Henet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Henet ialah dewi burung undan Mesir Purba. Nama dia disebut dalam Teks Piramid.

Henet digambarkan dalam lukisan ternakan pada dinding makam istanawan-istanawan Firaun. Dia muncul dalam teks pengebumian diraja dari Zaman Piramid sebagai simbol perlindungan daripada ular. Sarjana George Hart mengatakan bahawa gambaran burung undan menerjun ke Sungai Nil dalam teks-teks melambangkan Henet mencedok unsur berbahaya dalam bentuk ikan daripada air. Ini serupa dengan pukat dan pukat burung yang digunakan untuk memerangkap pendosa di Alam Ghaib. Para sarjana berpendapat bahawa Henet seorang dewi kerana dia dipanggil "ibu kepada raja" dalam Teks Piramid. Di Mesir purba, gelaran itu digunakan khas hanya untuk dewi.

Hart juga mengatakan, dalam papirus pengebumian lain, burung undan boleh meramalkan perjalanan selamat untuk si mati di Alam Ghaib. Paruh undan yang terbuka juga dikaitkan dengan keupayaan si mati untuk meninggalkan kamar pengebumian dan keluar ke cahaya matahari, sebagai analogi antara paruh panjang undan dan syaf makam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ George Hart (March 1, 2015). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, cited in Pelican Mother of the King (dalam bahasa Inggeris). Some Strangeness. Dicapai pada November 9, 2020.