol. 2 dijadual ditayangkan pada 5 Mei 2017. Filem ketiga, Guardians of the Galaxy Vol. 3, sedang dalam pembangunan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1988, selepas kematian ibunya, Peter Quill diculik dari bumi oleh Ravagers, sekumpulan lanun angkasa diketuai oleh Yondu Udonta. Dua puluh enam tahun kemudian di planet Morag, Quill mencuri sebuah orb sebelum dipintas oleh Korath, seorang yang tunduk kepada, Ronan. Walaupun Quill berjaya melarikan diri dengan orb tersebut, Yondu mengetahui pencurian itu dan menawarkan ganjaran untuk penangkapannya manakala Ronan menghantar pembunuh, Gamora untuk mencari orb itu.

Ketika Quill cuba untuk menjual orb itu kepada pusat Nova Empire, Xandar, Gamora menyerang hendap dan mencurinya. Satu pergaduhan berlaku, juga disertai sepasang pemburu ganjaran: seekor rakun yang diubahsuai secara genetik dan sibernatik, Rocket dan sebatang pokok seperti manusia, Groot. Nova Corps tiba dan menahan keempat-empat mereka dan memenjarakan mereka di Kyln. Semasa disana, seorang banduan yang kuat, Drax cuba untuk membunuh Gamora kerana mempunyai kaitan dengan Ronan, yang membunuh keluarganya. Quill meyakinkan Drax bahawa Gamora boleh membawa Ronan kepadanya. Gamora mendedahkan bahawa dia membelot kepada Ronan, tidak bersedia untuk membiarkan dia menggunakan kuasa orb untuk memusnahkan planet bermula dengan Xandar. Mempelajari bahawa Gamora mempunyai seorang pembeli untuk orb itu, dia, Quill, Rocket, Groot dan Drax bekerjasama untuk melarikan diri daripada Kyln.

Di tempat lain, Ronan bertemu dengan bapa angkatnya Gamora, Thanos untuk membincangkan pengkhianatan Gamora. Disertai oleh Drax, kumpulan Quill melepaskan diri dari Kyln dan melarikan diri menggunakan kapalnya – Milano – ke Knowhere. Drax yang mabuk memanggil Ronan manakala selebihnya berjumpa dengan Taneleer Tivan. Tivan membuka orb itu, mendedahkan sebuah Batu Infiniti, sebuah benda yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan semua kecuali pengguna berkuasa yang menggunakannya. Secara tiba-tiba, pembantu Tivan menyambar batu itu, menyebabkan satu letupan di arkib Tivan.

Ronan tiba dan dengan mudahnya mengalahkan Drax manakala yang lain melarikan diri menggunakan kapal, dikejar oleh pengikut Ronan dan Nebula. Nebula memusnahkan kapal Gamora, meninggalkan dia terapung di angkasa dan pengikut Ronan merampas orb. Quill menghubungi Yondu sebelum mengikuti Gamora di angkasa dan memberi helmetnya supaya dia hidup; Yondu tiba dan mendapatkan mereka. Rocket, Drax dan Groot mengancam untuk menyerang kapal Yondu untuk menyelamatkan mereka. Quill berunding dengan Yondu bahawa mereka boleh mendapatkan semula orb. Kumpulan Quill bersetuju bahawa berhadapan dengan Ronan bermakna mereka akan mati tetapi mereka tidak boleh membiarkannya menggunakan Batu Infiniti untuk memusnahkan galaksi. Di kapal Ronan, Dark Aster, Ronan membenamkan Batu itu di tukul perangnya, mengambil kuasa itu untuk dirinya sendiri. Dia menghubungi Thanos, mengancam untuk membunuhnya selepas kemusnahan Xandar; kerana kebencian terhadap bapa angkatnya, Nebula bersekutu dengan Ronan.

Berdekatan Xandar, Ravagers, Nova Corps dan kumpulan Quill berhadapan dan memasuki Dark Aster. Ronan menggunakan tukul perangnya untuk memusnahkan kapal Nova Corps. Di dalam Dark Aster, selepas Gamora mengalahkan Nebula (yang melarikan diri), dia membuka pintu bilik Ronan tetapi gagal untuk mengalahkan Ronan sebelum Rocket melanggar Milano menembusi Dark Aster. Dark Aster yang rosak itu terjatuh ke Xandar dengan Groot mengorbankan dirinya untuk melindungi kumpulan. Ronan muncul dari bangkal kapal dan bersedia untuk memusnahkan Xandar tetapi Quill mengalihkan perhatiannya membolehkan Drax dan Rocket untuk memusnahkan tukul perang Ronan. Quill menyambar batu itu bersama Gamora, Drax dan Rocket dan menggunakannya untuk memusnahkan Ronan.

Selepas itu, Quill menipu Yondu untuk mengambil bekas yang sepatutnya mengandungi batu tersebut dan memberi batu sebenar kepada Nova Corps. Ketika Ravagers meninggalkan Xandar, Yondu membuat kenyataan bahawa bahawa ia ternyata baik mereka tidak menyampaikan Quill kepada bapanya atas kontrak mereka. Kumpulan Quill, sekarang dikenali sebagai Guardians of the Galaxy, mempunyai rekod jenayah mereka dihapuskan dan Quill mendapat tahu bahawa dia adalah hanya separuh manusia, bapanya adalah sebahagian daripada spesies purba yang tidak diketahui. Quill akhirnya membuka hadiah terakhir yang diterima daripada ibunya: sebuah pita kaset dipenuhi dengan lagu-lagu kegemaran ibunya. Guardians meninggalkan tempat itu dengan menaiki Milano yang dibina semula bersama anak pokok daripada Groot.

Dalam babak selepas kredit, Tivan duduk di arkibnya yang musnah bersama dua bahan pamerannya yang hidup: seekor anjing angkasawan dan seekor itik antropomorfik.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Josh Brolin muncul tidak dikredit sebagai Thanos.[4][5][6] Sean Gunn melakonkan watak Kraglin.[7] Alexis Denisof menyambung wataknya sebagai "The Other" dari The Avengers.[8] Ophelia Lovibond melakonkan watak Carina,[9][10] Peter Serafinowicz melakonkan watak Denarian Garthan Saal,[11][12] Gregg Henry melakonkan watak datuk Quill,[13][14] Laura Haddock melakonkan watak ibu Quill, Meredith,[12][15] Melia Kreiling melakonkan watak Bereet;[16] Christopher Fairbank melakonkan watak The Broker,[17] Mikaela Hoover melakonkan watak pembantu Nova Prime,[18] Marama Corlett melakonkan watak The Boot,[19] Emmett J. Scanlan melakonkan watak seorang pengawal rusuhan Nova,[20][21] Alexis Rodney melakonkan watak Moloka Dar,[22][23] Tom Proctor melakonkan watak Horuz,[24] dan Spencer Wilding melakonkan watak seorang penjaga penjara yang merampas Walkman Quill.[22][25] Pelakon anjing, Fred muncul sebagai Cosmo.[26] Stephen Blackehart mempunyai peranan sokongan.[27] Naomi Ryan juga mempunyai peranan sokongan dalam filem ini tetapi dipotong dalam versi akhir.[19] Kameo di dalam filem termasuk: James Gunn sebagai seorang Sakaaran;[26] Stan Lee sebagai seorang Lelaki wanita Xandarian;[26][28] Lloyd Kaufman sebagai seorang banduan;[29][30] Nathan Fillion menyuarakan watak seorang banduan;[26][31] Rob Zombie sebagai suara Navigator Ravager,[26] Tyler Bates sebagai seorang juruterbang Ravager[14] dan Seth Green sebagai suara Howard the Duck.[32]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige pertama kali menyebut Guardians of the Galaxy sebagai sebuah filem berpotensi di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2010.[33]Feige mengumumkan bahawa filem ini sedang aktif dibangunkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2012 dengan tarikh tayangan pada Ogos 1, 2014. Beliau menyatakan bahawa pasukan filem ini akan terdiri daripada Star-Lord, Drax the Destroyer, Gamora, Groot dan Rocket Raccoon.[34] Pada bulan Ogos 2012, Gunn memasuki perbincangan untuk mengarah filem ini, mengalahkan calon-calon lain termasuk Peyton Reed serta duo Ryan Fleck dan Anna Boden.[35]

Pra-produksi[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 2012, Gunn mengesahkan bahawa beliau telah menandatangani untuk mengarah filem ini dan menulis semula skrip.[36] Menjelang akhir bulan November, Joel Edgerton, Jack Huston, Jim Sturgess dan Eddie Redmayne menandatangani perjanjian untuk menjalani ujian untuk watak Peter Quill, termasuk juga Lee Pace,[37] yang disahkan oleh beliau seminggu kemudian pada awal bulan Disember.[38] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Zachary Levi,[39] Joseph Gordon-Levitt,[40] dan Michael Rosenbaum.[41] Chris Pratt telah dipilih untuk watak ini pada bulan Februari 2013 sebagai sebahagian daripada perjanjian filem-filem yang ditandatangani oleh beliau bersama Marvel.[42][43]

Gunn mempromosi filem ini di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2013.

Pada bulan Januari 2013, penggambaran dijadual mengambil tempat di Studio Shepperton, London, United Kingdom,[44] dan Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini akan ditayang dalam format 3D.[45] Victoria Alonso, seorang penerbit eksekutif filem ini berkata penggambaran akan bermula pada bulan Jun. Pada pertengahan bulan Mac, Dave Bautista telah ditandatangani untuk melakonkan watak Drax the Destroyer.[46] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Isaiah Mustafa, Brian Patrick Wade dan Jason Momoa.[46]

Pada awal bulan April 2013, Zoe Saldana memasuki rundingan untuk membintangi sebagai Gamora dalam filem ini dan ia telah disahkan bahawa beliau telah dipilih pada bulan yang sama.[9][47] Juga pada bulan April, Michael Rooker menyertai barisan pelakon sebagai Yondu,[48] dan ia telah diumumkan bahawa Ophelia Lovibond telah dipilih sebagai peranan sokongan.[9] Lee Pace berada dalam rundingan terakhir untuk melakonkan watak penjahat filem ini.[49] Pada bulan Mei, Marvel menawarkan John C. Reilly watak Rhomann Dey.[50] Beberapa hari kemudian, Glenn Close telah dipilih untuk watak ketua Nova Corps[51] disusuli dengan pemilihan Karen Gillan sebagai penjahat wanita utama dalam filem ini.[52] Menjelang bulan Jun 2013, Benicio del Toro telah dipilih sebagai sebahagian daripada perjanjian filem-filem bersama Marvel Studios.[53] Kemudiannya pada bulan itu, ia telah disahkan bahawa Reilly telah dipilih sebagai Rhomann Dey.[54]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Fotografi utama bermula sekitar Julai 6, 2013 di London, United Kingdom,[55] di bawah tajuk Full Tilt.[56] Penggambaran mengambil tempat di Studio Shepperton Studio Longcross.[44][57] Kemudiannya pada bulan Julai, Gunn dan barisan pelakon terbang dari London untuk menghadiri Comic-Con Antarabangsa San Diego dimana ia didedahkan bahawa Pace akan melakonkan watak Ronan the Accuser, Gillan sebagai Nebula, del Toro sebagai The Collector dan Djimon Hounsou telah dipilih untuk watak Korath.[55][58] Close kemudian didedahkan akan melakonkan watak Nova Prime Irani Rael.[59][58] Juga di Comic-Con San Diego, Feige menyatakan bahawa Thanos akan menjadi sebahagian daripada filem ini.[60] Pada Ogos 11, 2013, penggambaran bermula di Millennium Bridge.[61] Pada bulan Ogos 2013, Marvel mengumumkan bahawa Bradley Cooper akan menyuarakan watak Rocket Raccoon.[62] Pada bulan September, Vin Diesel menyatakan bahawa beliau akan menyuarakan watak Groot.[63] Pada Oktober 12, 2013, Gunn mengumumkan di media sosial bahawa penggambaran telah selesai.[64]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2013, Gunn mendedahkan bahawa Tyler Bates akan mencipta skor filem ini. Tiga album dikeluarkan oleh Hollywood Records pada 29 Julai 2014: Skor filem, Guardians of the Galaxy (Original Score), yang menampilkan muzik yang dicipta oleh Bates untuk filem ini;[65] Guardians of the Galaxy: Awesome Mix Vol. 1 (Original Motion Picture Soundtrack), yang terdiri daripada dua belas lagu dari mixtape Quill dan edisi deluxe menampilkan kedua-dua album.[66]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana Guardians of the Galaxy diadakan pada 21 Julai 2014 di Teater Dolby, Hollywood.[67][68] Filem ini ditayangkan di United Kingdom pada 31 Julai 2014,[69] dan di Amerika Syarikat pada 1 Ogos[34] dalam format 3D dan IMAX 3D.[45][70] Filem ini ditayangkan di 4,080 teater di Amerika Syarikat menjadikan ia tayangan bulan Ogos paling meluas, memecahkan rekod yang dipegang oleh G.I. Joe: The Rise of Cobra (4,007 teater). Pada minggu keenam, Guardians of the Galaxy ditayangkan di 69 negara.[71]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Guardians of the Galaxy mengutip $333.2 juta di Amerika Utara dan anggaran $441 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $773.3 juta.[3] ia merupakan filem Marvel Cinematic Universe dengan kutipan ketiga tertinggi di belakang The Avengers dan Iron Man 3.[72] Ia merupakan filem dengan kutipan ketiga tertinggi pada tahun 2014 (di belakang Transformers: Age of Extinction dan The Hobbit: The Battle of the Five Armies) dan filem adiwira dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014.[2][73] Filem ini mengutip $160.7 juta di seluruh dunia semasa hujung minggu pembukaan.[74] Menurut Deadline.com, filem ini membuat keuntungan sebanyak $204.2 juta.[75]

Guardians of the Galaxy ditayangkan di 42 pasaran antarabangsa dan mengutip $67.4 juta semasa minggu pembukaan. Tiga pasaran antarabangsa terbersar dari segi jumlah kutipan keseluruhan adalah: China ($96.5 juta); United Kingdom ($47.4 juta) dan Rusia ($37.5 juta).[76]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 91% dengan purata rating 7.8/10 berdasarkan 273 ulasan. Metacritic memberi filem ini skor 76 daripada 100 berdasarkan 46 pengkritik.[77] Penonton CinemaScore memberi Guardians of the Galaxy gred "A" daripada skala A+ ke F.[78]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Guardians of the Galaxy menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk dua pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik serta Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik. Filem ini juga dicalonkan untuk dua Anugerah BAFTA, lima Anugerah Critics' Choice (menang dua), tiga Anugerah People's Choice dan sembilan Anugerah Zuhal (menang empat).

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2014, penulis skrip, Nicole Perlman mengesahkan sebuah sekuel, berkata ia akan berlaku kerana mendapat respons positif dan mengesahkan bahawa Gunn akan menulis dan mengarah.[79][80] Di Comic-Con San Diego 2014, sebuah sekuel telah disahkan sedang dibangunkan dengan tarikh tayangan pada 28 Julai 2017.[81] Pada 28 Oktober 2014, Marvel mengumumkan bahawa tarikh tayangan telah dipindahkan ke 5 Mei 2017.[82][83] Pada bulan Jun 2015, Gunn mendedahkan bahawa beliau telah menyelesaikan draf skrip[84] serta mengesahkan Pratt, Saldana, Bautista, Diesel, Cooper, Rooker, Gillan dan Sean Gunn akan kembali sebagai peranan mereka dari filem pertama[85] dan tajuk sekuel sebagai Guardians of the Galaxy Vol. 2.[86] Pada bulan Oktober 2015, del Toro telah disahkan akan kembali dan Pom Klementieff telah dipilih untuk watak Mantis.[87]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guardians of the Galaxy [IMAX]". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-30. Dicapai pada July 29, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Sylt, Christian (January 27, 2015). "Disney Reveals Guardians Of The Galaxy Was Over Budget At $232 Million". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-30. Dicapai pada January 30, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Guardians of the Galaxy (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada November 11, 2015.
  4. ^ Kroll, Justin (May 30, 2014). "Josh Brolin to Play Thanos in Marvel's 'Guardians of the Galaxy'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-30. Dicapai pada May 30, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Ford, Rebecca (May 30, 2014). "Josh Brolin Voicing Thanos in 'Guardians of the Galaxy'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2014. Dicapai pada May 30, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Weintraub, Steve (July 22, 2014). "Kevin Feige Talks GUARDIANS OF THE GALAXY, THOR 3, CAPTAIN AMERICA 3, DOCTOR STRANGE, Casting Josh Brolin as Thanos, Comic-Con Plans, and More". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-21. Dicapai pada 2015-12-02. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Dietsch, TJ (June 26, 2014). "James Gunn Reveals His Brother's Roles in 'Guardians of the Galaxy'". Comic Book Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada June 26, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Watkins, Gwynne (August 1, 2014). "Alyssa Milano, Howard the Duck, and Other Secrets of 'Guardians of the Galaxy'". Yahoo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-02. Dicapai pada August 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ a b c Kit, Borys (April 22, 2013). "'Guardians of the Galaxy' Adds One More to Cast (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-22. Dicapai pada April 22, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Sunu, Steve (April 28, 2014). "Comic Reel: "Justice League" Movie Confirmed; New Look At "Guardians of the Galaxy's" Nebula". Comic Book Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2014. Dicapai pada April 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Serafinowicz, Peter (July 23, 2013). "Re Guardians, I'm a Nova Corps Officer with John C Reilly". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada July 23, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ a b Douglas, Edward (July 24, 2014). "Guardians of the Galaxy". ComingSoon.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada July 24, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Henry, Gregg (August 19, 2013). "OK UK hold on, I'm comin'. Joining @JamesGunn again- #Slither #Super- this time for @Marvel #GuardiansOfTheGalaxy. Gonnabegreat!". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-10. Dicapai pada August 19, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ a b Marvel Entertainment (July 21, 2014). Marvel's Guardians of the Galaxy Red Carpet Premiere. YouTube. Dicapai pada July 21, 2014.
  15. ^ Diabolique Magazine (November 28, 2013). NYCC 2013: Laura Haddock on Da Vinci's Demons, Season 2. YouTube. Peritiwa berlaku pada 2:37. Dicapai pada December 7, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Gunn, James (July 2014). "#gotgpicoftheday Posting this one as I land in Singapore. It's @meliakreiling as Bereet and @prattprattpratt as I think you know by now. Thanks for all your kind messages about the 17 minute preview. Glad you all enjoyed it! #guardiansofthegalaxy #gotg". Instagram. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-02. Dicapai pada August 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Knight, Chris (July 29, 2014). "Guardians of the Galaxy, reviewed: Marvel's new film franchise is off to a promising start". National Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-28. Dicapai pada August 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Gunn, James (July 2014). "#gotgpicoftheday Happy Birthday to one of my very best friends (and Nova Prime's assistant) @mikaelahoover! Love you lots, Mikaela! Follow her! #guardiansofthegalaxy #gotg". Instagram. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-02. Dicapai pada August 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ a b Plumb, Ali. "James Gunn On Guardians Of The Galaxy's Secrets – Plenty Had To Be Removed From The Final Cut". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-16. Dicapai pada August 16, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ Scanlan, Emmett J. (February 19, 2014). "Myself & the brilliant @KarenGillan2 in @JamesGunn AWESOME LOOKING #GuardiansOfTheGalaxy". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-19. Dicapai pada February 19, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ Sunu, Steve (September 5, 2014). ""Constantine" Brings Jim Corrigan To Television". Comic Book Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2014. Dicapai pada September 5, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ a b Gunn, James (September 27, 2013). "Also #FF AMAZING #gotg supporting cast @Thejudgegunn @MaramaCorlett @AlexisRodney @Melia_Kreiling @GreggHenry88 @BigSpenWilding". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-30. Dicapai pada October 31, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Rodney, Alexis (August 30, 2014). "Great unseen image from Guardians of the Galaxy featuring myself as (Moloka Dar). From the dude himself..." Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-08. Dicapai pada September 7, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ "Guardians Tom Headshot". TomProctor.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-24. Dicapai pada November 24, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ Bussey, Ben (September 12, 2014). "James Gunn Teases Deleted Guardians Of The Galaxy Musical Scene". Yahoo! UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada September 12, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  26. ^ a b c d e "'Guardians of the Galaxy' Cameos, Hints at MCU's Future (Heavy Spoilers)". Stitch Kingdom. July 16, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-17. Dicapai pada July 16, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ Gunn, James (September 5, 2013). "Filming a scene with my old pal @blackehart, who is unfortunately about to tangle with Drax the Destroyer @DaveBautista. #gotg". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada September 6, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ Stedman, Alex (April 27, 2014). "Stan Lee Says He Will Cameo in 'Guardians of the Galaxy'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-27. Dicapai pada April 27, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ Topel, Fred (May 28, 2013). "Exclusive Cannes Interview: Lloyd Kaufman on Nuke 'Em High". CraveOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-06. Dicapai pada June 6, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ Gunn, James (July 2014). "#gotgpicoftheday I was grateful when my old boss, the president of Troma Entertainment, @lloydkaufman, came to London to do a cameo in the film – as a prisoner in the Kyln. Lloyd taught me more than anyone else about making films. One of the things that keeps me sane in this business is staying true to my roots – whether with friends, family, or co-workers. As the world around me changes it's nice to have some consistency in my personal life (even if that consistency is as crazy as @michael_rooker). Have a great day, folks! #guardiansofthegalaxy #gotgFollow". Instagram. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-02. Dicapai pada August 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ D'Orazio, Dante (June 22, 2014). "Nathan Fillion to make cameo in 'Guardians of the Galaxy'". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-23. Dicapai pada June 24, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ Webb, Charles (August 1, 2014). "Who Was That Voice In The Guardians of The Galaxy End Credits Scene? [Massive Spoilers]". Nerdist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-02. Dicapai pada August 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ Wigler, Josh (August 6, 2010). "Marvel Considering 'Iron Fist' & 'S.H.I.E.L.D.' Movies, 'Black Panther' & 'Guardians of the Galaxy,' Too!". MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada July 16, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ a b Kit, Borys (July 14, 2012). "Comic-Con 2012: Marvel Names 'Avengers' Follow-Ups; Robert Downey Jr. Makes Surprise Appearance". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada July 16, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  35. ^ Kit, Borys (August 18, 2012). "James Gunn in Talks to Direct Marvel's 'Guardians of the Galaxy' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-18. Dicapai pada August 18, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  36. ^ Lesnick, Silas (September 18, 2012). "James Gunn Confirmed to Direct and Rewrite Guardians of the Galaxy". CraveOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-18. Dicapai pada September 18, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  37. ^ Fleming, Mike (November 28, 2012). "Marvel Testing Short List of Actors For 'Guardians of the Galaxy' Leader". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-28. Dicapai pada November 28, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  38. ^ Lussier, Germain (December 7, 2012). "Lee Pace Confirms He's Auditioning For 'Guardians of the Galaxy;' Says Script Is 'Great'". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-28. Dicapai pada December 7, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  39. ^ Sneider, Jeff (December 21, 2012). "'Guardians of the Galaxy' tests male leads". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-22. Dicapai pada December 22, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  40. ^ Fleming Jr., Mike (January 2, 2013). "Joseph Gordon-Levitt Joins 'Guardians of the Galaxy' Race". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-02. Dicapai pada January 2, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  41. ^ Nicholson, Max (January 3, 2013). "Smallville's Michael Rosenbaum Up for Guardians of the Galaxy". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-02. Dicapai pada March 2, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  42. ^ Ryan, Mike (November 18, 2013). "Chris Pratt on Heartbreak, 'Delivery Man' And Gearing Up For 'Guardians of the Galaxy'". The Huffington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada November 18, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  43. ^ Fleming Jr., Mike (February 5, 2013). "Chris Pratt Getting 'Guardians of the Galaxy' Lead". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-05. Dicapai pada February 5, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  44. ^ a b Wiseman, Andreas (January 11, 2013). "Guardians of the Galaxy due to land at Shepperton". Screen International. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2013. Dicapai pada January 11, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  45. ^ a b "Captain America & Guardians Coming in 3D". Marvel.com. January 14, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-21. Dicapai pada January 14, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  46. ^ a b Kit, Borys (March 14, 2013). "Marvel Signs WWE's Dave Bautista for 'Guardians of the Galaxy' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-14. Dicapai pada March 14, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  47. ^ Kit, Borys (April 3, 2013). "Zoe Saldana in Talks to Star in Marvel's 'Guardians of the Galaxy' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-03. Dicapai pada April 3, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  48. ^ "Michael Rooker Joins 'Guardians of the Galaxy'". Deadline.com. April 16, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-16. Dicapai pada April 16, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  49. ^ Sneider, Jeff (April 23, 2013). "Lee Pace in Final Negotiations to Play Villain in 'Guardians of the Galaxy'". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-23. Dicapai pada April 23, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  50. ^ McWeeny, Drew (May 25, 2013). "Will John C. Reilly join the Marvel Universe for 'Guardians of the Galaxy'?". HitFix. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-30. Dicapai pada May 29, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  51. ^ Fleming, Jr., Mike (May 29, 2013). "Glenn Close Is Head Cop in Marvel's 'Guardians of the Galaxy'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-30. Dicapai pada May 29, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  52. ^ Kit, Borys (May 31, 2013). "'Doctor Who' Star Joins Marvel's 'Guardians of the Galaxy' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-01. Dicapai pada May 31, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  53. ^ Fleming, Jr., Mike (June 3, 2013). "Benicio Del Toro Takes Lead Role in Marvel's 'Guardians of the Galaxy'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada June 3, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  54. ^ Fleming, Jr., Mike (June 14, 2013). "John C. Reilly Firmed For Rhomann Dey, leader of the Nova Corps, In 'Guardians of the Galaxy'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-14. Dicapai pada June 14, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  55. ^ a b Siegel, Lucas (July 20, 2013). "SDCC '13: Marvel Reveals Avengers: Age of Ultron, Guardians Cast, More". Newsarama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada July 20, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  56. ^ Perry, Spencer (July 8, 2014). "Guardians of the Galaxy: From the Set of the Marvel Studios Adaptation". CraveOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada July 9, 2014. Dicapai pada July 9, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  57. ^ Bankston, Douglas (September 2014). "Ben Davis, BSC, blasts off for the space adventure Guardians of the Galaxy". American Society of Cinematographers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-31. Dicapai pada December 22, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  58. ^ a b "Marvel Studios Begins Production on Guardians of the Galaxy". Marvel.com. July 20, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-21. Dicapai pada July 20, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  59. ^ "'Guardians of the Galaxy' Official Character Descriptions (minor spoilers)". Stitch Kingdom. May 15, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-16. Dicapai pada May 15, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  60. ^ Marvel Head Talks Thanos & Ultron – Comic-Con 2013. IGN. July 20, 2013. Dicapai pada July 21, 2013.
  61. ^ Shahid, Sharnaz (August 11, 2013). "PHOTOS: Guardians Of The Galaxy Cast Get Physical In London Shoot". Entertainmentwise. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-30. Dicapai pada August 11, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  62. ^ "Official: Bradley Cooper to Voice Rocket Raccoon in Marvel's Guardians of the Galaxy". Marvel.com. August 30, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-11. Dicapai pada July 9, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  63. ^ conversationsMM (September 5, 2013). Vin Diesel Conversations with Maria Menounos September 4, 2013. YouTube. Peritiwa berlaku pada 1:00:35. Dicapai pada September 5, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  64. ^ Gunn, James (October 12, 2013). "And after our last shot with @DaveBautista that's a full wrap on #GotG! It's been a long strange wonderful trip!". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada October 12, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  65. ^ "Guardians of the Galaxy: Original Score". Soundtrack.net. Diarkibkan daripada yang asal pada September 6, 2014. Dicapai pada September 6, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  66. ^ "Hollywood Records And Marvel Set To Release Marvel's Guardians Of The Galaxy Deluxe Soundtrack, Marvel's Guardians Of The Galaxy Awesome Mix Vol. 1 And Marvel's Guardians Of The Galaxy Digital Score Soundtrack". Digital Journal via PR Newswire. July 9, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-10. Dicapai pada July 9, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  67. ^ Ryder, Taryn (July 22, 2014). "On the Red Carpet at the 'Guardians of the Galaxy' Premiere". Yahoo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-22. Dicapai pada July 22, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  68. ^ Lewis, Hilary (July 17, 2014). "'Guardians of the Galaxy' Cast to Appear on 'Jimmy Kimmel Live'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-18. Dicapai pada July 18, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  69. ^ Tilly, Chris (May 16, 2014). "15 Reasons To Get Excited About Guardians Of The Galaxy". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-19. Dicapai pada May 19, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  70. ^ "Guardians of the Galaxy An IMAX 3D Experience". IMAX. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-19. Dicapai pada May 19, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  71. ^ Tartaglione, Nancy (September 7, 2014). "Update: Intl Box Office: 'Lucy' Tops Chart; 'Expendables 3′ In China; Pics From Korea, Spain, Argentina Get A Look-In; More". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-08. Dicapai pada September 7, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  72. ^ Tartaglione, Nancy (October 20, 2014). "Int'l Box Office Final: 'Guardians' Now 3rd Biggest Marvel Movie Ever; 'Dracula Untold', 'Gone Girl', 'Annabelle' Hold Well; Action In France, Mexico; More". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2014. Dicapai pada October 25, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  73. ^ Tartaglione, Nancy (October 27, 2014). "Int'l Box Office FINAL: 'Happy New Year' Uncorks Record Bollywood Bow; 'Annabelle' Still A Doll With $26.2M; 'Lucy' Outmuscles 'Hercules' In China; More". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada October 27, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  74. ^ Tartaglione, Nancy (October 25, 2014). "Intl Box Office Final: Milestones For 'Godzilla', '22 Jump Street', 'Transformers' + 'Guardians Of The Galaxy' Rockets To $67.4M; Local Pics Make Waves In Asia; More". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2014. Dicapai pada October 25, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  75. ^ Fleming Jr, Mike (March 13, 2015). "No. 5 'Guardians Of The Galaxy' – 2014 Most Valuable Blockbuster Movie Tournament". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-14. Dicapai pada March 14, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  76. ^ "Guardians of the Galaxy - International Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada October 25, 2014.
  77. ^ "Guardians of the Galaxy". Metacritic. CBS. Dicapai pada July 30, 2014.
  78. ^ McClintock, Pamela (August 2, 2014). "Box Office: 'Guardians of the Galaxy' Zooms to $37.8M Friday for Likely $92M Debut". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-02. Dicapai pada August 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  79. ^ Shaw, Lucas (July 25, 2014). "James Gunn Will Write, Direct 'Guardians of the Galaxy' Sequel (Video)". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-25. Dicapai pada July 26, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  80. ^ Graser, Marc (July 25, 2014). "James Gunn to Write, Direct 'Guardians of the Galaxy' Sequel". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-26. Dicapai pada July 26, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  81. ^ Siegel, Lucas (July 26, 2014). "SDCC 2014: Marvel Studios Panel Ant-Man Villain Revealed, Thanos Appears, GotG 2 Release Date". Newsarama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-27. Dicapai pada July 26, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  82. ^ Siegel, Lucas (October 28, 2014). "Marvel Announces Black Panther, Captain Marvel, Inhumans, Avengers: Infinity War Films, Cap & Thor 3 Subtitles". Newsarama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada October 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  83. ^ "James Gunn - "I am not. We are shooting in Atlanta, Georgia, and casting mostly out of LA with the same casting director."". Twitter. April 29, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada August 27, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  84. ^ Gunn, James (June 2, 2015). "Phew. 1st draft #GotG2. #NoSpoilers #NotEventheTitle". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-03. Dicapai pada June 3, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  85. ^ Keyes, Rob (June 4, 2015). "'Guardians of the Galaxy 2′ Has Fewer Characters, One New". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-04. Dicapai pada June 4, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  86. ^ Khatchatourian, Maane (June 29, 2015). "'Guardians of the Galaxy' Sequel Gets Title". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada June 29, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  87. ^ Lincoln, Ross (October 29, 2015). "'Compton's Neil Brown Jr. Signs On For 'Sand Castle'; Pom Klementieff Joins 'Guardians Of The Galaxy 2'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-29. Dicapai pada October 29, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]