Hassan Shukri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ustaz

Hassan Shukri

A.M.N (Malaysia)
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
1999 – 2005
Timbalan Presiden PAS
Dalam jawatan
2003 – 2005
Didahului olehTuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Digantikan olehUstaz Nasharudin Mat Isa
Butiran peribadi
Lahir10 November 1939
Sabak Bernam, Selangor
Meninggal dunia14 Jun 2010
Kuala Lumpur
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganUstazah Hamidah Abdul Mutalib
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli politik, Ulama

Ustaz Hassan Shukri (10 November 1939 - 14 Jun 2010) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu selama dua penggal, dari 1999 hingga 2004. Di peringkat parti, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung PAS sebanyak dua kali (1974-1979, dan 1982-1989). Beliau pernah menjadi Naib Presiden PAS di bawah dua orang Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan Dato' Fadzil Mohd Noor.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hassan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 10 November 1939[1]. Beliau mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Madrasah Irsyadunnas, Sabak Bernam sebelum memasuki Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak pada 1952. Antara guru beliau yang terkenal ialah Ustaz Othman Abdullah (bekas Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh (bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat). Pada 1964, beliau mendapat biasiswa Kerajaan Iraq untuk mendalami ilmu syariah dan bahasa Arab di Universiti Baghdad sehingga 1968. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Hamidah Abdul Mutalib dan mempunyai lima anak perempuan serta seorang anak lelaki.[2]

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Menyertai PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 1951, sewaktu berumur 14 tahun, Hassan Syukri dimarahi ayahnya kerana menerima wang loteri kebajikan masyarakat yang ditawarkan oleh gurunya. Sejak itu beliau berjinak-jinak dengan PAS dan menyertai PAS dengan nombor pendaftaran 12,016.

Markaz Tarbiyah PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Rumahnya bersebelahan dengan Pejabat Agung PAS sebelum berpindah ke No 318A, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur [3], . Dengan modal RM20,000, Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu dibangunkan di sebelah rumahnya. Kemudian bersama Yang Dipertua Agung PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad membeli tanah bernilai RM26,000 pada tahun 1982 . Markaz Tarbiyah PAS itu juga digunakan untuk jemaah haji dan umrah bermalam di Kuala Lumpur. Keadaan ini berlaku sebelum wujudnya KLIA dan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kini, setelah pentadbiran PAS Pusat berpindah ke Jalan Raja Laut, bangunan Markaz Tarbiyah PAS Pusat telah dijadikan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM], sebuah institusi pendidikan tinggi agama yang diurus oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (LKPIPTS) bersama kesepaduan tenaga akademik terdiri daripada bekas-bekas pensyarah IPTA yang berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan. [4].

Sumbangan dalam PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau dikenali sebagai 'Perlembagaan Bergerak'[perlu rujukan] kerana kepakarannya mengetahui dan memahami peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan PAS. Ustaz Hassan Shukri juga adalah individu penting dalam merangka pindaan Perlembagaan PAS dan merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS Pusat. Beliau juga individu yang bertanggungjawab menyediakan draf peraturan sehingga tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tanpa perlu meminda Perlembagaan PAS. Sebarang pindaan perlembagaan hendaklah dibentang dan sipersetujui oleh 2/3 sokongan Ahli Muktamar Tahunan PAS.[5]

Menyertai pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi yang ditandingi Hassan Shukri
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
1969 Parlimen Sabak Bernam Hassan Shukri (PAS) 6,073 Datuk Mustafa Jabbar (Perikatan) 12,827 6,754
DUN Sungai Besar, Selangor Hassan Shukri (PAS) 3,524 Taliban Hassan (Perikatan) 5,787 2,263
1978 DUN Sungai Besar, Selangor Hassan Shukri (PAS) 2,143 Mohamed Ghazali Kantan (BN) 4,596 2,453
1982 Parlimen Sabak Bernam Hassan Shukri (PAS) 4,140 Jamaluddin Suhaimi (BN-UMNO) 15,707 11,567
1986 Parlimen Batu Hassan Shukri (PAS) 3,923 Chan Beng Shin (DAP) 15,997 6,265
Haji Omar Din Mawai Din (SDP) 477
Yu Lung Lee (BN) 22,262

Menjadi Ahli Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Hassan telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara menerusi lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu selama dua penggal, dari 1999-2002 hingga 2002-2005

Sumbangan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Mengasaskan (bersama) Perhimpunan Belia Islam Dunia[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1972, Hassan telah mewakili PAS ke persidangan penubuhan Persidangan Belia Islam Sedunia (WAMY) di Riyadh, di mana beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa WAMY mewakili zon Asia Pasifik[1].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2010 ketika berumur 71 tahun, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Unit Rawatan Jantung (CCU) , Hospital Selayang kerana serangan jantung (sakit dada) selepas pulang menyertai Muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2, Gombak.[6] Jenazah disembahyangkan di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Antara yang hadir ialah Mursyidul Am PAS YAB Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat , Mufti Negeri Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ketika beliau meninggal dunia, beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura 'Ulamak PAS [7] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.[8].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Fadli Ghani (Jun 2020). Kepemimpinan Hassan Shukri dalam Dewan Pemuda PAS, 1968-1973. Rawang: Minda Fadhilat Gemilang Resources. m/s. 3.
  2. ^ Jenazah Hassan Shukri Dikebumi Di Gombak
  3. ^ No 318A, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  4. ^ kuizm.org
  5. ^ ustaz-hassan-shukri-dalam-kenangan
  6. ^ Hassan Shukri meninggal dunia
  7. ^ Ahli Majlis Syura 'Ulamak PAS
  8. ^ Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat