Mohd Ghazali Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al Allamah Sohibus Samahah Tuan Guru
Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji

Mohd Ghazali Abdullah

DPMP (Perak); AMN, PPT
Imam Besar Masjid Negara
pertama
Dalam jawatan
1965–1970
Digantikan olehDato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Mohd Salleh bin Hassan Farid
Mufti Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
1977–1981
Didahului olehSahibus Samahah Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid
Digantikan olehSahibus Samahah Dato' Seri Haji Abdul Malek bin Haji Nordin
Mufti Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
1968–1973
Didahului olehSahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Yusof bin Sahabuddin
Digantikan olehSahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Md. Salleh bin Hassan Farid
Timbalan Yang Dipertua Agung
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1951–1953
Yang Dipertua AgungAhmad Fuad Hassan
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehMansor Hassan JP
Butiran peribadi
LahirMohd Ghazali bin Abdullah
(1915-06-30)30 Jun 1915
Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak
Meninggal dunia13 Jun 1981(1981-06-13) (umur 65)
Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak
PasanganDatin Hajah Zainab Mohd Salleh
Anak-anak
  • Thuraiyen Nadzrah
  • Mohd Surur
  • Ahmad Wildan
  • Dr. Lo’ Lo’
  • Duriah
  • Zuhairah
  • Mohsin Negara
PekerjaanUlama

Al Allamah Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah (30 Jun 1915 – 13 Jun 1981) adalah merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara yang pertama dan dilantik dari tahun 1965 hingga tahun 1970 lalu.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak pada 30 Jun 1915 kepada pasangan Haji Abdullah bin Kanda Rasul dengan Hajah Zubaidah binti Kanda Abdul Rahman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bota Kanan. Beliau dikurniakan dengan 7 orang anak. Salah seorang daripada anak beliau ialah Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali yang merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 2008 hingga meninggal dunia pada tahun 2011 lalu.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Kerajaan Negeri Perak sebelum dilantik sebagai Imam Besar Masjid Negara yang pertama dari tahun 1965 hingga tahun 1970 lalu.[3] Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1968 hingga tahun 1973 lalu.[4] Selepas itu, pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1981 lalu.[5]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 13 Jun 1981 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]